Sakit Dada

SAKIT DADA!! APAKAH DISEBABKAN TEKANAN ATAU PUN SAKIT YANG SEMENTARA SAHAJA? Dr…. saya inginkan penjelasan dan nasihat dari Dr tentang sakit dada. Apakah puncanya boleh terjadi sakit dada dan kadang-kadang ianya menyebabkan sukar untuk bernafas dan terasa senak di bahagian bawah dada, saya bimbang kalau-kalau ianya turut melibatkan sakit jantung. Tolong berikan nasihat dan rawatan apa yang perlu saya buat? Lan daripada Taiping.
(more…)

0 Comments

Masalah Kemurungan

Assalamualaikum saya Imran berasal dari Perak. Baru-baru ini, salah satu ahli keluarga saya mengalami masalah kemurungan, oleh itu saya ingin mengetahui lebih lanjut apakah tanda-tanda masalah kemurungan, punca-punca dan apakah langkah-langkah untuk mengelak daripada berlakunya kemurungan?
(more…)

0 Comments

Masalah Kuku Berkulat

Saya Remy berasal daripada Tanjung Karang, masalah saya ialah mengenai kawan saya ni (Mat nama nya), sebagai kawan saya pun nak tolong dia tapi saya tak tahu bagaimana nak tolong dia.Kuku kaki dia dah rosak dan mendatangkan bau yang memang tak selesa,saya hanya cakap pada dia pergilah berjumpa doktor yang boleh merawat kuku kaki yang dah rosak dan berbau tapi dia takut kukunya di cabut.Bagaimana caranya untuk saya menolong kawan saya ni?
(more…)

0 Comments

Melecur

Melecur merupakan kecederaan biasa yang mudah di cegah. Melecur mudah berlaku akibat kecuaian. Kecederaan akibat melecur biasanya berlaku ke atas kanak-kanak kerana sifat ingin tahu dan ianya berlaku secara tak sengaja.Di sebabkan itulah ibu bapa atau pun penjaga haruslah menitik beratkan setiap kedudukan barang-barang yang mendatangkan kecederaan di letak kan jauh di sudut almari atau pun paras tinggi yang anak tidak boleh mencapainya.
(more…)

0 Comments

Ulser Mulut

Bagaimana nak hilangkan ulser mulut ni? Sakit betul-betul punya sakit, nak makan pun susah apatah lagi nak mengunyah makanan.. Tolonglah saya!! Lela daripada Serdang.
(more…)

0 Comments

Sakit Sendi

Saya Puan Sharifah berumur 45 tahun dan berasal dari perlis. Saya mengalami masalah tentang sendi, di mana baru-baru ini. Saya sering mengalami sakit sendi seperti di bahagian tubuh badan dan di bahagian kaki. Oleh itu saya ingin bertanya kepada Doktor apakah sebab sakit sendi ni berlaku, apakah rawatannya dan bagaimana hendak mencegah penyakit sendi ini? Selain itu, perlukah saya berjumpa dengan doktor bila saya mengalami sakit sendi ini? Saya berharap maklumat Doktor dapat membantu saya mengurangkan masalah saya ini melalui penerangan doktor lebih lanjut mengenai sakit sendi ini.
(more…)

0 Comments

Angin Ahmar

Hari rabu lepas ada seorang pesakit datang berjumpa saya ..dia datang dengan muka penat. Nama dia Nurul dia tinggal dengan datuk dia yang telah lama sakit angin ahmar, Dia datang untuk bertanya dengan saya tentang cara merawat orang yang sakit angin ahmar.
(more…)

0 Comments

Kemerahan Mata

Afzan gemar memakai Contact Lens.Dia gemarkan warna warna yang dapat di gayakan apabila menggunakan contact lens ini. Warna biru , coklat dan hijau merupakan kegemaran Afzan. Dia tidak mengalami masalah pengelihatan. Dia mengunakan contact lens jenis tanpa kuasa, Afzan berasa risaukerana kerana mata nya tiba tiba merah berair. Mata berasa pedih dan berat. Apabila berjumpa Dr mata, dia di beritahu bahawa mata nya mengalami jangkitan kuman. Dia di berikan ubat dan di suruh agar jangan menggunakan sebarang contact lens selama beberapa bulan. Menurut doctor penjagaan contact lens haruslah bersih dan benar benar bebas kuman.Jangan simpan kontek lens di tempat lembab seperti bilik air, dan berdekatan tingkap. Jangan memberi pinjam kepada sesiapa. Contact lens merupakan alat kosmetik yang tidak boleh di abaikan penjagaan nya. Contact lens yang baik mempunyai kenipisan yang sesuai yang membolehkan oksigen keluar masuk dari mata. Mata kita sebenarnya turut memerlukan oksigen dari udara. Contact lens yang terlalu berat juga akan menekan sel-sel mata ke dalam. Perkara ini membuatkan mata terperosok ke dalam dan boleh menjadi rosak. Kuman yang hinggap akibat penjagaan contact lens yang cuai menyebabkan infeksi. Infeksi mata dipanggil sebagai konjukntivitis.
(more…)

0 Comments

Masalah Sembelit (Kanak-Kanak)

Assalamualaikum,saya Puan Mariam,berumur 30 tahun dan berasal dari Sungai Buloh, Selangor.Saya sudah mempunyai 2 orang anak.Masalah yang saya ingin kemukakan ialah mengenai anak bongsu saya Adam, anak saya berumur 2tahun sering mengalami kesukaran apabila mahu membuang air besar. Masalah ini menyebabkan anak saya selalu menangis dan tidak mahu bermain dengan kanak-kanak yang lain. Apakah factor dan bagaimanakah cara untuk saya mengetahui anak saya mengalami sembelit? Adakah masalah ini berbahaya kepada anak saya? Bagaimanakah cara mencegah keadaan ini dari terjadi lagi dan bagaimana pula untuk mengendalikan kanak-kanak yang mengalami sembelit?
(more…)

0 Comments

Kembung Perut Bayi

Saya ada seorang anak yang berusia 1bulan.Masalah yang saya hadapi kini adalah anak saya sering menangis selepas minum susu dan perut anak saya selalu kembung perut sedangkan saya beri susu…

0 Comments