Masalah Kuku Berkulat

Saya Remy berasal daripada Tanjung Karang, masalah saya ialah mengenai kawan
saya ni (Mat nama nya), sebagai kawan saya pun nak tolong dia tapi saya tak tahu
bagaimana nak tolong dia.Kuku kaki dia dah rosak dan mendatangkan bau yang
memang tak selesa,saya hanya cakap pada dia pergilah berjumpa doktor yang boleh
merawat kuku kaki yang dah rosak dan berbau tapi dia takut kukunya di
cabut.Bagaimana caranya untuk saya menolong kawan saya ni?

JAWAPANNYA

►Kuku juga mudah dijangkiti fungus atau kulat, terutama pada kaki yang sering
memakai kasut, persekitaran gelap, lembab dan hangat adalah ciri utama
menggalakkan pembiakan kulat.Selain muka, anggota yang selalu menjadi perhatian
orang ialah kebersihan tangan, khususnya kuku. Kuku boleh menjadi lambang
keprihatinan seseorang menjaga kebersihan dan kesihatan secara
keseluruhan.Mungkin kawan anda tidak sedar jika masalah kulat atau fungus mula
menjangkiti satu atau lebih pada kukunya. Daripada titik kecil berwarna kekuningan di
hujung kuku tangan atau kaki, ia boleh memburuk hingga menyebabkan warna kuku
berubah menjadi gelap, mengeras, hilang lapisan berkilat, bergerigi, kehilangan bentuk
asal dan teksturnya menggerutu.Bentuk kuku juga berubah dan terangkat daripada
lantai kuku, menyebabakan anda berasa sakit serta timbul masalah bau yang kurang
menyenangkan. Keadaan seperti ini akan memalukan diri sendiri kerana rupa kuku
yang mengundang perasaan geli lagi berbau dan walaupun hanya dengan melihatnya,
ianya akan mengundang kepada suasana yang tidak selesa.Sebelum semakin
merebak dan membuat orang lain tidak selesa, jalanilah rawatan dengan segera.

►Kuku kita dihasilkan daripada sejenis protein dipanggil keratin.Walaupun kuku boleh
dikatakan antara tisu terkuat dalam badan, ia mudah mengalami masalah dan menjadi
lemah, pecah, berbau atau tumbuh terlalu perlahan.Masalah kuku biasanya
disebabkan jangkitan kulat dan lama kelamaan ia boleh rosak dan tertanggal.Jangkitan
kulat ini bukan sahaja boleh berlaku dari kuku kaki ke kuku tangan seseorang, bahkan
boleh disebar pula oleh agen air.Dan tidak dinafikan tempat-tempat seperti kolam
renang awam dan bilik air juga lokasi ideal untuk kulat ini menjangkiti orang lain.

►Apabila kulat mula menghuni kuku, ia sukar dilenyapkan dengan cepat.Namun, ia
boleh dibasmi jika seseorang berdisiplin, jaga kebersihan diri, amalkan hidup yang
sihat serta jalankan rutin rawatan dengan baik dan terperinci.

MENGELAK SERANGAN FUNGUS ATAU JANGKITAN SEMULA:

►Kuku sentiasa pendek, kering, dan bersih.
►Potong kuku kaki melintang dan buang bahagian keras pada hujung kuku.
►Keringkan kaki terutama pada celah jari setiap kali selepas cuci atau mandi.
►Pakai stokin, lebih baik pembuatannya daripada kain kapas agar dapat menyerap
Peluh dengan baik.
►Tukar stokin bagi individu yang ada masalah kuat berpeluh.
►Jangan kerap memakai kasut bertutup dan bertali.
►Amalkan memakai sarung tangan getah, khususnya bagi yang terdedah kepada air.
►Jangan sesekali mengopek kulit di sekitar kuku, ianya akan member laluan fungus
Memasuki badan anda dan membiakkan jangkitan.
►Langkah yang terbaik elak jangkitan dan mencegah jangkitan ialah memilih kasut
Yang ada ruangan udara keluar masuk. Lembabkan kuku dengan losyen, terutama
Selepas lama terperap dan selepas lama terdedah pada air.
►Sapukan cecair pembasmi kulat yang mengandungi bahan aktif yang disyorkan
Untuk menghapuskan pelbagai jenis kulat.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *