You are currently viewing Hormon Dan Personaliti
[ File # csp6402589, License # 2856931 ] Licensed through http://www.canstockphoto.com in accordance with the End User License Agreement (http://www.canstockphoto.com/legal.php) (c) Can Stock Photo Inc. / kgtoh

Hormon Dan Personaliti

Bagaimana hormon mempengaruhi tubuh badan dan personaliti? Di dalam sistem tubuh terdapat kalenjar hormon yang pelbagai bagi mengaturcara kehidupan kita. Hormon yang paling tinggi yang paling mengawal tubuh kita dinamakan hormon dominan. Kita boleh membahagikan manusia kepada 5 kumpulan bergantung kepada jenis hormon dominan masing masing. Pengkelasan begini membolehkan kita kenal diri kita dengan lebih baik dan memahami mengapa kita cenderung kepada sesuatu makanan kegemaran atau tabiat tertentu. Ia juga membantu kita lebih memahami dan bertolak ansur dengan orang lain. Saya menamakan pengkelasan ini sebagai PLATO.
[av_gallery ids=’251′ style=’thumbnails’ preview_size=’portfolio’ crop_big_preview_thumbnail=’avia-gallery-big-crop-thumb’ thumb_size=’portfolio’ columns=’1′ imagelink=’lightbox’ lazyload=’deactivate_avia_lazyload’ admin_preview_bg=”] PLATO Kumpulan P Merupakan mereka yang mempunyai kalenjar PITUITARY yang aktif. Mereka mudah dikesan kerana mempunyai bentuk kepala yang agak besar berbanding orang lain. Mereka mempunyai soket mata bulat oleh itu mereka kelihatan awet muda, bentuk tubuh mereka pula sering mempunyai rangka kaki yang panjang dan rangka tubuh yang pendek. Mereka tampak seperti kanak-kanak riang. Sifat utama kumpulan ini ialah gemar berangan-angan dan berfantasi. Mereka mudah didekati namun sukar difahami berikut sifat mereka yang sering berkhayal dialami ciptaan sendiri. Mereka berhati baik dan mudah untuk meminta tolong. Justeru itu mereka ini merupakan pekerja yang mudah mengikut arahan. Makanan kegemaran mereka biasanya yang berempah dan agak panas. Mereka sukakan cita rasa yang lembut dan sederhana. Kumpulan L Kumpulan L pula mempunyai perut yang besar. Walaupun tubuh tidak gemuk namun perut mereka buncit dan mengendur. Mereka mempunyai perawakan suka berjenaka. Mereka merupakan pendengar yang baik dan setia. Sebagai kawan. Mereka boleh dipercayai dan meriangkan. Kumpulan ini gemarkan makanan berlemak. Tidak hairanlah mereka mudah terkena masalah berkaitan jantung dan kolestrol. Kumpulan A Kumpulan adrenal merupakan kumpulan yang paling ramai jumlah ahlinya. Mereka ini mempunyai bentuk tubuh yang berupa epal. Rangka tubuh bahagian atas agak berisi manakala rangka tubuh bahagian bawah tampak kecil. Bentuk muka mereka sering kali bulat. Kumpulan ini rajin bekerja. Mereka juga bersemangat dan sering berjaya dalam kerjaya. Namun mereka mudah stress dan mudah marah. Mereka juga tidak pandai mengawal rasa marah. Namun sifat setiakawan dan prihatin ada dalam jiwa mereka membuatkan mereka sering berjaya menjadi bos dalam suatu organisasi. Oleh kerana mereka mengumpul lemak pada muka , leher dan badan atas, wajah mereka menjadi terlalu bulat dan penampilan adalah tidak menarik. Hal ini sering membuatkan mereka gelisah dan menjadikan mereka kurang keyakinan diri. Makanan kegemaran mereka ialah karbohidrat dan juga makanan bergaram, maka mereka ini mudah terkena penyakit kencing manis dan darah tinggi. Kumpulan T Kumpulan T merupakan kumpulan yang agak besar. Mereka mempunyai bentuk wajah yang bujur dan panjang. Mereka sering mempunyai rangka seimbang di mana bahagian tangan dan kaki kelihatan sama panjang kumpulan ini cenderong dalam aktiviti sukan marathon. Minat mereka mendalam terhadap pelbagai jenis sukan kerana mereka tidak mudah merasa penat. Makanan mereka sederhana, tidak berapa manis dan tidak berapa pedas. Mereka ini kadang kala cerewet dalam memilih makanan kegemaran mereka. Sikap mereka amat perasa namun mereka suka memendam rasa marah dan kecewa dalam hati. Mereka ini amat berahsia dan sangat berhati hati dalam memilih kawan. Penyakit yang sering melanda mereka ialah penyakit jantung dan masalah salur darah. Kumpulan O Kumpulan yang terakhir ialah kumpulan O merujuk kepada ovari wanita. Justeru itu biasanya ahli kumpulan ini terdiri daripada wanita sahaja. Wanita yang dimaksudkan ini mempunyai lemak banyak berkumpul di peha dan punggung. Bentuk mereka ialah bentuk buah pear. Wanita jenis O ini bersifat sangat penyayang. Mereka mempunyai ciri ciri keibuan yang tinggi. Mereka sering kali bercakap tanpa memikirkan akibatnya. Oleh itu mereka sering di labelkan sebagai mulut celupar. Makanan kegemaran mereka ialah yang berbentuk cheese atau keju. Mereka gemarkan kek dan mentega dan kuih kuih yang lembut dan berkrim. Masalah kesihatan yang sering melanda mereka ialah masalah berkaitan rahim seperti fibroid dan masalah haid. Kebanyakan dari kita mempunyai jenis tubuh yang bercampur namun ciri ciri PLATO tetap tidak hilang. Contohnya jika seseorang yang berpunggung lebar dan berperut besar , kita boleh namakan dia jenis campuran O dan L. Oleh itu pada pendapat saya ciri L bukanlah dominan. Ia boleh wujud dalam mana mana kumpulan ataupun secara berasingan. Mengetahui jenis PLATO membolehkan kaedah saintifik penurunan berat badan di buat. Ini ialah kerana setiap hormon mempunyai tugas tersendiri dalam proses penurunan berat badan. Ia juga boleh di jadikan garis panduan bagi seseorang yang ingin meningkatkan kecantikan dan kesihatan. Bagi kumpulan O contohnya mereka tidak digalakkan mengambil bahan makanan mengandungi soya kerana kandungan hormone phytoestrogen dalam soya boleh menambahklan berat badan mereka. Bagi kumpulan O teknik senaman yang baik ialah jenis mengayuh basikal dan senaman bagi sendi. Bagi kumpulan A pula mereka lebih sesuai mengamalkan sayuran lembut atau jenis non cruciferous. Sayuran jenis ini akan membantu mereka mudah turunkan berat badan. Senaman yang sesuai adalah jenis yoga dan erobik. Di Marissa Aesthetic, saya sering menekankan kepentingan sistem plato ini. Plato bolehlah di anggap sebagai kod tubuh seseorang. Melalui pengkelasan kita boleh mengenalpasti apakah jenis senaman dan pemakanan yang perlu di patuhi bagi mendapatkan kesihatan yang ideal. Bagi tujuan penurunan berat badan juga kaedah pemakanan berdasarkan plato masing maisng akan membantu menurunkan berat badan dengan berkesan. Hasil carian imej untuk bentuk badan wanita

Leave a Reply