You are currently viewing Perokok Tegar

Perokok Tegar

Zurina dan Dahlan merupakan perokok tegar.Setiap hari mereka pasti merokok.Menurut Zurina , perbuatan merokok bermula sewaktu persekolahan lagi.justeru itu tabiat merokok sukar di buang.dahlan pula memulakan aktiviti merokok sewaktu di alam university.Seperti isterinya Zurina dia juga pernah cuba berhenti merokok namun gagal. Banyak kali juga mereka mencuba untuk berhenti merokok namun ketagihan itu bagaikan sukar untuk hilang.Zurina pernah bertanyakan hal ini kepada doctor dan dia di beritahu bahawa Rokok mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan seperti juga heroin dan kokain. Menghisap rokok berulang kali boleh menyebabkan ketagihan,Ketagihan bermaksud tubuh kita mengeluarkan bahan tertentu yang boleh menghasilkan kesan seolah olah rasa seronok atau segar.Kesan seronok dan segar ini merupakan fenomena rangsangan akibat bahan kimia yang terhasil.Apabila seseorang tidak merokok dia mula berasa khayal akibat kehadiran bahan perangsang kimia.bahan perangsang kimia memberi rasa segar pada tubuh badan membuatkan dia berasa aktif.namun sebenarnya perasaan itu hanyalah sementara sahaja.
Apabila rokok yang di pegang habis di sedut, rasa nyaman mula berganti dengan rasa resah tak menentu.ini membuatkan dia terpaksa menyalakan sebatang rokok lagi.kadang kala dia tidak ingat berapa batang rokok kah yang sudah di nyalakan nya .kesan dari rokok yang terlalu banyak ini kerap kali juga membuatkan dia batuk batuk namun untuk berhenti dia tidak boleh. Apabila di sahkan hamil Zurina bertekad mahu berhenti merokok.Pada bulan pertama dia berasa sukar namun apabila mengenangkan bayi dalam kandungan amat memerlukan perhatian rapi dia cuba juga untuk berhenti.sepanjang kehamilan dia tidak merokok.Kandungan nya sihat dan dia selamat melahirkan . Setelah anak berusia empat tahun Zurina kembali dengan tabiat merokok.Perasaan mahu merokok itu bagaikan tidak surut surut dalam jiwanya.Dia berasa amat risau kerana seorang kawan memberitahubahawa anaknya tergolong dalam perokok pasif.Perokok pasif bermakna seseorang yang tidak merokok tetapi menghidap asap rokok daripada orang lain. Apabila anak nya di masukkan ke hospital kerana demam dan mempunyai komplikasi paru paru, Zarina mula sedar bahawa kata kata sahabat nya dulu adalah benar.dahlan juga menyesali perbuatan merokok yang mengakibatkan penyakit anakanya. bagi membolehkan mereka berhenti merokok mereka mengikuti kaunselling khas di sebuah klinik. Tar dan nikotin dalam rokok bukan sahaja akan memberikan kesan buruk kepada paru-paru anda, malah ia mengakibatkan kulit berkedut dan kendur. Setiap kali anda menghisap sebatang rokok, bahan-bahan kimia merbahaya tersebut akan memusnahkan kapilari darah halus yang mengelakkan oksigen dan nutrien dalam darah menghampiri kulit anda. Daripada 4000 bahan beracun dalam asap rokok.

biasa dikenali adalah seperti berikut : -Tar (bahan untuk membuat jalan raya)

-Ammonia (bahan dalam pencuci lantai)

-Napthylamine (ubat gegat)

-Arsenik (racun anai-anai)

-Nicotine (bahan yang boleh mendatangkan ketagihan)

-Kadmium (terdapat dalam bateri)

-DDT (Ubat nyamuk)

-Formaldehyde (untuk mengawet mayat)

-Butane (gas yang boleh membunuh)

-Methanol (Bahan pembakar untuk roket)

-Hydrogen cyanide (racun)

-Toluene (bahan pelarut)Carbon Monoxide (gas beracun)

Apakah penyakit yang membawa maut dan dikaitkan dengan tabiat merokok?

-Penyakit saluran pernafasan: lebih 10-20 kali ganda -Barah paru-paru: lebih 10-15 kali ganda -Barah payudara: lebih 11 kali ganda -Barah hidung dan tekak: lebih 5-15 kali ganda -Barah mulut: lebih 3-15 kali ganda -Barah saluran makanan : lebih 4-5 kali ganda -Sakit Jantung: lebih 1.5-3 kali ganda -Barah Buah Pinggang: lebih 1.5-3 kali ganda -Ulser Perut: lebih 2 kali ganda -Angin Ahmar: lebih 2-3 kali ganda Berbanding dengan asap yang dihisap oleh perokok, asap yang disedut oleh perokok pasif mengandungi : -2 kali ganda nikotin -3 kali ganda tar -5 kali ganda karbon monoksida -50 kali ganda bahan kimia merbahaya

Leave a Reply