Diabetes dirujuk sebagai kencing manis, yang menggambarkan sekumpulan penyakit metabolik di mana orang yang mempunyai glukosa darah tinggi (gula darah), sama ada kerana pengeluaran insulin tidak mencukupi, atau kerana sel-sel badan yang tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin, atau kedua-duanya. Pesakit dengan gula darah tinggi biasanya akan mengalami polyuria (kerap membuang air kecil), mereka akan menjadi lebih dahaga (polydipsia) dan lapar (polyphagia). Kebanyakan makanan yang kita makan akan bertukar menjadi glukosa, atau gula. Kemudian, glukosa tersebut akan digunakan oleh badan sebagai tenaga. Pankreas, adalah organ yang terletak berhampiran perut. Ia akan menghasilkan hormon yang dipanggil insulin untuk membantu glukosa masuk ke dalam sel-sel badan kita. Apabila anda mempunyai diabetes, badan anda sama ada tidak membuat insulin yang cukup atau tidak boleh menggunakan insulin sendiri seperti yang sepatutnya. Ini akan menyebabkan gula terkumpul dalam darah. Diabetes boleh menyebabkan komplikasi kesihatan yang serius termasuklah penyakit jantung, buta, kegagalan buah pinggang, amputasi dan strok.
TERDAPAT DUA JENIS DIABETES IAITU:
- Diabetes Jenis 1
- Diabetes Jenis 2