Sendi-sendi berfungsi untuk melicinkan pergerakan diantara pertemuan dua tulang, Sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan tanpa mengira umur. Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakan. Sakit sendi terjadi di kalangan semua lapisan umur. Kesakitan adalah suatu sensasi atau persepsi dan ianya menandakan kecelaruan fizikal, mental atau yang disebabkan oleh penyakit. Ianya berbeza dari segi lokasi, jangka masa, kesakitannya dan dari individu ke individu yang lain.
SEBAB-SEBAB SAKIT SENDI
Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka. Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan. Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh
disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat, postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul. Selain itu, berat badan berlebihan, kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki, kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya). Penyakit sendi seperti arthritis juga sebagai satu penyebab kebanyakan manusia mengalami sakit-sakit sendi dan antaranya adalah, sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit, penyakit tulang, ketumbuhan, jangkitan kuman, masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya, penyakit kronik, dan ubat-ubatan.
RAWATAN UNTUK MENGURANGKAN PENYAKIT SENDI
Sakit sendi selalunya bukan disebabkan oleh penyakit kronik. Sakit ringan akan reda dengan langkah-langkah mudah seperti merehatkan sendi tersebut secukupnya contohnya dengan penggunaan ´splint´ (pengampu). Selain itu, Kerap mengenakan ´cold pack´ (contoh ais yang dilipat dalam tuala) pada sendi yang tercedera sekurang-
kurangnya 30 minit untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan(keradangan. Selepas beberapa hari, selangkan penggunaan pek sejuk dan panas, urut secara lembut juga boleh membantu. Kenakan pek panas untuk meringankan ketegangan sendi, guna ubat penahan sakit seperti paracetamol(panadol) atau ubatan jenis ´non-steroidal anti-inflammatory´(NSAID) sekiranya paracetamol tidak melegakan. Bukan itu saja, penurunan berat badan juga amat perlu, jangan guna kasut tumit tinggi tapi gunakan kasut tumit rendah, bijak menangani tekanan yang ada dan sila dapatkan rawatan bagi penyakit yang khusus.
Bila Harus Berjumpa Doktor?
Sekiranya sakit berlarutan walaupun telah merawatnya dengan cara di atas, puan bolehlah datang berjumpa dengan doktor. Selain itu, jika sakit bertambah teruk, tidak lega dengan ubat penahan sakit, mengalami kecederaan dan keadaan yang boleh menghalang puan dari melakukan pekerjaan adalah perlu untuk mendapat rawatan dan rujukan daripada doktor. Di samping itu, tanda-tanda lain yang perlu di rujuk oleh doktor seperti sakit yang berserta dengan deman, muntah, sesak nafas, kebas, lemah, penurunan berat badan yang serius, hilang keupayaan untuk mengawal buang air besar atau kecil, penglihatan kabur, sakit perut atau cirit, sendi yang bengkak dan merah, dan pesakit yang menghidap penyakit HIV atau kanser.
BAGAIMANA UNTUK MENCEGAH SAKIT SENDI INI?
Bagi mencegah sakit-sakit sendi ini, keadaan postur badan amat penting terutamanya ketika mengambil barang jatuh, elakkan berdiri atau berjalan secara bongkok. Selain itu, tidur di atas tilam yang keras, elakkan mengangkat barang yang berat, kerapbersenam ini elok untuk memastikan otot dan sendi berfungsi dengan lancar, mengurangkan berat badan, mengamalkan rehat seketika termasuk regangan ketika memandu, dan berdiri atau duduk yang terlalu lama.
UNTUK PENGETAHUAN ANDA….
Penggunaan ubat penahan sakit yang di gunakan untuk mengurangi penyakit sendi ini secara berlarutan adalah tidak menjejaskan kesihatan sekiranya di lakukan dengan arahan doktor. Selain itu, penggunaan ubat gosok atau krim penahan sakit boleh di gunakan untuk membantu mengurangkan sakit ringan sahaja. Bagi pesakit yang mengamalkan pengambilan ubat secara tradisional boleh membahayakan jika produk atau pengeluaranya tidak berdaftar dengan Biro Kawalan Farmasi.
