You are currently viewing Sakit Dada

Sakit Dada

SAKIT DADA!! APAKAH DISEBABKAN TEKANAN ATAU PUN SAKIT YANG SEMENTARA SAHAJA? Dr…. saya inginkan penjelasan dan nasihat dari Dr tentang sakit dada. Apakah puncanya boleh terjadi sakit dada dan kadang-kadang ianya menyebabkan sukar untuk bernafas dan terasa senak di bahagian bawah dada, saya bimbang kalau-kalau ianya turut melibatkan sakit jantung. Tolong berikan nasihat dan rawatan apa yang perlu saya buat? Lan daripada Taiping.
JAWAPAN : ►Dada meliputi sebahagian besar badan kita dan terdapat banyak kawasan di situ, ia juga mengandungi sebahagian besar organ-organ penting badan kita. Organ-organ ini penting dalam badan kita, di lindungi oleh tulang rusuk kita kerana mereka adalah lembut dan halus dan boleh rosak dengan mudah, jadi adalah perkara biasa untuk berasa cemas pada permulaan sakit dada. Orang ramai perlu pandai membezakan antara serangan jantung dengan penyakit lain supaya perasaan cemas ketika mengalami sakit dada tidak membawa kepada kemudaratan lain. Adakalanya bukan mudah menentukan sama ada sakit dada atau sukar bernafas yang berlaku adalah disebabkan oleh serangan jantung atau masalah-masalah lain, rasa senak yang di alami adalah disebabkan oleh pedih ulu hati yang amat sangat dan ia menutupi ruang pernafasan ke atas dan ianya menjadi sempit lalu kesukaran untuk bernafas akan terjadi. ►Tekanan juga boleh menyebabkan sakit dada, senaman terlalu kuat, mengangkat barang yang berat atau turun naik tangga, jangan terlalu stress dengan perasaan marah, ianya kemungkinan serangan jantung boleh berlaku secara mendadak. ►Sakit yang menyucuk-nyucuk selama beberapa saat pada penghujung nafas yang lazimnya tidak membimbangkan. Hiperventilasi atau pernafasan pada kadar terlalu cepat semasa rehat juga boleh menyebabkan sakit dada. ►Reflux Gastroesophageal ini merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh reflux asid dari perut yang menghakis struktur salur pemakanan, ianya berlaku selepas makan terutama bila individu berkenaan mengambil makanan dalam jumlah yang banyak, ianya juga menyebabkan rasa mual, rasa masam di dalam mulut dan tidak melibatkan simptom seperti serangan jantung (sesak nafas, rasa berdebar) serta tiada kaitan dengan aktiviti fizikal. Sejenis penyakit pedih ulu hati, ianya menyebabkan anda berasa senak dan sakit dada. SAKIT DADA AKAN MERBAHAYA SEKIRANYA? ►Jika selama ini anda selalu rasa kurang selesa di bahagian dada tetapi berasa reda/lega apabila anda rehat. ►Ianya akan menjadi serangan sakit jantung yang serius jika : 1. Sakit dada menjadi lebih kuat 2. Sakit dada tidak berkurang dengan berehat 3. Sakit dada berlaku bila anda dalam keadaan rehat dan bukan dalam aktiviti atau emosi yang stress. Dalam situasi ini dapatkanlah rawatan dengan segera. RAWATAN : ►Pil Aspirin ►Jangan merokok ►Ambil pemakanan atau diet yang sihat ►Amalkan senaman, gaya hidup yang sihat ►Kawal berat badan ►Kawal tekanan darah tinggi ►Kawal tahap kolestrol darah ►Kawal penyakit kencing manis ►Uruskan stress atau tekanan mental dengan baik ►Lakukan pemeriksaan perubatan

Leave a Reply