Hidung Berdarah

Tiba-tiba sahaja hidung keluar darah masa nak pergi kerja.. Rasa pening sebab darah keluar banyak.. Apakah sebabnya terjadi hidung berdarah ni dan rawatannya?? Mila, Selangor.

JAWAPAN :

►Hidung berdarah berlaku kerana kedudukan saluran darah yang begitu hampir dengan permukaan.
►Hidung berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang ini.
►Berlaku akibat kepanasan atau kecederaan kepala mungkin diikuti simptom seperti rasa mengantuk, muntah-muntah dan sakit kepala.
►Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung.
►Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah.
►Pengambilan ubat-ubatan juga boleh menyebabkan pendarahan seperti aspirin atau anti radang.
►Kehadiran objek asing dalam laluan nasal juga boleh menyebabkan hidung berdarah.

HIDUNG BERDARAH TERJADI APABILA ?
►Alahan
►Menghembus nafas terlalu kuat
►Selsema
►Tekanan darah tinggi
►Mengorek hidung jauh ke dalam atau patah hidung
►Suhu dalam badan terlalu tinggi

CARA MERAWAT :
►Picit bahagian bawah hidung
►Bernafas melalui mulut
►Mendongak dengan kepala menegak
►Picit hidung sekurang-kurangnya lima ke sepuluh minit
►Jangan baring! Bangun dan bongkokkan badan ke hadapan
►Letak tuala berisi ais di hidung dan juga pipi

JUMPA DOKTOR DENGAN SEGERA JIKA :
►Hidung masih berdarah dan tidak berhenti
►Berasa hendak pitam atau pengsan
►Pendarahan hidung terjadi sebaik saja berlaku trauma di kepala
►Di sebabkan hidung yang patah
►Pendarahan mengalir laju atau kehilangan banyak darah

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *