You are currently viewing Antioksidan

Antioksidan

Antioksidan dapat didefinisikan sebagai satu zat yang dapat menghambat atau melambatkan proses oksidasi. Oksidasi adalah sejenis reaksi kimia yang menghantar elektron atau hidrogen daripada sesuatu bahan kepada agen pengoksidaan. Reaksi pengoksidaan boleh menghasilkan radikal bebas. Radikal bebas ini seterusnya akan memulakan reaksi berantai. Apabila reaksi berantai ini berlaku dalam sel, ia akan menyebabkan kerosakkan sel atau menyebabkan sel mati.
Antioksidan menghapuskan reaksi berantai ini dengan mengeluarkan pengantaraan radikal bebas, dan menghalang reaksi oksidasi yang lain. Antioksidan akan teroksida dalam proses ini, oleh itu antioksidan selalunya hadir dalam bentuk agen seperti thiols, asid askorbik atau polyphenols. Antioksidan digunakan secara meluas dalam suplemen diet dan telah dikaji sebagai agen pencegah penyakit seperti kanser, penyakit jantung koronari dan penyakit ketinggian (altitude sickness). Apakah itu radikal bebas? Radikal bebas terhasil daripada luaran seperti asap rokok, hasil sinaran ultra violet (UV), zat pencetus radikal dalam makanan dan perkara lain seperti asap kenderaan. Radikal bebas akan menyebabkan penyakit-penyakit kronik yang selalunya mengambil masa yang sangat lama untuk kelihatan dan dikesan seperti penyakit jantung, kanser, katarak dan kerosakkan buah pinggang. Radikal bebas mempunyai cas elektrik, apabila ia melanggar sel dalam tubuh, ia akan merosakkan sel. Radikal bebas mengambil elektron dari sel tubuh manusia dan mengakibatkan perubahan struktur DNA sehingga terjadinya mutasi. Mutasi terhadap sel dan DNA akan menyebabkan kanser. Fungsi antioksidan untuk tubuh manusia Antioksidan merupakan bahan kimia yang diperlukan oleh tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakkan yang dilakukan oleh radikal bebas terhadap sel-sel normal, protein dan lemak. Antioksidan dikelaskan kepada dua kumpulan yang besar iaitu yang larut dalam air (hydrophilic) dan larut dalam lemak (lipophilic). Secara umumnya, antioksidan yang larut dalam air bertindak balas dengan oksidan dalam sel cytosol dan plasma darah, manakala antioksidan yang larut dalam lemak melindungi membran daripada pengoksidaan lipid. Sebatian ini boleh disintesiskan dalam tubuh atau diperolehi daripada diet. Antioksidan yang berbeza hadir dalam pelbagai bentuk konsentrasi dalam cecair dan tisu dalam tubuh, seperti glutathione atau ubiquinone yang kebanyakkannya wujud dalam sel, manakala selebihnya tersebar sebagai asid urik. Fungsi sesuatu antioksidan bergantung kepada fungsi antioksidan lain yang terdapat dalam sistem antioksidan. Tahap perlindungan yang diberi oleh mana-mana antioksidan juga bergantung kepada kepekatannya dan reaksinya terhadap sesejenis oksigen reaktif. Tubuh manusia dapat menghasilkan aktioksidan tetapi dalam jumlah yang sedikit dan tidak mencukupi untuk meneutralkan kesemua radikal bebas yang masuk ke dalam tubuh. Tubuh manusia menghasilkan glutathione namun jumlahnya akan berkurangan mengikut usia. Asid Urik Asid urik adalah antioksidan yang mempunyai kepekatan yang paling tinggi dalam darah manusia. Ia adalah antioksidan oxypurine yang dihasilkan daripada xanthine oleh enzim xanthine oxidase, dan ia adalah produk perantaraan bagi metabolism purine. Asid Askorbik (Vitamin C) Asid Askorbik atau Vitamin C ialah pemangkin monosaccharide-reduction (redox) yang ditemui dalam haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Asid Askorbik diperlukan untuk menukarkan prokolagen kepada kolagen dengan mengoksidasikan sisa proline kepada hydroxyproline. Dalam sel lain, ia dikekalkan dalam bentuk yang dikurangkan dengan reaksi bersama glutathione. Asid Askorbik adalah redox pemangkin yang dapat mengurangkan, dan seterusnya meneutralkan oksigen reaktif seperti hydrogen peroxide. Glutathione Glutathione adalah sejenis antioksidan yang dihasilkan melalui hati manusia. Ia adalah gabungan tripeptida antara Cysteine yang terdiri daripada kumpulan Amine dan kumpulan Cartoxyl. Sebagai antioksidan yang paling penting dalam tubuh, ia didorong dengan pemilikan kumpulan Thiol yang bertindak sebagai agen penurun dalam proses mengitar semula antioksidan serta sel-sel badan yang hampir musnah, kehilangan proton (struktur  sel/antioksidan). Glutathione dapat mengitar semula Vitamin C dan E secara berterusan tanpa bantuan. Glutathione bukan sahaja bertindak sebagai antioksidan tetapi juga berfungsi dalam penghasilan tenaga. Glutathione banyak ditemui dalam mitokondria (kilang tenaga sel). Sel-sel yang mempunyai kadar mitokondria yang tinggi dalam tubuh ialah sperma, sel otot, otot jantung dan sel otak. Melatonin Melatonin adalah hormon yang dirembeskan oleh kelenjar pineal di dalam otak. Ia membantu mengawal hormon-hormon lain dalam tubuh dan mengekalkan irama circadian tubuh. Irama circadian ialah “jam” yang memainkan peranan dalam memberitahu tubuh tentang waktu tidur dan waktu jaga. Melatonin mudah untuk merentas penghadang sel membran dan darah dalam otak. Tidak seperti antioksidan yang lain, melatonin tidak melalui kitaran redox, iaitu kebolehan sesuatu molekul untuk melalui proses mengulang oksidasi dan pengurangan. Melatonin, selepas ia dioksidakan, tidak lagi boleh kembali ke bentuk asal. Oleh itu, melatonin dikenali sebagai antioksidan terminal atau suicidal. Vitamin E (Tocopherols dan Tocotrienols) Vitamin E adalah nama kolektif bagi satu set lapan tocopherols dan tocotrienols yang berkait, iaitu sejenis vitamin yang larut lemak dan mempunyai kuasa antioksida.   Asid Alfa Lipoik (ALA) Asid Alfa Lipoik adalah asid lemak yang terdapat secara semulajadi dalam setiap sel tubuh. Ia berfungsi untuk menghasilkan tenaga bagi fungsi-fungsi normal tubuh. Asid Alfa Lipoik menukarkan glukosa (gula darah) kepada tenaga. Sebagai salah satu antioksidan, Asid Alfa Lipoik meneutralkan radikal bebas dalam tubuh. Ia sangat unik kerana kebolehannya larut dan berfungsi dalam persekitaran berair serta lemak alam tubuh. Ciri unik ini dapat membolehkannya menembusi setiap bahagian sel saraf dan melindunginya daripada serangan radikal bebas. Ia juga mampu mengitar semula antioksidan lain seperti Vitamin C dan Glutathione. Makanan sumber antioksidanBetakarotin– Banyak terdapat dalam makanan berwarna oren seperti ubi merah, lobak merah, labu, apricot, manga dan juga sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam dan sawi.  Lutein– Terdapat dalam sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, kangkung dan sawi.   Lycopene – Terdapat dalam tomato, tembikai, jambu biji, apricot dan limau.  Selenium– Sumber utama ialah beras dan gandum.  Vitamin A– Banyak terkandung dalam hati, lobak merah, susu, kuning telur dan keju mozzarella.  Vitamin C– Banyak terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran seperti delima, oren, kiwi, strawberi, parika hijau, bayam, brokoli dan kangkung.  Vitamin E– Terdapat dalam kacang badam, beberapa jenis minyak seperti minyak wheatgerm, minyak bunga matahari, minyak jagung dan minyak kacanga soya. Juga banyak terdapat dalam manga, kekacang dan brokoli.  Flavonoid– Sumber utama ialah the hijau.

Leave a Reply