Sukar Tidur Malam

“Doktor. masalah saya ialah saya sukar tidur malam. Kalau tidur asyik terjaga. Akibatnya saya sering kesiangan. Ada kalanya saya bangun awal tapi tak rasa fresh. Macam mana nak rasa segar kalau malam malam asyik terjaga dan tak nyenyak? Akibatnya saya asyik menguap dan rasa keletihan je. Mungkin sikap saya yang suka tidur lambat  sewaktu belajar  di kolej dulu membuatkan saya jadi begini. Mula-mula saya sengaja tidur lewat untuk mengulangkaji pelajaran  tapi akhirnya kualiti tidur saya pula yang jadi terganggu. Begitulah luahan hati Encik Mazlan kepada saya.MASALAH BERKAITAN TIDUR sering diajukan kepada saya.

Berapa jam kah waktu tidur yang ideal bagi manusia? Mengikut kajian yang ideal waktu tidur sekitar lima hingga 6 jam adalah ideal. Orang yang mengamalkan waktu tidur sebegini akan hidup lebih panjang dan mempunyai kesihatan tubuh yang sangat baik mereka yang berbanding mereka yang sering tidur lebih banyak terutamanya pada pada waktu siang.

 

Adalah tidak benar manusia memerlukan tidur yang sebanyak 10 jam sehari. Jika waktu tidur terlalu panjang sudah tentu kita terpaksa menghabiskan sebahagian besar daripada tempoh hayat kita untuk tidur sahaja. Mereka yang tidur terlalu banyak mungkin  mempunyai masalah dalam kualiti tidur. Ini bermakna meskipun mereka tidur dalam tempoh masa yang panjang namun badan tidak memperoleh rehat yang secukupnya disebabkan oleh kualiti tidur yang kurang baik.

Kualiti tidur merupakan sesuatu yang harus di titik beratkan. Tidur yang berkualiti merupakan membolehkan tubuh badan kita terpelihara. Semasa tidur tubuh kita mengumpul tenaga dan sel-sel tubuh mula mangalami proses pemulihan pelbagai zat dan bahan protein yang akan dirembeskan oleh tubuh kita pada waktu malam. Diantaranya hormon yang memelihara tubuh dan enzim yamg bertindak membaiki sel kita. Bila tidur terganggu hormon dan enzim yang keluar turut terganggu membuatkan tubuh tidak dapat dipulihkan atau direhatkan secukupnya,

 

Proses kitaran ini dinamakan circadian rhytm. Circadian rhythm bagaikan jam biologi yang bekerja secara berperingkat peringkat mengikut waktu yang di tetapkan. Setiap bahan kimia tubuh kita di rembeskan oleh kalenjar dalam badan mengikut circadian rhytm.

Pernahkan anda mendengar perkataan melatonin? Melatonin ialah bahan kimia semulajadi yang terhasil di otak kita. Apabila waktu malam paras melatonin mula meningkat. Ini membuatkan kita mengantuk dan mampu tidur nyenyak apabila siang pula paras melatonin  mula merosot ini menyebabkan kita akan jaga dan hilang rasa mengantuk. Kitaran melatonin ini penting bagi membolehkan tubuh kita kekal dalam keadaan keseimbangan antara aktiviti tidur dan jaga.

  Melatonin merupakan bahan yang membolehkan kita lelap. Seseorang yang mempunyai kadar melatonin yang rendah mengambil masa yang panjang untuk tidur. Ini menyebabkan beliau merasa resah dan gelisah. Bila kadar melatonin tinggi dalam darah kita akan berasa tenang dan tidak mengambil masa yang lama untuk lena.

Apabila kita melancong ke Negara yang waktu malamnya tidak sama dengan waktu kita (misalnya ke Eropah) paras melatonin akan cepat berubah dalam badan kita sehingga akhirnya kita boleh mengubah dengan cepat tabiat tidur kita mengikut negara yang kita lawati itu.

 

Tidur boleh di bahagikan kepada dua fasa.

Fasa pertama ialah REM sleep(Rapid eye movement)

Fasa kedua ialah Nrem (Non rapid eye movement)

Semasa fasa REM anak mata bergerak dengan laju ke atas ke bawah. Ini ialah tidur yang nyenyak dan biasanya aktiviti otak sangat aktif sehingga membawa mimpi-mimpi yang indah. Fasa NREM pula ialah tidur yang mendatar dan seseorang akan mudah terjaga dari tidur, jika dikejutkan dalam peringkat ini.

Cuba lihat seorang anak kecil atau bayi yang tidur. Dalam fasa REM dia mungkin bangun menangis sedang seolah-olah terjaga namun apabila didodoikan dia akan tidur semula dengan nyenyak seolah-olah tiada mimpi buruk yang menganggu. Apabila tidurnya memasuki fasa REM dia tidak akan tidur malahan akan menangis jika didodoi sekalipun. Jika tidurnya di dalam fasa ini adalah lebih baik dia dibangunkan sahaja kerana dia sudah pun puas tidur.

 

Tekanan perasaan yang kuat dan juga stress mampu mengganggu paras melatonin dalam darah dan mengganggu tidur membuatkan seseorang menjadi insomnia. Pengambilan ubat ubatan seperti valium tidak boleh di amalkan kerana ia akan membawa ketagihan jika dikerap diamalkan kerana itulah doktor lebih berminat memberikan kaunseling agar pesakit dapat mengurangkan pengambilan ubat ubatan.

Masalah tidur merupakan masalah yang kerap melanda masyarakat moden dewasa ini. Gangguan paras melatonin yang serious menyebabkan keletihan dan tubuh menjadi lesu kerana proses baik pulih tubuh terganggu. Melatonin boleh ditambah melalui suplemen yang di ambil setiap hari.

 

Insonmia merupakan masalah tidak dapat tidur malam. Pengidapnya megalami masalah keseimbangan melatonin yang ketara. Pengidap insomnia sering turut mengalami masalah metabolic seperti kencing manis dan gout selalunya turut dapat juga pengidap insomnia menderita masalah mental yang seperti schizophrenia dan manic disorder,Ini semua berlaku di sebabkan ketidakseimbangan transmitter dalam otak dan juga hormon. Selain hormon seperti melatonin otak kita juga boleh bertindak dengan kehadiran dopamine ,Dopamine ialah transmitter yang member signal kepada otak kita,Ketiadanya membuat kita menjadi letih dan lesu. Penyakit seperti Parkinson desease ada bersangkut paut dengan Transmitter sebegini.

   

Cara yang baik  menangani masalah insomnia ialah dengan meningkatkan kandungan melatonin dalam badan kita. Terdapat makann seperti soya yang kaya dengan melatonin dan pelbagai buah buahan yang tinggi dengan melatonin seperti dalam buah jenis beri, anda boleh juga mendapatkan melatonin dalam bentuk pil atau krim dan anda akan dapati tidur anda berkualiti dan tubuh badan juga akan lebih sihat. Paras melatonin dapat ditingkatkan dengan ktiviti senaman, bersukan dan dengan mendengar muzik yang indah. Bagi sesetengah orang paras melatonin meningkat apabila dia membaca atau berkhayal yang indah indah. Kerana itulah timbul nya teknik teknik khayalan seperti mengira  membayangkan sesuatu yang indah untuk memulakan proses tidur. Para pengamal hypnosis iaitu satu teknik penguasaan minda turut menyarankan teknik kahayalan yang mampu meningkatkan paras melatonin dalam darah kita dan merangsang tidur yang berkualiti.

  Satu cara yang baik untuk merangsang tidur ialah menukar cadar yang baru, memastikan bilik tidur cantik kemas dan bersih pastikan tiada kuman pada tilam yang menggigit pada waktu malam membuatkan kulit terasa gatal. Elakkan minum kopi atau sebarang minuman yang mengandungi banyak caffeine serta pastikan perut tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.    

Seseorang yang tidurnya berkualiti akan mendapat kesihatan yang lebih baik. Jiwanya akan terasa bahagia dan kecergasan fizikal dan mindanya akan bertambah. Seorang pensyarah yang mencuba krim melatonin memberitahu saya” Sejak menggunakan krim melatonin dan memperhatikan tidur berkualiti, saya dapati tahap kecergasan saya meningkat semasa berdiskusi dengan teman sejawat yang jauh lebih muda mereka memuji ketepatan dan kepantasan saya dalam problem solving dan analisis. Tahap matematik saya juga meningkat”

  Semakin usia kita meningkat paras melatonin dalam darah kita merosot kerana kalenjar pineal yang menghasilkan melatonin mengecut. Jika kita membiarkan perkara ini berlaku maka kualiti tidur akan terjejas dan hormon lain dalam badan juga turut merosot. Bioidencal hormone mencadangkan rawatan menggunakan krim dan juga kapsul melatonin bagi membaiki masalah ini. Krim dan kapsul melatonin sebegini dapat membantu pemulihan kalenjar pineal. Ia membuatkan anda tidur nyenyak dan nyaman seperti bayi dan hasilnya anda menjadi lebih muda dan otak menjadi lebih cergas dan riang semula.

Leave a Reply