Senaman Regangan
Waktu tidur merupakan waktu yang dinantikan oleh setiap individu setelah seharian penat
bekerja. Kadang kala sesorang itu mengambil masa yang lama untuk nyenyak tidur.
Melakukan senaman regangan sebelum tidur boleh diamalkan untuk mendapatkan tidur yang
berkualiti. Senaman regangan atau “stretching” adalah senaman yang dilakukan dengan
memanjangkan otot-otot bertujuan untuk meningkatkan fleksibiliti dalam pelbagai gerakan.
Senaman regangan juga penting dalam dalam program rehabilitasi. Ia membantu membantu
menyediakan badan untuk bersedia berhadapan dengan aktiviti yang seterusnya. Melakukan
senaman regangan selepas melakukan aktiviti memberikan banyak kebaikan kepada badan
kita.
Bagi individu yang bekerja, mereka cenderung untuk berasa stress denga kerja-kerja
seharian mereka. Senaman regangan sebelum tidur ini boleh merehatkan minda mereka di
samping dapat meregangkan otot-otot. Badan dan otak akan menjadi relaks dan memudahkan
anda tidur dengan selesa. Senaman ringkas ini di mulakan dengan bahagian bawah badan dan
di akhiri dengan bahagian atas. Ia merupakan senaman yang mudah dan boleh dilakukan oleh
semua orang kerana anda hanya memerlukan masa selama 5-10 minit.
Kebaikan senaman regangan
Antaranya ialah kebaikannya ialah;
1) Membantu mengurangkan masalah sakit otot,
2) Membantu mengurangkan paras adrenalin dalam darah,
3) Membenarkan kadar jantung kembali ke kadar rehat,
4) Meningkatkan fleksibiliti otot,
5) Mengelakkan kecederaan,
6) Mengurangkan ketegangan otot
7) Melancarkan perjalanan darah ke semua bahagian badan
Aktiviti senaman regangan
1) Leg stretch
– Sebelah kaki di luruskan dan sebelah lagi di lipatkan. Sebelah tangan diletakkan di
lutut, sebelah tangan lagi menarik hujung tapak kaki.
2) Butterfly
– Dalam keadaan duduk, kedua-dua belah tapak kaki dirapatkan. Siku menekan
bahagian paha kebawah dan badan di tundukkan ke depan.
3) Cobra pose
-Dalam posisi meniarap, muka mengahadap lantai dengan kedua-dua belah ibu jari
kaki lurus ke depan. Pastikan tangan rapat kesisi, dalam keadaan bengkok. Angkat
dagu dan dada perlahan lahan, bahagian badan anda akan disokong oleh lengan.
4) Prayer Pose
– Melutut dengan kedua-dua belah kaki dilantai. Duduk dia atas tumit anda,
kemudian bengkok kan badan anda dengan merendahkan dada ke paha. Luruskan
tangan, dan tapak tangan diatas lantai.
Leave a Reply
Want to join the discussion?Feel free to contribute!