Jangkitan Salur Kencing
Assalammuaikum saya Izzati , berasal dari Johor. Sejak kebelakangan ini saya sering mengalami
masalah sukar untuk kencing dengan puas atau erti kata lain jangkitan salur kencing. Saya nak
tahu tanda- tanda, bagaimana cara jangkitan berlaku,rawatan dan cara mencegah.
TANDA-TANDA
Kencing kerap.
Rasa sakit atau rasa pedih selepas kencing.
Rasa hendak kencing lagi walaupun tiada air kencing. Rasa sakit di bahagian bawah abdomen.
Kencing berdarah atau kencing berbau.
Demam sederhana.
Demam yang tinggi serta rasa sejuk dan mnggigil.
Sakit di bahagian belakang pinggang.
BAGAIMANA CARA KUMAN MEMASUKI PUNDI KENCING
Pencemaran bacteria berlaku dikalangan perempuan semasa mengesat dubur dari
belakang ke depan selepas membuang air besar.
Bacteria dalam faraj(vagina)mungkin akan naik ke pundi kencing semasa hubungan
kelamin.
RAWATAN
Makan ubat antibiotik untuk membunuh kuman. Pastikan habis rawatan antibiotik
seperti diarahkan doctor.
BAGAIMANA CARA MENCEGAH
Bersihkan dan keringkan bahagian kemaluan anda.
Keraplah minum air suam setiap hati.
Bersihkan dubur dan bahagian kemaluan dari depan ke belakang setiap kali membuang
air.
Tukar tampon dan tuala wanita dengan kerap semasa dating haid.
Jangan guna seluar jenis nilon.
Jangan guna spray kebersihan wanita atau ‘duche’ kerana produk boleh merengsakan
uretra.
Pergi ke tandas setiap kali rasa hendak membuang air.
Leave a Reply
Want to join the discussion?Feel free to contribute!