You are currently viewing Bio-Identical Hormon Yang Hebat

Bio-Identical Hormon Yang Hebat

Apabila saya memperkatakan mengenai anti penuaan saya sering menerima pelbagai reaksi dari orang ramai.Ramai yang mempunyai tanggapan yang positif dan menerimanya dengan minda yang terbuka namun ramai pula yang masih mempunyai tanggapan yang negatif.
  [av_gallery ids=’344′ style=’thumbnails’ preview_size=’portfolio’ crop_big_preview_thumbnail=’avia-gallery-big-crop-thumb’ thumb_size=’portfolio’ columns=’1′ imagelink=’lightbox’ lazyload=’deactivate_avia_lazyload’ admin_preview_bg=”] Bagi saya tanggapan negatif adalah daripada mereka yang tidak tahu dan kurang memahami pengertian anti aging atau anti penuaan yang sebenarnya. Mereka menganggap perubatan anti aging cuba melawan takdir ketentuan ilahi dan anti aging hanya mampu memberi kulit yang licin tanpa kedut tanpa membantu kesihatan dalaman tubuh.Ini adalah tidak benar kerana perubatan anti penuaan mempunyai matlamat menghindari penyakit dan masalah masalah manusia apabila berhadapan dengan isu isu penuaan . Anti aging yang sebenarnya ialah satu cabang kesihatan yang membolehkan kita hidup sihat pada usia tua dan mengekalkan kesihatan dan kehidupan ideal manusia.Ia mengekalkan fungsi fungsi organ dalaman badan seperti jantung buah pinggang kalenjar kalenjar yang penting serta kesihatan otak manusia.Ia menjadikan kalenjar kalenjar hormone dalam tubuh kita berfungsi semula sebagaimana semasa muda. Pada zaman ini tempoh hayat seorang manusia di anggarkan selama 90 tahun.Dan terdapat ramai juga yang masih hidup sihat meskipun sudah berusia melebihi 90 tahun.Ini adalah disebabkan peningkatan dalam sains dan bidang perubatan yang membolehkan kita hidup lebih panjang .Pada tahun 1940-an jangka hayat manusia adalah selama 48 tahun sahaja.Manakala pada tahun 60 -an pula jangka hayat seorang manusia meningkat ke usia 64 tahun.Berbanding sekarang ,ini menunjukkan peningkatan yang hebat justeru itu bidang anti aging adalah penting bagi memastikan golongan ini mampu hidup sihat di kala usia meningkat.Bagi memastikan matlamat ini tercapai kita harus menitik beratkan persoalan anti aging. Kata- kata yang sering di luahkan oleh mereka yang kurang pengetahuan mengenai anti aging adalah seperti ini:- 1: Menjadi tua dan mengalami Menopause adalah proses semula jadi maka tidak ada apa apa yang mampu mengubahnya. 2: Saya sudah pun Menopause dan mencapai usia 60 -an maka tidak mungkin saya boleh muda kembali kerana ia sudah terlambat dan saya tidak percaya wujudnya kaedah yang boleh membuat saya lebih muda. 3: Usia tua adalah takdir yang tidak boleh di tolak dan tidak ada apa apa yang kita boleh buat untuk mengubahnya. 4: Saya mengamalkan cara hidup sehat dan senaman serta mengamalkan pemakanan seimbang .Sudah tentulah badan saya sihat.Mengapakah saya perlu kan perubatan anti aging? [av_gallery ids=’339′ style=’thumbnails’ preview_size=’portfolio’ crop_big_preview_thumbnail=’avia-gallery-big-crop-thumb’ thumb_size=’portfolio’ columns=’1′ imagelink=’lightbox’ lazyload=’deactivate_avia_lazyload’ admin_preview_bg=”] Cuba anda fikirkan fakta ini Punca utama kematian ialah usia yang tua. Orang yang mencecah usia 40-an ke atas mudah mendapat kanser,kerana itu mereka di galakkan menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan. Orang yang berusia mudah mendapat tulang rapuh.ramai orang orang tua terlantar di hospital kerana patah tulang (osteoporosis yang teruk membuatkan tulang patah). Orang yang tua mudah murung dan sensitive. Orang yang tua mudah mendapat darah tinggi ,sakit jantung dan sakit kronik lain berbanding mereka yang muda(20-an). [av_gallery ids=’342′ style=’thumbnails’ preview_size=’portfolio’ crop_big_preview_thumbnail=’avia-gallery-big-crop-thumb’ thumb_size=’portfolio’ columns=’1′ imagelink=’lightbox’ lazyload=’deactivate_avia_lazyload’ admin_preview_bg=”] Paras kolestrol paras gula dalam darah dan fungsi organ akan menjadi tidak baik apabila usia meningkat. Mestikah seseorang berasa murung, letih ,layu dan kelesuan apabila usia meningkat?Mestikah paras rupa berubah menjadi cengkung dan berlekuk lekuk dan wajah menjadi berpigmen serta berkedut ? Usia tidak dapat di tolak namun jika kita mengamalkan perubatan anti penuaan kita akan dapat menghalang penyakit penyakit dan masalah penuaan. Masalah penuaan bagi lelaki. 1. Andropause.Lelaki menjadi murung kurang bertenagan mudah marah dan mudah tertekan. 2. BPH prostat menjadi bengkak dan mula mengganggu system urinasi(kencing) Mereka mula mendapat jangkitan kencing yang kerap. 3. ED masalah menegangkan zakar. Bagi wanita pula. 1. Menopause 2.Masalah pada buah dada 3.Masalah rahim dan vagina. [av_gallery ids=’341′ style=’thumbnails’ preview_size=’portfolio’ crop_big_preview_thumbnail=’avia-gallery-big-crop-thumb’ thumb_size=’portfolio’ columns=’1′ imagelink=’lightbox’ lazyload=’deactivate_avia_lazyload’ admin_preview_bg=”] Bagi lelaki dan wanita. Atherosclerosis Darah tinggi dan kencing manis Dementia (nyanyuk atau pelupa) Lain lain yang melibatkan sakit tua seperti tulang rapuh sakit badan dll. Dari segi kosmetik pula kesan kesan penuaan mengakibatkan paras rupa yang cantik hilang keseriannya. Tekanan jiwa Apakah yang terjadi kepada kita? Apabila usia bertambah kalenjar kalenjar hormone pada tubuh kita bekerja keras bagi memastikan penghasilan yang cukup bagi tubuh badan kita.Hormon merupakan molekul molekul yang amat penting serta mempunyai tugas tugas khas bagi menseimbangkan dan memastikan fungsi tubuh badan menjadi lancer.Kalenjar ini menjadi mengecut dan kurang aktif apabila usia meningkat.Hal ini dapat di lihat melalui kajian kajian para saintis yang menilai saiz kalenjar melalui kaedah ct scan. Dalam minggu minggu yang akan datang saya akan mengupas isu hormone dengan lebih mendalam lagi.Setiap hormone dan kaitannya dalam kehidupan kita akan di terangkan dengan lebih mendalam.Ketiadaan hormone yang cukup mendatangkan tekanan pada jiwa dan tubuh badan manusia. Cuba kita lihat di sekeliling kita.seorang wanita atau lelaki yang periang dan sering ketawa berubah menjadi pemurung dan anti social apabila usia meningkat.tidak kurang juga yang mengalami masalah berat badan yang tidak dapat di turunkan melalui pemakanan semata mata.diet tidak akan berkesan tanpa pengurusan hormone yang betul.Dengan terapi hormone yang betul barulah seseorang mampu menurunkan beratnya dengan efektif. Seseorang yang kurang hormone akan letih lesu dan kurang gembira.Badan nya terasa berat dan sukar bagi nya untuk bersenam.Bila hormone rendah tubuh akan berasa malas dan letih selalu.bila hormone metabolic tertentu di tambahkan dia akan berubah menjadi lebih baik dan cantik.Tubuhnya mula membakar lemak yang berada dalam badannya.hasilnya dia mendapat tenaga yang baik dan mula menjadi lebih langsing. Mengapakah kadar patah tulang,serta tulang rapuh sering berlaku pada orang orabg tua.Jawapnnya ialah hormone tubuhnya sangat rendah membuatkan kadar penyerapan kalsium menjadi tidak efektif.Hormon tertentu penting bagi penyerapan kalsium.Tanpanya kalsium tidak boleh di serap. Mengapakah orang orang tua cepat tersinggung dan mudah bersedih.Ini juga kerana tubuhnya tidak mempunyai hormone yang cukup.Hormon yang tertentu merangsang perasaan agar positive dan sentiasa gembira. Apabila kalenjar hormone mengalami keletihan (Fatigue) maka penghasilan hormone terjejas dan kalenjar2 akan mengalami keletihan yang menyebabkannya gagal berfungsi .Inilah puncanya seseorang menjadi lesu dan lemah.Bagi wanita pula kegagalan fungsi hormone hormone sex mengakibatkan Menopause pula.Menopause yang tiba tiba merupakan satu gangguan hebat bagi tubuh kita justeru itu menjaga kalenjar hormone agar Menopause berlaku dalam suasana yang tidak mengganggu fungsi tubuh adalah di sarankan. Antara yang di sarankan ialah 1)Berhenti merokok 2)Memilih untuk menurunkan berat badan

Leave a Reply