Ulser Mulut
Bagaimana nak hilangkan ulser mulut ni? Sakit betul-betul punya sakit, nak makan pun susah apatah lagi nak mengunyah makanan.. Tolonglah saya!! Lela daripada Serdang.
JAWAPAN :
►Ulser merupakan tompokan putih atau kuning dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan disekelilingnya.
►Ulser ini mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan.
►Ulser mulut sebenarnya merupakan tindak balas terhadap jangkitan bacteria, virus, atau fungus.
►Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur.
►Selain jangkitan bacteria atau fungus, ulser juga boleh disebabkan kerana kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah, tercucuk benda yang tajam.
►Ulser juga terjadi akibat kekurangan zat makanan, tekanan, kurang rehat atau keadaan mulut yang kotor.
►Rasa sakit akibat ulser ini akan menyebabkan anda berasa hilang selera untuk mengambil makanan atau minuman panas, ia juga akan menyukarkan pertuturan anda.
TANDA-TANDA ULSER :
►Rasa membakar di dalam mulut
►Kesakitan
►Kawasan yang terkena jangkitan atau cedera berwarna merah dan membengkak
►Ketidakselesaan yang berpanjangan
►Hilang selera makan
►Rasa sakit apabila anda sedang mengosok gigi dan sukar untuk membuka mulut
►Pedih dan sakit terutama apabila anda sedang mengunyah makanan pedas, masin atau panas
►Demam
RAWATAN DAN PENCEGAHAN :
►Minum air yang secukupnya
►Jangan minum air yang berasid
►Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik
►Kurangkan makanan pedas dan berempah
►Letakkan sedikit ais di tempat luka untuk melegakan sakit
►Amalkan tabiat menjaga mulut dan gigi berada pada tahap kesihatan yang baik
►Makan makanan yang lembut
►Sapukan gel analgesic atau gel penahan sakit
►Mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang, pastikan anda cukup mengambil vitamin B12 dan vitamin C.
Jika ulser mulut tidak sembuh dan ianya semakin merebak dalam masa kurang 3 minggu, segeralah berjumpa dokor kerana mungkin ulser mulut yang lambat sembuh adalah tanda-tanda awal anda sedang menghidap barah mulut.
Rawatan lanjut harus dilakukan apabila ulser yang dialami agak besar dari saiz biasa iaitu 2mm, ulser berdarah dan tidak sembuh dalam masa 3 minggu.
Leave a Reply
Want to join the discussion?Feel free to contribute!