You are currently viewing Kulit Kusam

Kulit Kusam

  Afika mempunyai masalah kulit kusam.Kulitnya penuh dengan pori pori terbuka serta bulu roma halus.Bila di sentuh ia tidak lembut dan licin malah terasa kasar .kulit wajah juga tampak berminyak dan tidak sekata. menurut pakar masalah kulit kusam bukan hanya berkait dengan penjagaan wajah malah ia turut juga melibatkan cara seseorang itu menjalani kehidupan seharian
Stress
  • Stress akan menyebabkan kelenjar yang mengawal emosi dalam tubuh meningkat dan mempengaruhi kulit wajah seperti menjadi kusam, berjerawat, psoriasis, eczema, gatal-gatal dan berbintik-bintik merah.
      Diet yang tidak sihat dan kurang teratur
  • Diet yang tidak sihat dan kurang teratur akan menganggu keseimbangan tubuh seterusnya menjejaskan ransangan sel pada kulit. Diet kurang nutrisi atau mengambil makanan yang mengandungi banyak garam, gula atau lemak akan menganggu organ-organ dalaman dan membuat kulit hilang kesegarannya. Manakala individu yang mengalami gangguan makan seperti aneroksia atau bulimia akan menyebabkan tubuh kekurangan protein dan vitamin sehingga mengakibatkan kulit menjadi kering dan mudah mengelupas
            Kesan daripada sinaran UV dan cuaca
  • Masalah kulit kusam biasanya diakibatkan oleh pendedahan kepada sinar matahari dan pendedahan kepada cuaca dingin yang dapat menghilangkan kelembapan pada kulit. Udara yang tidak bersih dan banyak debu akan menyumbat pori-pori dan meningkatkan bakteria pada wajah yang menyebabkan kulit menjadi kusam, timbulnya jerawat dan kulit berkeping.
   Penggunaan produk kosmetik
  • Penggunaan produk rawatan wajah yang tidak sesuai juga boleh mengakibatkan kulit menjadi kusam. Penggunaan sabun yang tidak sesuai juga menyumbang kepada masalah ini. Kekerapan mencuci muka dengan sabun, melakukannya dengan kasar juga menjadi faktor hilangnya kelembapan semulajadi kulit. Mandi dengan menggunakan air yang terlalu panas juga boleh mengakibatkan kerosakan pada kulit.
               Kurang rehat dan pola tidur yang tidak teratur
  • Kurangnya waktu istirehat dan tidur akan mempengaruhi wajah untuk kelihatan tegang dan menyebabkan wajah kelihatan tidak bermaya. Kekurangan tidur juga akan menyebabkan timbulnya lingkaran hitam di sekitar mata. Waktu tidur yang mencukupi ialah 6 hingga 7 jam sehari.
 Tabiat minum alcohol dan merokok Kandungan yang terdapat di dalam pelbagai minuman alcohol akan menyebabkan kulit kehilangan kelembapan, menjadi lebih kering dan cepat berkedut. Minuman seperti anggur merah baik untuk kesihatan hanya apabila diambil tidak melebihi daripada 1 gelas sahaja. Merokok pula akan memusnahkan bakteria baik dan sel darah merah dalam tubuh. Merokok juga akan menganggu aliran darah dan oksigen ke kulit. Sebab lain yang khusus bagi wanita ialah berlakunya ketidakseimbangan hormone dan pemakaian alat kontrasepsi. Cara mengatasi kulit kusam Cara untuk mengatasi masalah kulit kusam supaya kulit menjadi cerah secara semulajadi adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat, dimana ia dapat mendorong tubuh untuk mencegah gangguan dari luar. Berikut akan dihuraikan bagaimana cara untuk mengatasi kulit agar wajah tidak lagi kusam.Pada dasarnya, perkara pokok yang harus dilakukan adalah berdasarkan kepada pola hidup yang lebih baik serta menghindari penyebab kulit kusam. Pertamanya, anda perlu memiliki pola pemakanan yang sihat yang mengandungi banyak buah- buahan dan sayur-sayuran dalam bentuk salad dan jus segar. Anda juga boleh menggunakan madu sebagai pengganti gula dalam jus. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air ketika sedang dalam proses rawatan, supaya tubuh dapat memperbaiki metabolism dan melancarkan pengeluaran ekskresi (urine, keringat dan pernafasan). Namun perlu diperhatikan bahawa dalam keadaan normal, pengambilan 6-8 gelas air sehari adalah sangat banyak dan kadangkala boleh menimbulkan kesan negative. Apabila kulit anda sudah kelihatan cerah dan sihat, minumlah air secukupnya sahaja. Tidur yang mencukupi akan meremajakan kulit dengan membina sel-sel baru. Kurang tidur dan keletihan yang berpanjangan akan menyebabkan kulit menjadi kusam dan menimbulkan kantung mata yang berbayang. Hindari penggunaan kosmetik yang tidak jelas bahannya dan pastikan wajah anda dibersihkan sebelum tidur. Melakukan proses rawatan pengelupasan kulit seminggu sekali sangat efektif dalam mengatasi kulit kusam. Lakukan rawatan muka (facial) setiap 2 minggu sekali. Lindungi kulit anda dengan menggunakan sunblock, jika anda melakukan aktiviti di bawah sinaran matahari. Ini perlu untuk melindungi kulit anda daripada mengalami risiko menjadi gelap, kecoklatan dan berkerut. Anda juga boleh menggunakan payung. Pastikan anda mengambil masa untuk bersantai bagi memastikan diri anda terhindar daripada stress. Senaman setiap hari atau minima 3kali seminggu akan membantu tubuh anda untuk mempertahankan kulit cerah dengan merangsang aliran darah.

Leave a Reply