You are currently viewing Masalah Depresi

Masalah Depresi

DEPRESI
[av_gallery ids=’273′ style=’thumbnails’ preview_size=’portfolio’ crop_big_preview_thumbnail=’avia-gallery-big-crop-thumb’ thumb_size=’portfolio’ columns=’1′ imagelink=’lightbox’ lazyload=’deactivate_avia_lazyload’ admin_preview_bg=”] Azizi dan haida gembira sekali dengan kepulangan anak lelaki mereka hairul. Hairul sudah tamat belajar dalam jurusan arkitek di London. kerinduan terhadap anak kesayangan mereka terubat apabila hairul pulang. mereka bersyukur kerana hairul bersetuju pulang dan bekerja di Malaysia . ramai juga di kalangan kawan kawan  mereka anaknya enggan pulang selepas tamat belajar. Anak anak mereka lebih suka menetap di luar Negara.  Dalam bulan pertama hairul di rumah dia kurang bercakap dan lebih kerap berada di dalam bilik sambil mengadap computer. haida dan azizi membiarkan sahaja kerana beranggapan hairul penat setelah habis belajar. Mungkin juga hairul cuba mencari kerja dengan mengisi borang   di internet. Begitulah sangka mereka. Namun keadaan ini berlanjutan di dalam bulan bulan seterusnya. apabila Azizi cuba berbincang dengan hairul dia gagal .hairul lebih banyak mendiamkan diri.  bertalu talu pertanyaan hanya di jawap dengan angguk dan gelengan kepala sahaja. Azizi berjumpa dengan kawan kawan nya dan mereka mencadangkan agar membawa anak mereka berjumpa doktor, Doktor menyatakan anak mereka sihat namun besar kemungkinan mengalami masalah trauma secara saikologi.  Oleh itu mereka di nasihatkan membawa hairul berjumpa  pakar saikologi. kini setelah dua tahun berlalu keadaan hairul tetap juga begitu. Haida perasan anak nya tidak tidur malam. dia menghabiskan masa menonton televisyen dan bercakap sendirian . mungkinkah ini penyakit mental? haida teringat salah seorang sahabatnya yang mempunyai anak berpenyakit mental. banyak ubat ubatan di makan . Akibat ubat ubat ini anak itu menjadi kurus kering dan kini hanya mampu berbaring seperti orang kurang upaya. haida berjumpa beberapa orang doktor yang merupakan sahabat karibnya. Mereka juga berpendapat lebih baik terapi di buat tanpa ubat yang mendatangkan kesan sampingan.Pemeriksaan darah pada hairul menunjukkan bahawa dia mempunyai paras hormone yang rendah .Besar kemungkinan factor ini mempengaruhi sikap hairul. masalah hormone membuatkan anak muda itu merasa tertekan dan sukar mengawal diri.Di dalam tubuh kita terdapat banyak homone. .Hormon membantu dan memastikan tumbesaran manusia yang lebih sempurna dengan mengawal dan memastikan fungsi dan koordinasi setiap organ.Hormon mengawal proses metabolisma dan membolehkan pencapaian kesihatan yang lebih baik. Malangnya setelah manusia mencecah umur 25 tahun, penghasilan hormon mulai merosot.Ubat ubatan dan juga racun dalam persekitaran turut merosakkan hormone . Ia menjadikan kalenjar hormone menjadi rosak dan akibatnya seseorang akan mudah mendapat gejala seperti obesity ,keletihan, depressi dan lain lain lagi. Hormon-hormon utama dalam sistem endoktrin  ialah  Human Growth Hormone (HGH),    Melatonin, hormone thyroid , hormon    Insulin  ,  DHEA,  Oestrogen, Corpus luteum hormone , hormone testosterone dan hormone hormone kecil seperti prostaglandin dan endorphin. Melatonin diproduksi oleh kelenjar pineal yang terletak di otak. Melatonin dirembes oleh kalenjar pineal dan mempunyai fungsi seperti pil tidur. Orang tua yang tidak dapat tidur dengan nyenyak biasanya disebabkan oleh kekurangan rembesan bahan melatonin. Ia adalah penting untuk    Memperbaiki kualiti tidur pada waktu malam , membaiki jet lag atau tekanan yang di sebabkan oleh perbezaan masa, melatonin telah digunakan untuk mereka  yang menderita depresi kerana ia mampu meningkatkan kadar serotonin pada penderita depresi. Suplemen melatonin juga  digunakan pula untuk menghentikan pertumbuhan sel-sel kanser dalam tubuh. Pesakit  dengan kanser diketahui memiliki melatonin dengan kadar rendah dalam tubuh mereka. 4 Osteoporosis Hasil carian imej untuk 4 Osteoporosis Suplemen melatonin dapat membantu merangsang pertumbuhan tulang pada wanita yang mengalami osteoporosis. Ia  menunjukkan bahwa wanita yang menderita osteoporosis memiliki tingkat melatonin yang rendah sehingga mengambil suplemen melatonin dapat membantu mengurangi degenerasi tulang.Sebagian wanita yang memasuki masa menopause mungkin mengalami kesulitan tidur. Mengambil melatonin dapat memperbaiki pola tidur pada wanita menopause.  Sesetengah dari kita mempunyai kebolehan cepat menghafal jalan kerana melatonin yang tinggi di dalam otak.Melatonin juga mengoksidasikan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel badan dan kesan-kesan sampingan metabolism. Kini melatonin juga dapat diperoleh dalam bentuk suplemen .Melatonin sebagai suplemen digunakan untuk menghilangkan  gangguan kesihatan. Hormone lelaki seperti  testosterone bertindak atas   lelaki bukan sahaja dari segi fizikal tapi emosi dan intelektual.  tanda tanda kekurangan testosterone termasuklah kekurangan nafsu seks dan tubuh berasa lemah .lemak juga berkumpul di sana sini. Apabila testosterone merosot seorang lelaki pula akan berasa mudah tertekan dan mudah mengalami stress. kebolehan berfikir dengan rasional akan tergugat  dan  mereka juga akan  mengalami pengecutan otot. Gh merupakan hormone yang di hasilkan  oleh kalenjar pineal di otak kita.Kegunaan nya ialah untuk memberi perlindungan kepada  kita. Sewaktu di dalam perut ibu sehinggalah membesar menjadi dewasa gh berperanan merangsang tumbesaran sel sel dalam tubuh kita.bagi orang dewasa pula  ia berperanan memperbaiki sel sel dan membentuk otot yang kuat. Ia juga menghalang pembentukan lemak dalam badan. Tugas tugas Gh dalam tubuh manusia. Menjaga organ seperti  saiz otak kulit rambut otot tulang dan organ organ dalam tubuh kita. Seseorang yang mempunyai masalah dalam penghasilan Gh akan menjadi seperti orang kerdil,  saiz badan nya kecil dan pendek sahaja. Kekurangan hormone ini membuatkan kesan penuaan begitu cepat sekali berlaku. Dewasa ini kerosakan hormone boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Seringkali  ubat ubat penenang di gunakan tanpa mengambil kira masalah hormone. justeru itu pemeriksaan menyeluruh dan pendekatan yang lebih rasional di perlukan sebelum pemberian ubat ubatan kerana kesan sampingan ubat ubat penenang boleh mendatangkan ketagihan dan sering di salah gunakan.

Leave a Reply