KETIDAKSUBURAN KEPADA WANITA

Pada kehidupan masa kini, 11% daripada manusia mengalami masalah reproduktif dan berhadapan dengan ketidaksuburan pasangan. Pemahaman mengenai punca ketidaksuburan wanita mungkin boleh membantu mereka untuk berhadapan dengan masalah ini. Berjumpa dengan pakar perubatan perlu apabila wanita yang berumur 35 tahun dan keatas tidak mencapai kehamilan selepas 6 bulan. Selain daripada itu, wanita muda yang belum mencapai tahap kehamilan selepas setahun mencuba juga haruslah mendapatkan seorang yang betul betul profesional. Terdapat beberapa sebab dan masalah mengapa ini semua berlaku.
(more…)

0 Comments

Kanser Mulut

Salam, saya Arole rocka dari Miri, Sarawak. Berumur 23 tahun dan masih menuntut di sebuah Institusi Swasta. Saya telah disahkan kemungkinan menghidap penyakit kanser mulut. Saya juga kerap mengalami mulut kering dan menghadapi kesukaran ketika makan. Apakah penyakit saya ini merbahaya dan apakah punca dan rawatan untuk penyakit saya ini. Saya harap doktor dapat membantu saya. Wasalam..
(more…)

0 Comments

Senaman Regangan

Waktu tidur merupakan waktu yang dinantikan oleh setiap individu setelah seharian penat bekerja. Kadang kala sesorang itu mengambil masa yang lama untuk nyenyak tidur. Melakukan senaman regangan sebelum tidur boleh diamalkan untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Senaman regangan atau “stretching” adalah senaman yang dilakukan dengan memanjangkan otot-otot bertujuan untuk meningkatkan fleksibiliti dalam pelbagai gerakan. Senaman regangan juga penting dalam dalam program rehabilitasi. Ia membantu membantu menyediakan badan untuk bersedia berhadapan dengan aktiviti yang seterusnya. Melakukan senaman regangan selepas melakukan aktiviti memberikan banyak kebaikan kepada badan kita.
(more…)

0 Comments

Hidung Berdarah

Tiba-tiba sahaja hidung keluar darah masa nak pergi kerja.. Rasa pening sebab darah keluar banyak.. Apakah sebabnya terjadi hidung berdarah ni dan rawatannya?? Mila, Selangor.
(more…)

0 Comments

Kulit Kering Dan Bersisik

  Kulit kering dan bersisik adalah salah satu masalah kulit yang sering terjadi. Kulit kering dan bersisik sudah tentu menghalangi kita untu tampil menarik, khususnya bagi para wanita. Efek yang terlihat dari kulit kering adalah kulit akan terlihat keriput, kusam, dan tidak segar.
(more…)

0 Comments

Jangkitan Salur Kencing

Assalammuaikum saya Izzati , berasal dari Johor. Sejak kebelakangan ini saya sering mengalami masalah sukar untuk kencing dengan puas atau erti kata lain jangkitan salur kencing. Saya nak tahu tanda- tanda, bagaimana cara jangkitan berlaku,rawatan dan cara mencegah.
(more…)

0 Comments

Kulit Kusam

  Afika mempunyai masalah kulit kusam.Kulitnya penuh dengan pori pori terbuka serta bulu roma halus.Bila di sentuh ia tidak lembut dan licin malah terasa kasar .kulit wajah juga tampak berminyak dan tidak sekata. menurut pakar masalah kulit kusam bukan hanya berkait dengan penjagaan wajah malah ia turut juga melibatkan cara seseorang itu menjalani kehidupan seharian
(more…)

0 Comments

Punca Marah

  Yusliza terkenal sebagai seorang bos yang garang.Air muka nya yang masam mencuka dengan keningnya yang sering berkerut menjadikan dia kelihatan garang .Yusliza memang mudah melenting Di tempat kerja dia memikul tugas sebagai ketua kaunter perkhidmatan bas..Jika ada di antara pekerja nya yang berbuat salah, kemarahan nya akan membuak buak.dia sukar senyum dan bermesra dengan sesiapa.Sebagai pengurus kaunter bas express, sikap ini membuatkan dia sukar di dekati oleh pekerja bawahan serta pelanggan nya.Dia jujur dan cekap dalam membuat kerja namun sikap peramah dan mesra tiada pada diri nya.
(more…)

0 Comments

Demam Denggi

Ada seorang pesakit datang berjumpa saya dengan muka cemas, beliau berjalan dengan laju sambil membawa anaknya yang demam. Beliau panik bila melihat keaadaan suhu badan anaknya yang pada masa itu tinggi. Dengan muka risau beliau bertanya kepada saya, beliau berkata “ Doktor kenapa dengan anak saya ,demam dia tak turun turun, tolong anak saya doktor, anak saya boleh bertahan lagi tak?”. Kemudian saya memeriksa keadaan anak pesakit ni.

(more…)

0 Comments

Perokok Tegar

Zurina dan Dahlan merupakan perokok tegar.Setiap hari mereka pasti merokok.Menurut Zurina , perbuatan merokok bermula sewaktu persekolahan lagi.justeru itu tabiat merokok sukar di buang.dahlan pula memulakan aktiviti merokok sewaktu di alam university.Seperti isterinya Zurina dia juga pernah cuba berhenti merokok namun gagal. Banyak kali juga mereka mencuba untuk berhenti merokok namun ketagihan itu bagaikan sukar untuk hilang.Zurina pernah bertanyakan hal ini kepada doctor dan dia di beritahu bahawa Rokok mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan seperti juga heroin dan kokain. Menghisap rokok berulang kali boleh menyebabkan ketagihan,Ketagihan bermaksud tubuh kita mengeluarkan bahan tertentu yang boleh menghasilkan kesan seolah olah rasa seronok atau segar.Kesan seronok dan segar ini merupakan fenomena rangsangan akibat bahan kimia yang terhasil.Apabila seseorang tidak merokok dia mula berasa khayal akibat kehadiran bahan perangsang kimia.bahan perangsang kimia memberi rasa segar pada tubuh badan membuatkan dia berasa aktif.namun sebenarnya perasaan itu hanyalah sementara sahaja.
(more…)

0 Comments