Saya Zakiah berumur 48 tahun berasal daripada Klang, masalah saya ialah sejak kebelakangan ni muka saya mula dinaiki jeragat dan menjadi kusam.saya selalu keluar bekerja dan kena sinaran matahari tapi saya memakai krim tapi keadaan tetap sama dan tak berubah terhadap kulit muka saya.Kulit muka saya menjadi kusam dan tak berseri langsung seperti dulu.apa yang harus saya lakukan sekarang ni?Saya makin keliru dan risau terhadap muka saya.
SEBAB-SEBAB TERJADINYA JERAGAT :
- Terdedah kepada cahaya matahari yang terik
- Hormon yang tidak seimbang disebabkan mengandung/menopaus
- Gelisah dan tidak cukup tidur
- Menggunakan makeup yang tidak berkualiti dan bermutu rendah
- Kesan parut jerawat
- Pengambilan ubat berunsur dadah
- Jeragat ialah tompok-tompok hitam yang disebabkan melanin yang terkumpul dan menjadi warna coklat muda atau coklat tua.Kadang kala ia hitam yang terkumpul di muka biasanya berkelompok, di pipi mahu pun di dahi atau dagu.
- Perkara yang asas yang perlu dilakukan adalah merawat secara dalam dan luaran.Ini penting , kerana jeragat tidak akan hilang atau lambat hilang dengan hanya melakukan rawatan luaran sahaja dengan memakai pelbagai jenis krim dan pelembab sahaja.Sel-sel yg mengeluarkan pigment hitam dinamakan melanocytes.Fungsi utama melanocytes adalah untuk mnegeluarkan pigmen yg dinamakan melanin.Kehadiran melanin member warna kulit.Melanin juga bertindak sebagai penapis menghalang cahaya yg terlalu kuat yg boleh merosakkan kulit daripada masuk menembusi kulit kita.Oleh itu bagi mereka yg mempunyai banyak melanin warna kulitnya akan menjadi gelap apabila ia berhijrah ke tempat beriklim sejuk atau menutupi kulitnya daripada matahari dan pil yg boleh diambil bagi melindungi kulit daripada matahari.
- Kolagen adalah elemen yg penting untuk kecantikan dan keanjalan kulit.Kini pelbagai produk berasaskan kolagen banyak berada dipasaran.Penurunan kolagen akan berlaku apabila umur semakin meningkat dewasa dan akan mengakibatkan kulit muka mula menampak garis-garis penuaan dan kulit muka akan mudah berjeragat,kusam dan tak bermaya.
- Pilih kolagen yang baik dan semulajadi, ini memang penting, kolagen yang baik adalah rumusan seperti biochemic seperti BC04.Selain itu pengambilan VITA C rumusan homeopati juga bagus untuk menegangkan kulit,memerahkan pipi,merawat kulit kusam dan berjeragat daripada dalam.
- Langkah utama untuk mengatasi masalah jeragat adalah dengan melindungi kulit daripada cahaya matahari termasuk mengambil langkah pencegahan dengan pemakaian krim pelindung matahari, menggunakan topi atau payung sekiranya melakukan aktiviti luar.
- Elakkan daripada cahaya matahari dari pukul 10 pagi hingga 4 petang.Dapatkan rujukan doktor untuk mengetahui lebih terperinci lagi serta mengenal pasti penyebabnya serta rawatan yang sepatutnya.