Bisul

Bisul adalah satu masalah kulit yang sering berlaku kapada kita, bisul ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia sama ada kanak-kanak mahupun dewasa. Ini kerana bisul ini merupakan kumpulan nanah yang terkumpul di dalam rongga yang terbentuk oleh tisu akibat proses jangkitan biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria mahupun parasit atau sebarang bahan asing contohnya luka tikaman dan tembakan. Ia merupakan sisitem ketahanan diri tisu untuk menghalang penyebaran bahan berjangkit kepada bahagian lain. Untuk pengetahuan anda, bisul selalunya bermula dengan ketulan merah yang bengkak berisi nanah, kemudian membesar dan menjadi lebih sakit sehinggalah ia pecah dan nanah akan mengalir keluar. Bisul akan hilang beberapa hari, kebanyakannya mengambil masa selama dua minggu untuk benar-benar sembuh. Read more

Antioksidan

Antioksidan dapat didefinisikan sebagai satu zat yang dapat menghambat atau melambatkan proses oksidasi. Oksidasi adalah sejenis reaksi kimia yang menghantar elektron atau hidrogen daripada sesuatu bahan kepada agen pengoksidaan. Reaksi pengoksidaan boleh menghasilkan radikal bebas. Radikal bebas ini seterusnya akan memulakan reaksi berantai. Apabila reaksi berantai ini berlaku dalam sel, ia akan menyebabkan kerosakkan sel atau menyebabkan sel mati. Read more

Selenium

Selenium adalah mineral yang dijumpai dalam tanah. Selenium secara semulajadinya terdapat dalam air dan sesetengah jenis makanan. Selenium wujud dalam dua bentuk iaitu organik (selenomethionine dan selenocysteine) dan bukan organik (selenate dan selenite). Jumlah selenium dalam makanan bergantung kepada lokasi dan keadaan tanah. Walaupun manusia hanya memerlukan sedikit selenium dalam tubuh, ia sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting dalam proses metabolisma tubuh. Read more

Gout

Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun, namun Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid. Read more

Sembelit

Sembelit ialah keadaan dimana kekerapan membuang air besar menjadi kurang atau kesukaran membuang air besar. Sembelit boleh terjadi jika kurang membuang air besar 3 kali seminggu. Sembelit bukanlah satu penyakit tetapi hanyalah satu tanda (symptom). Orang yang sembelit juga merasa sakit perut dan mengalami angina (sendawa dan kentut). Biasanya perempuan, budak kecik, orang tua (melebihi 60 tahun) lebih kerap mengalami
sembelit. Read more

Sakit Dada

Dada meliputi sebahagian besar badan kita dan terdapat banyak kawasan di situ, ia juga mengandungi sebahagian besar organ-organ penting badan kita. Organ-organ ini penting dalam badan kita, dilindungi oleh tulang rusuk kita kerana mereka adalah lembut dan halus dan boleh rosak dengan mudah, jadi adalah perkara biasa untuk berasa cemas pada permulaan sakit dada.Orang ramai perlu pandai membezakan antara serangan jantung dengan penyakit lain supaya perasaan cemas ketika mengalami sakit dada tidak membawa kepada kemudaratan lain.Adakalanya bukan mudah menentukan sama ada sakit dada atau sukar bernafas yang berlaku adalah disebabkan oleh serangan
jantung atau masalah-masalah lain, rasa senak yang di alami adalah disebabkan oleh pedih ulu hati yang amat sangat dan ia menutupi ruang pernafasan ke atas dan ianya menjadi sempit lalu kesukaran untuk bernafas akan terjadi. Read more

Pedih Ulu Hati

Assalamualaikum, saya muhammad hakim hafiz, berumur dalam linkungan 20 tahun, menetap di Johor dan sekarang berkerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Saya sering mengalami masalah pedih ulu hati. Apakah masalah ini merbahaya? Apakah tanda dan gejala masalah ini dan apakah komplikasi yang akan saya dapat jika lambat mendapat rawatan? Saya khuatir masalah ini akan mengganggu kerja dan tumpuan saya sewaktu berkerja. Saya
harap dapat info dan maklumat yang saya inginkan. Read more

12 Sakit Sendi

Sendi-sendi berfungsi untuk melicinkan pergerakan diantara pertemuan dua tulang, Sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan tanpa mengira umur. Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakan. Sakit sendi terjadi di kalangan semua lapisan umur. Kesakitan adalah suatu sensasi atau persepsi dan ianya menandakan kecelaruan fizikal, mental atau yang disebabkan oleh penyakit. Ianya berbeza dari segi lokasi, jangka masa, kesakitannya dan dari individu ke individu yang lain. Read more

Kaedah Mencantikkan Wajah

Rawatan untuk mencantikkan kulit wajah

Kulit dan juga tisu dalam badan melalui proses pembentukan semula sepanjang kitaran hidup kita. Walau bagaimanapun, apabila usia kita semakin meningkat , keupayaan pembaikan semula tisu kulit akan berkurangan disebabkan oleh perubahan dalam komposisi dan struktur tisu penghubung. Komponen paling banyak dan penting dalam kulit adalah kolagen, iaitu sejenis protein yang bertanggungjawab untuk keanjalan kulit. Walau bagaimanapun, dengan penuaan, pengeluaran kolagen menurun yang membawa kepada kendur kulit, garis-garis halus di sekitar hidung, mulut dan dagu, penampilan kesan hitam di bawah mata dan kehilangan ketegangan kulit. Proses ini akan lebih cepat jika kita sering terdedah kepada persekitaran yang boleh menjejaskan kulit kita. Read more

Vertigo

Penyebab vertigo. Vertigo adalah gangguan keseimbangan yang berlaku di telinga dalam supaya penghidap vertigo berasa pening atau ruang di sekelilingnya terasa berputar atau terapung. Vertigo menunjukkan bahawa terdapat ketidakseimbangan dalam nada vestibular. Ketidakseimbangan nada vestibular boleh berlaku kerana kehilangan input periferi disebabkan kerosakan pada labirin dan saraf vestibular atau boleh disebabkan oleh kerosakan sepihak daripada aktiviti nukleus vestibular atau vestibulocerebellar. Read more