Angin Ahmar
Hari rabu lepas ada seorang pesakit datang berjumpa saya ..dia datang dengan muka penat. Nama dia Nurul dia tinggal dengan datuk dia yang telah lama sakit angin ahmar, Dia datang untuk bertanya dengan saya tentang cara merawat orang yang sakit angin ahmar.
ANGIN AHMAR
Angin ahmar atau strok ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba. Masalah salur darah tersumbat berpunca daripada banyak sebab. Darah di bahagian otak dialirkan daripada 2 salur darah penting iaitu arteri karotid dan arteri vertebra (vertebral artery). Sumbatan pada mana mana sumber masuk darah ini boleh menyebabkan kematian sel otak. Selain arteri, vena yang tersumbat juga boleh menyebabkan perkara ini berlaku. Sekiranya terdapat darah beku pada vena (contohnya sagital vein), darah tidak dapat keluar dari otak, darah tidak dapat mengalir dengan baik dan menyebabkan kematian sebahagian sel otak. Antara bahagian otak yang amat sensitif ialah bahagian hipokampus dan sel ependymal.
Punca angin ahmar termasuk kelanjutan umur, darah tinggi , kencing manis , kolesterol tinggi , dan merokok . Merokok merupakan punca boleh ubah suai yang paling penting. Istilah serangan otak kini semakin digunakan di Amerika Syarikat untuk angin amar, disebabkan penyakit ini adalah padanan untuk serangan jantung yang merupakan masalah kesihatan yang diakibatkan
oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian jantung diganggu.
Penyebab berlaku angin ahmar:
Sumbatan arteri kecil
emboli dari jantung menyumbat arteri otak (cardiac emboli)
emboli dari aterosklerosis pergi ke arteri otak
Pendarahan dalam otak
Tekanan darah turun melebihi 40 mmHg ,triad tidak stabil
Arteri karotid terbelah dua (disection) – menyebabkan sumbatan
radang salur darah – menyebabkan sumbatan
pendarahan subarachnoid – menyebabkan pendarahan
sumbatan vena otak – darah tidak bergerak
sindrom anti-phospholipid (anti-phospholipid syndrome) – menyebabkan kerosakan tisu otak
thrombophilia (darah suka membeku)
Penyakit Fabry
PESAKIT YANG BERESIKO TERKENA ANGIN AHMAR
– tekanan darah tinggi (boleh menyebabkan arteri rosak dan seterusnya pendarahan dalam otak)
– merokok – meningkatkan aterosklerosis
– kencing manis – meningkatkan aterosklerosis
– penyakit jantung
– Bunyi pada arteri karotid (carotid bruit)
– Hormon pencegah kehamilan
– banyak lemak dalam darah
– darah cepat membeku
– sifilis
Cara-cara merawat pesakit angin ahmar
1. saluran pernafasan mestilah dipastikan baik untuk mengelakkan tak
cukup oksigen atau tersedut muntah sendiri.
2. Pastikan paras gula dari 4-10 mmol/L. Gunakan insulin pada orang
kencing manis
3. Pastikan tekanan darah stabil. Jangan biarkan tekanan darah kurang
sebanyak 20% bagi mengelakkan tisu otak yang sedia kekurangan darah
itu menjadi semakin rosak
4. Lakukan CT (5 minit diperlukan)
5. Gunakan ubat trombolisis (fibrinolytics) seperti Lepirudin, -gatran, –
xaban, ateplase atau lain lain mengikut kesesuaian bagi memecahkan
gumpalan darah tersebut. kawalan trombus putih
6. Berikan antiplatelet (aspirin/-grel/-elor/abciximab) bagi mengelakkan masalah ini berulang/menjadi lebih teruk kawalan trombus putih
7. Jangan bagi apa apa melalui mulut. Kerana ia boleh menyebabkan tercekik. individu yang mengalami angin ahmar mengalami masalah untuk telan
Leave a Reply
Want to join the discussion?Feel free to contribute!