Selenium adalah mineral yang dijumpai dalam tanah. Selenium secara semulajadinya terdapat dalam air dan sesetengah jenis makanan. Selenium wujud dalam dua bentuk iaitu organik (selenomethionine dan selenocysteine) dan bukan organik (selenate dan selenite). Jumlah selenium dalam makanan bergantung kepada lokasi dan keadaan tanah. Walaupun manusia hanya memerlukan sedikit selenium dalam tubuh, ia sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting dalam proses metabolisma tubuh.
Kenapa manusia memerlukan selenium?
Selenium adalah antioksida yang melindungi sel-sel tubuh badan daripada kerosakkan akibat radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai sifat yang sangat tidak stabil dan menyebabkan penyakit. Radikal bebas terbentuk akibat proses metabolisma sel, radang, kekurangan gizi, pencemaran, sinar matahari, asap rokok dan sebagainya.
Selenium sangat penting untuk mengekalkan kesihatan badan yang optima. Selenium juga memainkan peranan penting dalam kesuburan lelaki. Dalam satu kajian, selenium telah dibuktikan dapat meningkatkan tahap kesuburan dalam kumpulan kajian lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma.
Selenium banyak ditemui dalam hati, buah pinggang, testis, pankreas dan spleen. Selenium menggalakkan pengeluaran enzim glutathione yang berfungsi untuk menghapus peroxides yang memusnahkan lipid penting dalam tubuh. Selenium juga terlibat dalam pembentukkan bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai neurotransmitters.
Terdapat juga beberapa bukti yang menyatakan selenium dalam bentuk suplemen dapat mengurangkan risiko kanser prostat. Selenium juga telah diuji sebagai bahan rawatan dalam beberapa jenis keadaan penyakit iaitu dari asma ke arthritis sehinggalah masalah kelemumur ke infertaliti.
Fungsi lain selenium kepada manusia :
Melindungi sel-sel daripada radikal bebas. Selenium bekerjasama dengan Vitamin E untuk menjadi antioksidan.
Membolehkan tiroid menghasilkan hormon tiroid dan membantu fungsi kelenjar tiroid.
Membantu mengurangkan risiko mendapat radang sendi.
Meningkatkan kekebalan tubuh dengan memperbaiki sistem imuniti.
Mempertahankan elastisiti kulit apabila bergabung dengan Vitamin E.
Suplemen selenium
Selenium boleh didapati dalam bentuk suplemen multivitamin/multimineral dan sebagai suplemen tunggal, ia disediakan dalam bentuk selenomethionine atau yis yang diperkaya dengan selenium atau sebagai sodium selenite atau sodium selenate. Tubuh manusia menyerap lebih daripada 90% selenomethionine tetapi hanya lebih kurang 50% selenium daripada selenite.
Kegunaan suplemen selenium
1. Menentang kanser prostat
Tahap selenium yang rendah dalam badan akan meningkatkan risiko untuk mendapat kanser prostat. Telah diketahui bahawa selenium boleh meningkatkan kapasiti antioksidan dalam tubuh dan ia membantu mengurangkan kerosakkan sel yang berkaitan dengan kanser prostat.
2. Mencegah Penyakit Keshan
Penyakit Keshan adalah satu penyakit yang boleh membawa maut yang diakibatkan oleh radang pada otot jantung. Individu yang menderita penyakit ini akan lebih berisiko untuk mendapat penyakit jantung, kanser, tekanan darah tinggi dan strok.
3. Mengurangkan Mal-Absorption
Mal-Absorption merujuk kepada penyerapan abnormal nutrisi dalam saluran gastrousus. Ia seringkali dialami oleh kanak-kanak yang mengalami kekurangan selenium.
4. Mengurangkan risiko Cardiomyopathy
Cardiomyopathy adalah sejenis penyakit yang mengakibatkan otot-otot pada jantung untuk merosot.
5. Menyembuhkan simptom Intracranial Pressure
Simptom Intracranial Pressure termasuklah sakit kepala, masalah pertuturan, loya, vertigo dan keletihan.
6. Merawat asma
Selenium berfungsi untuk mencegah dan mengawal seranan asma.
7. Membantu merawat masalah kelemumur
Selenium sangat baik untuk merawat masalah kelemumur secara efektif.
Dos saranan pengambilan suplemen selenium per hari
• Kanak-kanak 1-3 tahun : 20 mikrogram
• Kanak-kanak 4-8 tahun : 30 mikrogram
• Kanak-kanak 9-13 tahun : 40 mikrogram
• Dewasa dan kanak-kanak 14 tahun ke atas : 55 mikrogram
• Wanita hamil : 60 mikrogram
• Ibu menyusu : 70 mikrogram
Kekurangan selenium
Kekurangan selenium amat jarang berlaku. Namun begitu, kekurangan selenium akan mengakibatkan masalah-masalah kesihatan yang serius termasuklah masalah tiroid, psoriasis, masalah jantung dan infeksi viral. Penyakit HIV dan penyakit Crohn seringkali dikaitkan dengan tahap selenium yang rendah dalam badan.
Individu yang makan melalui saluran intravena secara berterusan juga seringkali mengalami kekurangan selenium. Wanita yang seringkali mengalami keguguran kandungan juga selalunya mempunyai kadar selenium rendah dalam badan. Kekurangan selenium pada warga tua juga meningkatkan risiko untuk mengalami demesia dan nyanyuk.
Tanda-tanda seseorang individu mengalami kekurangan selenium adalah seperti berikut:
Lemah atau sakit pada otot
Perubahan warna pada rambut atau kulit
Tanda putih pada kuku
Makanan kaya selenium
Makanan laut dan organ dalaman haiwan adalah sumber makanan yang kaya dengan selenium. Sumber lain termasuklah kekacang (kacang Brazil dan walnut), daging bahagian otot, ayam, cendawan butang, biji sawi, bijirin serta produk tenusu. Selenium juga terdapat dalam sumber air minum, namun begitu ia bergantung kepada bentuk geografi sesebuah tempat. Jumlah selenium dalam sayur-sayuran dan ternakan juga bergantung kepada jumlah selenium yang terdapat dalam tanah dimana ia ditanam dan diternak.Di marissa aesthetic formula selenium khas di gunakan bagi membantu:
metabolic rendah dan obesity
sukar mendapatkan zuriat
meningkatkan fungsi hormone wanita
memudakan organ peranakan wanita
meningkatkan fungsi thyroid
menjadikan mata tampak sihat
membentuk glutahthione
membuang bahan metal toksik dalam darah
melawan kanser
membantyu antibody meningkat bagi melawan penyakit
kesihatan mental yang baik
membantu panjang umur
mereka yang mudah murung tertekan dan sukar bergaul dengan masyarakat
rambut yang nipis dan gugur
keletihan melampau
mudah demam
sejarah keluarga dengan kanser
asthma
mudah terkena alahan
darah tinggi
