KETIDAKSUBURAN KEPADA WANITA

Pada kehidupan masa kini, 11% daripada manusia mengalami masalah reproduktif dan berhadapan
dengan ketidaksuburan pasangan. Pemahaman mengenai punca ketidaksuburan wanita mungkin boleh membantu mereka untuk berhadapan dengan masalah ini. Berjumpa dengan pakar perubatan perlu apabila wanita yang berumur 35 tahun dan keatas tidak mencapai kehamilan selepas 6 bulan. Selain daripada itu, wanita muda yang belum mencapai tahap kehamilan selepas setahun mencuba juga haruslah mendapatkan seorang yang betul betul profesional. Terdapat beberapa sebab dan masalah mengapa ini semua berlaku.

Antara puncanya adalah:
1) terlalu obest/ gemuk
2) gangguan pada pangkal rahim (cervical mucosa)
3) endometriosis/tisu dari selaput dalam rahim tumbuh diluar rahim.
4) gangguan pada hormone
5) kegagalan ovulasi/ persenyawaan
6) penyakit/ kemusnahan saluran tiub fallopian
7) gangguan rahim

Berikut merupakan perbincangan lanjut mengenai setiap masalah yang berlaku di atas:

1) Terlalu obesiti/ gemuk
– Ini disebabkan peningkatan berat badan. Peningkatan berat badan ini sering berlaku secara
mendadak setelah mereka berkahwin dan secara tidak langsung pusingan kitaran haid turut
mengalami gangguan. Masalah ini akan membuatkn mereka langsung tidak subur ataupun
kurang subur kerana persenyawaan tidak berlaku di situ.

2) Gangguan pada pakal rahim (cervical mucosa)
– Ini adalah berkaitan dengan mucus pangkal rahim yang tidak mencukupi(CM). mucus adalah
konsep yang sangat diperlukan kerana sperma dipelihara oleh CM dan juga dbawa oleh CM. satu
lagi masalah yang boleh ditentukan adalah dengan pemeriksaan CM apabila wanita alah dengan
sperma lelaki. Ini secara tidak langsung akan merosakkan dan memusnahkan sperma itu sendiri.

3) Endometriosis/ tisu dari selaput dalam rahim tumbuh diluar rahim
– penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim
yang digelar ´endometrium´ telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada
lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ´darah kotor´
atau darah haid.

Gejala- gejala biasa yang sering dialami oleh pesakit endometriosis ialah:

– inflamasi
– sakit ketika haid
– haid yang banyak
– ketulan darah yang besar
– ovarian cyst
– sakit ketika buang air besar
– darah berketul ketul sebelum haid
– pendarahan yang luar biasa
– ketidaksuburan
– sengugut yang teruk di pengakhiran haid
– sakit dibahagian ari-ari
– sakit ketika bersama pasangan

4) gangguan pada hormone

– ini adalah merupakan satu penyakit yang boleh merosakkan seluruh badan wanita. Ini kerana ia
akan menjadi penyebab utama dalam masalah ketidaksuburan. Penyakit ini akan melekat pada
tiub fallopio dan juga pada ovari. Ia juga boleh berkembang menjadi semakin besar dan akan
menghalang pada ovari dan tiub fallopian.

– Syndrome Polycystic atau PCOS adalah gangguan hormone yang boleh menjejaskan
keupayaan wanita untuk hamil. Wanita yang mempunyai PCOS menghasilkan lebihan
hormone lelaki iaitu androgen seperti tetesterone dalam ovary mereka. Ovari polisistik
terbentuk apabila terdapat banyak sista yang wujud dalam corak bergugus yang teratur dengan
sendiri, malah kelihatan seperti segugus buah anggur. Sista ini merupakan folikel yang gagal
untuk membesar dan tidak mengeluarkan ovum atau tidak mengalami pengovulan. Saiznya
berukuran sebesar 2 – 8 milimeter (mm) sahaja.

– Selain itu, terdapat maklumat tentang gejala serta tanda sindrom ini. Tanda klinikal sindrom ini
termasuklah haid tidak teratur, berat badan yang berlebihan (obes) dan ciri hormon androgen
berlebihan dalam badan. Sementara itu, penyebab wanita menghidap PCOS ialah faktor genetik
atau keturunan, kegagalan pengovulan kerana tekanan perasaan dan diet yang salah, kegagalan
badan untuk bertindak balas dengan insulin, dan kerintangan insulin. Diagnosis bagi mengenal
pasti PCOS dilakukan menerusi ujian makmal dan imbasan ultrabunyi faraj.

– Wanita yang menghidap PCOS akan mengalami masalah kesihatan jangka panjang seperti
berisiko lima kali ganda untuk mendapat kanser rahim, tiga kali ganda untuk mendapat kanser
ovari, mudah mendapat penyakit diabetes, dan mempunyai masalah sukar untuk hamil. Selain
itu, penghidap akan mempunyai masalah yang ada kaitan dengan jantung.

– Selain mengalami haid yang tidak teratur, wanita yang menghidap PCOS mempunyai
pertumbuhan bulu berlebihan atau hirsutisme. Hal ini demikian kerana aras hormon lelaki yang
tinggi yang dirembeskan oleh ovari polisistik menyebabkan pelbagai masalah berkaitan
testosteron. Bulu roma yang berlebihan tumbuh pada bahagian muka, puting payudara, perut,
paha, lengan dan sebagainya. Selain itu, pesakit menghadapi masalah jerawat yang kronik pada
bahagian muka atau belakang badan. Masalah lain seperti obesiti, keguguran rambut, masalah
kulit menjadi gelap dan kepala menjadi botak.

5) Gangguan ovulasi

– Wanita perlu mengeluarkan telurnya untuk proses ovulasi. Proses ovulasi terjadi apabila sperma
telah melekat di dinding dinding rahim. apabila ini berlaku maka terjadilah proses persenyawaan
antara sperma dan ovum. Jika berlaku gangguan antara salah satu proses diatas maka ini
menyebabkn berlakunya gangguan pada ovulasi tersebut. Factor- factor lain yang menyebabkan
gangguan ovulasi adalah penggunaan alcohol, makan yang berlebihan dan lain lain.

6) Penyakit/kemusnahan saluran tiub fallopian

– Penyakit kelamin boleh menyebabkn kerosakan pada tiub. Antara penyakit tersebut adalah:
chlamydia atau gonorrhea. Tiub mungkin juga telah rosak semasa pembedahan sebelumnya
apabila ektopik memerlukan pembedahan dan tiub tidak boleh di simpan ataupun telah rosak
disebabkan kehamilan ektopik. Endometriosis juga boleh merosakkan tiub.

7) Gangguan rahim

– Rahim ialah tempat dimana membesarnya bayi. Bayi memerlukan tempat yang cukup sempurna
untuk pembesaran yang normal. Fibriod adalah ketumbuhan dimana ia berlaku di dalam rahim.
Kebanyakan masalah rahim dirawat dengan kaedah pembedahan.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *