You are currently viewing Sakit Mata

Sakit Mata

Sakit mata ini juga di kenali sebagai konjunctivitis, penyakit ini ialah berlaku radang pada selaput luar biji mata (eyeball) dan juga berlaku di kelopak mata anda. Penyakit konjunctivitus ini adalah di sebabkan jangkitan virus dan kuman pada mata kita tanpa kita sama ada kita sadari atau pun tidak. Untuk pengetahuan anda juga sakit mata ini boleh berjangkit dan ia boleh berlaku pada semua usia tanpa kira muda atau pun yang lebih berumur, walau bagaimanapun penyakit ini lebih mudah berjangkit kepada kanak-kanak kerana kurang imun berbanding orang dewasa.
Biasanya sakit mata ini akan mempunyai tanda-tanda awal terlebih dahulu sebelum ia menjadi teruk, dimana sakit mata ini biasanya bermula dari sebelah mata sahaja menjadi merah yang kemudiannya ia mungkin merebak kedua-dua belah mata. Selain itu, mata terasa gatal-gatal pada bahagian mata kemudian mata akan merasa pedih dan sakit seperti berpasir dan mengeluarkan discaj mata seperti tahi mata. Mungkin ia juga boleh menyebabkan kemerahan pada kelopak mata anda, iritasi, kekeringan dan nerkeruping di sekeliling mata anda. Sekiranya terdapat discaj putih kekuningan yang banyak sehingga menyebabkan sukar untuk anak anda membuka mata akibat melekat disebabkan discaj itu kemungkinan besar ia adalah disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria) . Jika disebabkan oleh jangkitan virus , kebiasaannya mata anda akan berair dan juga kemungkinan ada tanda-tanda demam selesema(colds) sekali pada masa jangkitan itu. Memang tidak di nafikan sakit mata biasanya adalah berpunca daripada jangkitan kuman serta menyebabkan mata merah tetapi ada juga mata merah ini disebabkan dari keadaan seperti bayi yang baru lahir dijangkiti sakit mata ataupun di kenali neonatal conjunctivitis iaitu semasa bayi tersebut melalui saluran peranakan, ibu mengalami vagina discaj sama ada di sebabkan oleh kuman gonorhoea atau pun klamidia (chlamydia). Kebiasaan dalam masa seminggu selepas lahir bayi akan mengalami jangkitan sakit mata dengan discaj bernanah dari mata. Sekiranya bayi anda ada tanda-tanda sedemikian harap berjumpa dengan doktor dengan kadar segera. Selain itu juga, mata kita menjadi merah kemungkinan di sebabkan berlakunya alahan mata seperti debunga, bulu haiwan, pengawet dalam ubat mata atau pencuci kontak lensa bahan kimia seperti peluncur cat dan juga habuk yang memasuki mata anda. Kebiasaannya mata merah disebabkan oleh allergic ini mengakibatkan mata merah pada kedua belah mata anda dengan serentak, menyebabkan mata menjadi mata merah berair, gatal disekitar mata dan hidung, bersin dan hidung berhingus. Bagi anda yang menghidap penyakit ini, tidak lah perlu risau sangat, kerana kebiasaanya jangkitan sakit mata ini akan pulih dengan sendirinya dan tidak merbahaya. Sakit mata ini selalunya beransur pulih dalam masa 2 hingga 5 hari, tetapi walaubagaimanapun jangkitan Viral konjunctivitis mungkin berlarutan sehingga 2 hingga ke 3 minggu. Walaupun begitu, diharap anda yang menhidapinya di galakkan berjumpa dengan doktor untuk kepastian kerana ada juga sejenis sakit mata atau di kenali sebagai infectious keratitis iaitu jangkitan yang berlaku pada mata anda, di mana anda akan merasa seperti ada sesuatu pada bola mata dan ia amat menyakitkan sekali serta membuatkan anda sukar untuk membuka mata kerana terlalu sakit. Ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ia boleh mengakibatkan kecacatan kekal pada penglihatan (buta) dan ini perlu berjumpa dengan doktor segera untuk mengelakkan komplikasi tersebut. Jangkitan sakit mata ini merupakan penyakit yang mudah berjangkit sama ada pada bahagian ke bahagian lain ataupun dari seseorang ke orang lain. Oleh itu untuk menghalang jangkitan ini daripada terus merebak yang paling utama sekali ialah dengan menjaga kebersihan diri dan keluarga anda, sentiasa membasuh tangan sebelum dan selepas menyentuh mata yang telah di jangkiti, dan gunakan barang peribadi yang berasingan sehingga jangkitan sakit mata itu sembuh.  Selain itu, cuci atau lap mata dengan air suam, sama ada air biasa atau air yang telah dilarutkan dengan sedikit garam serta elakkan kanta lekap sehingga tanda-tanda penyakit ini hilang sepenuhnya. Sekiranya sakit mata anda berlarutan dan semakin teruk anda digalakkan mendapat rawatan daripada doktor.  Sekiranya doktor mengesyaki jangkitan Viral Konjunktivitis kebiasaannya ia tak memerlukan rawatan khusus. Sekiranya disebabkan kuman kemungkinan doktor memberikan ubat titis antibacterial atau appointment atau kemungkinan ubat makan sekali.    

Leave a Reply