You are currently viewing Melecur

Melecur

Melecur merupakan kecederaan biasa yang mudah di cegah. Melecur mudah berlaku akibat kecuaian. Kecederaan akibat melecur biasanya berlaku ke atas kanak-kanak kerana sifat ingin tahu dan ianya berlaku secara tak sengaja.Di sebabkan itulah ibu bapa atau pun penjaga haruslah menitik beratkan setiap kedudukan barang-barang yang mendatangkan kecederaan di letak kan jauh di sudut almari atau pun paras tinggi yang anak tidak boleh mencapainya.
Sebab-sebab melecur boleh berlaku : ► Lepuhan akibat air panas atau cecair masakan. ► Objek panas seperti sterika, dapur. ► Haba daripada minyak masak yang terlampau panas. ► Kebakaran bahan kimia yang menghakis. ► Kebakaran elektrik seperti bermain dengan plug elektrik, sambungan wayar dan soket yang terdedah. Rawatan : Jika sebahagian kulit sahaja yg melecur (kurang daripada saiz tapak tangan), ia boleh dirawat di rumah. ► Lucutkan pakaian yg ketat dan barang hiasan dengan berhati-hati. ► Siram kawasan yg melecur di bawah aliran air selama lebih kurang 15 minit. ► Sapukan krim atau losyen yang sesuai. ► Jangan sesekali guna minyak mentega, gris, minyak rambut atau ubat gigi yg mana ianya Boleh menyebabakan jangkitan. ► Jangan pecahkan gelembung. Kalau pecah, biarkan saja. ► Anda perlukan imunisasi untuk menghalang tetanus. Dapatkan khidmat Doktor. ► Jangan guna ais. Meletakan ais di tempat yg melecur boleh menyebabkan kerosakan teruk pada kulit. ► Jangan pecahkan kulit yang menggelembung. Cecair di dalam gelembung berfungsi untuk melindungi daripada jangkitan. Jumpa Doktor sekiranya : kawasan melecur bertambah besar, melibatkan bahagian

Leave a Reply