You are currently viewing 9 Petua Menggunakan Bahan Semulajadi Untuk kekalkan Kulit Bebas Daripada Jeragat

9 Petua Menggunakan Bahan Semulajadi Untuk kekalkan Kulit Bebas Daripada Jeragat

Kaum hawa mengalami pigmentsi ketika badan menghasilkan terlalu banyak melanin yang mengakibatkan warna kulit kelihatan tidak rata. Pigmentasi dicetuskan oleh pancaran sinar matahari, pemakaian pil KB dan juga kehamilan. Namun pigmentasi akibat kehamilan akan segera berlalu selepas anda melahirkan.
Melakukan rawatan kulit di spa biasanya menjadi pilihan untuk mengatasi pigmentasi. Kami menawarkan beberapa penyelesaian semulajadi yang boleh anda dapatkan langsung dari dapur anda untuk mengatasi masalah pigmentasi. 1)      LIMAU NIPIS Limau nipis mengandungi vitamin C yang juga lazim disebut dengan asid sitrik. Dan bahan-bahan ini boleh memutihkan bintik hitam pada kulit dan mencerahkan warna kulit yang tidak sekata. Sapukan air oren pada kulit wajah setiap hari. Anda juga boleh membuat topeng muka yang diperbuat daripada limau nipis dan madu 2)      KENTANG Ada banyak manfaat kentang selain sebagai bahan makanan. Kentangdapatmenghilangkan masalah pigmentasi seperti melasma dan lingkaran hitam. Parut kentang mentah dan haluskan dalam pemerah jus anda. Kemudian haluskan adunan kentang itu pada wajah dan biarkan selama satu setengah jam. Lakukan secara teratur dan anda akan dapat melihat tanda-tanda pigmentasi akan pudar. 3)      TIMUN Timun sangat bermanfaat untuk tubuh, baik untuk tubuh bahagian dalam mahupun luar. Zat yang terkandung dalam timun dapat menyembuhkan dan menghilangkan lingkaran hitam pada mata.Iris dua potong timun, letakkan pada mata dan tidur sianglah. Ketika bangun anda akan merasa segar bugar berbanding sebelumnya. 4)      MADU Madu mentah mengandungi bahan-bahan yang boleh melembapkan dan membersihkan kulit. Madu juga mengandung asam glukonat – suatu bentuk asid alfa hidroksi ringan yang dapat mencerahkan tompok pigmentasi.Madu boleh anda campurkan dalam segala jenis topeng buatan sendiri – misalnya madu dan oat, madu dan badam, atau madu, limau nipis dan kacang – dan nikmatilah sensasi menyegarkan ala spa ternama! 5)      ALMOND Almond mengandungi asid lemak semula jadi yang menghalang kulit dari kekeringan dan menjaga kelembapan kulit. Sehingga sering digunakan sebagai bahan asas pelembab dan losyen. Masukkan segenggam almon dalam suku cawan susu dan biarkan semalam dalam peti ais. Di pagi hari, kupas kulit badam dan haluskan isi kandungannya dengan susu sehingga berbentuk pasta. Gunakan pes badam dan susu ini sebagai masker wajah. Anda juga boleh menambah madu atau limau nipis sebagai pelengkap penjagaan wajah. 6)      BETIK Betik dikenali sebagai buah dengan banyak manfaat. Buah ini mengandung serat sehingga baik untuk pencernaan, dan lazat rasanya. Spa khas Bali menggunakan betik untuk mengembalikan kesegaran kulit akibat terbakar matahari atau tidak stabil. Tumbuk beberapa keping betik hingga halus, lalu campurkan dalam yogurt dan madu untuk digunakan sebagai masker wajah. 7)      AVOKADO Avokado mengandungi vitamin E, vitamin C dan asid lemak semula jadi. Sedangkan vitamin E dan C cukup diperlukan kulit untuk mengatasi kesan pigmentasi.Tumbuk avakado yang telah dikupas dan gunakan sebagai topeng. Anda juga boleh menambah limau nipis, madu dan yogurt. 8)      SUSU DAN YOGURT Susu dan yogurt mengandungi asid laktik yang dapat mencerahkan dan menghilangkan noda pada kulit. Harganya pun tidak mahal dan cukup lembut untuk pemakaian sehari-hari. Gunakan susu atau yogurt tanpa perasa dan pemanis sebagai masker wajah yang menyegarkan. 9)      LIDAH BUAYA

Lidah buaya adalah ubat semula jadi terbaik untuk segala jenis masalah kulit. Mulai dari lebam hingga luka bakar, eksem hingga terbakar matahari, semua dapat diatasi oleh lidah buaya.Jika anda telah mempunyai tanaman lidah buaya di halaman rumah, anda tinggal mengambil dan menyapu cecair di dalamnya ke wajah anda. Jika tidak, anda boleh menggunakan beberapa produk lidah buaya yang ditawarkan dalam bentuk gel dan dijual bebas. Untuk dapatkan kulit yang bebas jeragat, amalkan selalu 9 petua mudah menggunakan bahan semulajadi. Jika keadaan kulit anda berlarutan hubungi kami bagi mendapatkan khidmat konsultasi secara percuma sekarang.  

Leave a Reply