You are currently viewing Bisul

Bisul

Bisul adalah satu masalah kulit yang sering berlaku kapada kita, bisul ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia sama ada kanak-kanak mahupun dewasa. Ini kerana bisul ini merupakan kumpulan nanah yang terkumpul di dalam rongga yang terbentuk oleh tisu akibat proses jangkitan biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria mahupun parasit atau sebarang bahan asing contohnya luka tikaman dan tembakan. Ia merupakan sisitem ketahanan diri tisu untuk menghalang penyebaran bahan berjangkit kepada bahagian lain. Untuk pengetahuan anda, bisul selalunya bermula dengan ketulan merah yang bengkak berisi nanah, kemudian membesar dan menjadi lebih sakit sehinggalah ia pecah dan nanah akan mengalir keluar. Bisul akan hilang beberapa hari, kebanyakannya mengambil masa selama dua minggu untuk benar-benar sembuh.
Simptom utama penyakit bisul ini adalah melalui proses keradangan seperti kemerahan, panas, bengkak dan sakit di sekeliling kulit dalam masa 24 jam. Ketulan ini akan berisi nanah dan akan membesar serta sakit selama lima hingga tujuh hari, kadangkala ia mencecah saiz sebesar bola golf sebelum ia bertukar warna putih kekuningan akhirnya pecah. Karbunkel merupakan satu kelompok bisul yang berlaku di bahagian belakang leher, bahu atau paha lebih-lebih lagi di kalangan lelaki dewasa. Ia menyebabkan jangkitan yang lebih dalam dan teruk daripada bisul tunggal. Ia juga berkembang dan sembuh dengan lebih perlahan serta meninggalkan parut. Seseorang itu akan mengalami demam panas apabila karbunkel berlaku. Punca-punca berlakunya bisul ini apabila satu atau lebih daripada folikel rambut serta injap berbentuk tiub dari mana rambut tumbuh dijangkiti bakteria stafilokokus aures. Dimana, bakteria-bakteria ini selalunya berada pada kulit dan kadangkala pada laluan kerongkong dan hidung yang bertanggungjawab termasuklah pneumonia, jangkitan trek urinari dah infeksi ensokartitis di lapisan jantung. Selain itu, ia boleh berlaku dengan cara bakteria akan masuk melalui luka kesan cakaran atau lain-lain pecahan di kulit kemudian sel-sel darah putih meluru ke kawasan tersebut untuk melawan jangkitan menyebabkan inflamasi dan nanah terbentuk. Mereka yang lebih berisiko medapat penyakit bisul ini biasanya bagi mereka yang kurang menjaga kebersihan diri sendiri, selain itu, jika anda mempunyai kesihatan yang lemah ataupun imunisasi dalam badan yang kurang untuk melawan jangkitan bagi melindungi badan kita daripada jangkitan tersebut. Bukan itu saja, keadaaan kulit anda yang tidak baik seperti jerawat atau penyakit kulit lain juga boleh mengakibatkan bisul, dimana ia merosakkan lapisan kulit anda dan lebih senang dijangkiti bisul. Bagi anda yang menghidap penyakit diabetis juga mudah untuk mendapat penyakit bisul, ini kerana penyakit diabetis menyukarkan tubuh untuk melawan jangkitan, malah bisul yang sering timbul kemungkinan menunjukkan tanda-tanda penyakit diabetis terutama pada mereka yang berusia lebih 40 tahun. Manakala pakaian yang ketat atau melecet juga boleh menyebabkan iritasi pada kulit, di mana kulit akan pecah dan bakteria lebih senang memasuki kulit tersebut. Bagi bisul yang yang belum sembuh dalam masa 7 hari dan semakin teruk serta mereka yang sering mengalami bisul tanpa henti di galakkan mendapatkan rawatan dan rujukan daripada pihak yang berkaitan. Para doktor biasanya akan melihat kulit anda terlebih dahulu, tetapi kadangkala mereka akan mengambil sampel nanah untuk pemeriksaaan jenis bakteria. Sekiranya mempunyai jangkitan berulang anda dikehendaki menjalani ujian untuk diabetis atau lain-lain penyakit yang boleh melemahkan system imun badan. Biasanya rawatan yang sering dilakukan oleh doktor dengan mengeluarkan nanah daripada bisul yang besar dengan cara membuat insisi atau torehan kecil di hujungnya. Ini akan mengurangkan rasa sakit serta mempercepatkan penyembuhan dan membantu mengurangkan parut, bagi jangkitan yang dalam tidak boleh dihilangkan dengan sepenuhnya. Rawatan ini akan di tutup dengan kain kasa yang telah dimasak atau disteril agar nanah boleh terus keluarkan tanpa jangkitan daripada kuman. Kadangkala doktor akan bagi antibiotik terhadap pesakit untuk mempercepatkan proses penyembuhan dan jangkitan yang teruk serta berulang. Bagi untuk mencegah penyakit bisul ni berlaku, anda hendaklah menjaga kebersihan diri terlebih dahulu terutamanya apabila terdapat luka di mana-mana bahagian atau pun geseran kecil, anda mestilah membersihkan luka tersebut dengan air dan sapukan ubat terutamanya dengan menggunakan krim antibiotik. Ini kerana, sekiranya tidak di cuci dengan baik kemungkinan bisul akan berlaku akibat daripada jangkitan bakteria tersebut. Selain itu, sekiranya anda memakai pakaian yang ketat pastikan ia tidak melecetkan kulit anda dan pilihlah bijiran, buah-buahan serta sayur-sayuran dan sedikit protein yang tidak berlemak dalam sajian makanan anda. Bagi anda yang telah mengalami bisul, basuh perlahan-lahan bisul anda dua kali sehari dan sapukan krim antibiotik. Elakkan memicit atau memecahkan bisul anda kerana ini boleh merebakkan lagi jangkitan, serta basuh tangan anda dengan bersih selepas membersihkan bisul, janagan lupa basuh pakaian, tuala atau apa-apa kain yang terkena kawasan yang dijangkiti.

Leave a Reply