You are currently viewing Senaman Tidur Lena

Senaman Tidur Lena

Senaman adalah satu lagi factor utama yang mampu meningkatkan kadar metabolism.Kita perlu ingat bahawa senaman yang di lakukan adalah bertujuan meningkatan kadar pemanasan tubuh dan bukan nya membentuk otot semata mata .Oleh kerana lemak lebih cenderung terbentuk pada perut ,peha dan belakang maka senaman yang baik ialah senaman yang menggunakan otot ini.

Saya mencadangkan senaman jenis Core muscle exersize yang mudah dan sangat berkesan. Core muscle atau otot utama merupakan otot yang kaya dengan bahan pembakar lemak.Pergerakan otot utama membuatkan seluruh tubuh kita berfungsi. Apabila kita melakukannya kita dapat rasai kesan yang pantas dan hebat. Senaman jenis ini tidak memerlukan ruang yang luas,memadai di lakukan di atas tilam atau lantai sahaja,Lagipun ia tidak mengambil masa yang panjang,memadai hanya dua puluh minit sahaja.Ia juga tidak menjemukan kerana tanpa di sedari kita menggunakan tenaga seluruh tubuh bagi melakukan nya.Pada waktu ini otot otot akan di stimulasi dan akan mengeluarkan hormone dan enzim yang baik bagi mengunakan lemak secara efektif. Seorang sahabat saya yang juga seorang doctor pakar mengesahkan bahawa sejak berat badannya meningkat dia berasa sangat tertekan.Senaman dan pengurangan makanan sahaja tidak dapat membantu.Selepas meningkatkan paras hormone dan enzim kehidupan nya kembali ceria”Dulu senaman pun tak berpeluh namun sekarang peluh menitik nitik “Katanya dengan riang.Saya teringat kepada Uncle Toh yang berjiran dengan keluarga kami semasa saya kecil dulu. Kata uncle Toh dalam masyarakat cina tubuh yang sihat adalah tubuh yang berpeluh dan panas. Teknik perubatan Cina mementingkan peningkatan metabolism.Pada masa itu, saya belum mengerti lagi kata- katanya itu lantaran masih bersekolah rendah baru sekarang saya boleh mengaitkan kata kata uncle Toh dengan ilmu anti penuaan dan saya membuat .Kesimpulan semakin kita maju ke depan dalam teknologi perubatan semakin kita mengerti bahawa nasihat dan kata kata orang tua dahulu banyak tersimpan hikmat dan ilmu yang harus kita terokai dan pelajari untuk kesihatan kita dan keluarga kita.

Rahayu sukar tidur lena pada waktu malam.Tidurnya kurang nyenyak.Dia sering terjaga pada jam 3 pagi dan sukar lelap semula.Menurut rahayu dia mula merasa mengantuk pada sekitar jam 10 malam. Namun apabila tudur , tidurnya sering terganggu oleh pelbagai perkara .Dia sering bangun semula pada waktu tengah malam dan sukar tidur kembali. Akibatnya dia sering merasa letih dan gelisah pada waktu siang.Puas dia cuba mencari resolusi bagaimanakah cara untuk tidur lena namun gagal.kesan dari tidur yang tidak cukup membuatkan beliau mengalami masalah lebam kelopak mata dan kulit menjadi tidak bermaya dan kusam.Masalah ini di namakan insomnia.

Tidur amat diperlukan oleh setiap manusia sebagai satu cara untuk merehatkan diri setelah penat bekerja. Setiap orang dewasa memerlukan lebih kurang tujuh hingga lapan jam sehari untuk tidur. Kadang-kadang jangka waktu tidur juga bergantung kepada keperluan setiap individu. Apa yang penting ialah keadaan anda apabila bangun keesokan harinya. Sama ada anda berupaya untuk aktif atau tidak bergantung kepada jangka waktu tidur anda.
Bila tidur anda terganggu, ini menunjukkan anda mempunyai masalah dengan waktu tidur anda. Apabila ini berlaku, anda boleh dikategorikan menghidap insomnia. Insomnia adalah keadaan di mana seseorang itu tidak mempunyai kekuatan untuk mendapat tidur yang sempurna dan nyenyak. Insomnia juga biasa berlaku kepada wanita berbanding lelaki dan ia meningkat seiring dengan peningkatan usia seseorang. Insomnia boleh mengganggu
kehidupan seharian seseorang individu. Berjaga untuk beberapa hari boleh menyebabkan seseorang mengalami sakit kepala, kepenatan, mudah meradang, tidak dapat untuk fokus pada sesuatu dan boleh juga menyebabkan simtom halusinasi. Komplikasi insomnia boleh menyebabkan penurunan prestasi dalam kerja atau pembelajaran serta meningkatkan risiko untuk berlakunya kemalangan.

Simtom-simtom insomnia
• Kesukaran untuk tidur pada waktu malam
• Sering terjaga ketika tidur dan sukar untuk tidur kembali
• Bangun terlalu awal pada waktu pagi
• Tidak mendapat tidur berkualiti yang membolehkan anda berasa segar pada
keesokkan harinya.

Jenis-jenis insomnia

Insomnia akut (jangkamasa pendek)/ Acute insomnia

Insomnia ini hanya berlaku sekali-sekala dalam jangka waktu pendek (berakhir dalam beberapa malam dan kurang dari empat minggu). Insomnia ini selalu disebabkan oleh sesuatu keadaan tertentu seperti tekanan ketika bekerja, keadaan fizikal yang tidak sihat, ataupun juga gangguan terhadap ‘body clock’ seperti apabila anda mengalami jet lag atau bekerja shif malam.

Insomnia Konik/ Chronic Insomnia

Insomnia ini berlarutan dari tiga atau empat minggu dan berakhir sehingga sebulan atau lebih. Kira-kira 10 peratus hingga 15 peratus orang dewasa menghidapi insomnia kronik ini. Mereka memerlukan penjagaan doktor. Ini kerana keadaan ini juga disebabkan oleh faktor-faktor yang kompleks. Jika anda mengalami keadaan begini ia menunjukan tanda anda mengalami depresi yang teruk.

Melakukan senaman regangan sebelum tidur boleh diamalkan untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Senaman regangan atau “stretching” adalah senaman yang dilakukan dengan memanjangkan otot-otot bertujuan untuk meningkatkan fleksibiliti dalam pelbagai gerakan. Senaman regangan juga penting dalam dalam program rehabilitasi. Ia membantu membantu menyediakan badan untuk bersedia berhadapan dengan aktiviti yang seterusnya. Melakukan senaman regangan selepas melakukan aktiviti memberikan banyak kebaikan kepada badan
kita. Bagi individu yang bekerja, mereka cenderung untuk berasa stress denga kerja-kerja seharian mereka. Senaman regangan sebelum tidur ini boleh merehatkan minda mereka di samping dapat meregangkan otot-otot. Badan dan otak akan menjadi relaks dan memudahkan anda tidur dengan selesa. Senaman ringkas ini di mulakan dengan bahagian bawah badan dan di akhiri dengan bahagian atas. Ia merupakan senaman yang mudah dan boleh dilakukan oleh semua orang kerana anda hanya memerlukan masa selama 5-10 minit.

Kebaikan senaman regangan

Antaranya ialah kebaikannya ialah;

1) Membantu mengurangkan masalah sakit otot,
2) Membantu mengurangkan paras adrenalin dalam darah,
3) Membenarkan kadar jantung kembali ke kadar rehat,
4) Meningkatkan fleksibiliti otot,
5) Mengelakkan kecederaan,
6) Mengurangkan ketegangan otot
7) Melancarkan perjalanan darah ke semua bahagian badan
aktiviti senaman regangan

1) Leg stretch
– belah kaki di luruskan dan sebelah lagi di lipatkan. Sebelah tangan diletakkan di lutut, sebelah tangan lagi menarik hujung tapak kaki.

2) Butterfly
– Dalam keadaan duduk, kedua-dua belah tapak kaki dirapatkan. Siku menekan bahagian paha kebawah dan badan di tundukkan ke depan.

3) Cobra pose
-Dalam posisi meniarap, muka mengahadap lantai dengan kedua-dua belah ibu jari kaki lurus ke depan. Pastikan tangan rapat kesisi, dalam keadaan bengkok. Angkat dagu dan dada perlahan lahan, bahagian badan anda akan disokong oleh lengan.

4) Prayer Pose
– Melutut dengan kedua-dua belah kaki dilantai. Duduk dia atas tumit anda, kemudian bengkokkan badan anda dengan merendahkan dada ke paha. Luruskan tangan, dan tapak tangan diatas lantai.

Hormone tidur

Melatonin adalah hormon yang dihasilkan kelenjar pineal.Kelenjar pineal terletak di tengah- tengah otak. Jumlah yang sangat kecil juga dihasilkan dalam retina (mata) dan usus. Kegelapan merangsang pengeluaran melatonin . Explosure kepada cahaya yang berlebihan pada waktu petang atau cahaya yang terlalu sedikit di siang hari boleh mengganggu kitaran melatonin normal tubuh. Tekanan perasaan yang kuat dan juga stres mampu mengganggu paras melatonin dalam darah dan mengganggu tidur membuatkan seseorang menjadi insomnia. Pengambilan ubat seperti valium tidak boleh diamalkan kerana boleh menyebabkan ketagihan. Disebabkan faktor itu doktor lebih berminat memberikan kaunseling agar pesakit dapat mengurangkan pengambilan ubat-ubatan.Masalah tidur kerap melanda masyarakat moden dewasa ini. Gangguan paras melatonin yang serious menyebabkan keletihan dan tubuh menjadi lesu kerana proses baik pulih tubuh terganggu. Melatonin boleh ditambah melalui suplemen harian.

Pengidap insomnia mengalami masalah ketidakseimbangan melatonin yang ketara. Golongan ini juga mengalami masalah metabolik seperti kencing manis dan gout. Terdapat juga pengidap insomnia menderita masalah mental seperti schizophrenia dan manic disorder. Keadan ini berlaku disebabkan ketidakseimbangan transmitter dalam otak dan juga hormon. Selain hormon seperti melatonin otak kita juga boleh bertindak dengan kehadiran dopamine
yang memberi signal kepada otak kita. Ketiadaannya membuat kita menjadi letih dan lesu. Penyakit seperti parkinson bersangkut paut dengan transmitter sebegini. Cara yang baik menangani masalah insomnia adalah dengan meningkatkan kandungan melatonin dalam badan. Terdapat makanan seperti soya dan buah-buahan jenis beri kaya dengan melatonin. Melatonin boleh dibeli dalam bentuk pil atau krim untuk mendapatkan tidur yang berkualiti dan tubuh badan yang sihat. Paras melatonin dapat ditingkatkan dengan aktiviti senaman, bersukan dan mendengar muzik yang indah. Bagi sesetengah orang paras melatonin meningkat dengan membaca atau berkhayal yang indah-indah. Sebab itu timbulnya teknik-teknik khayalan seperti mengira, membayangkan sesuatu yang indah untuk memulakan proses tidur. Para pengamal hypnosis iaitu satu teknik penguasaan minda turut menyarankan teknik khayalan yang mampu meningkatkan paras melatonin dalam darah kita dan merangsang tidur yang berkualiti.

Leave a Reply