You are currently viewing Stroke Haba (Heat Stroke)

Stroke Haba (Heat Stroke)

    Cuaca sekarang yang semakin tidak menentu mendatangkan banyak masalah kesihatan kepada semua orang. Berikutan dari keadaan ini, saya di kunjungi ramai pesakit yang datang ke klinik kerana masalah kesihatan seperti demam.Pada suatu hari, kes yang saya terima agak berbeza sedikit. Saya di datangi oleh seorang ibu bersama seorang anak perempuan yang sangat lesu, pucat dan tidak bermaya.Kelihatan riak kerisauan di wajah ibu tua tersebut. Saya bertanya ibu kepada wanita muda yang berusia dalam 20-an  itu apabila melihat keadaan anaknya. Ibu tersebut menceritakan kisah yang terjadi kepada anaknya yang dikenali dengan nama Ila itu. Ila merupaka seorang pekerja di sebuah kilang di Kajang. Dia merupakan seorang pekerja yang aktif, rajin dan sentiasa cergas dalam menjalankan tugas-tugasnya. Pada tengahari semalam, Ila di temui pengsan di tempat kerja. Sebelum kejadian berlaku, Ila kelihatan sihat dan tidak mengalami apa-apa kesakitan. Menurut kawan-kawannya juga, dia adalah seorang pekerja yang sangat rajin dan sangat jarang mengambil cuti sakit. Semua rakan sekerjanya juga pelik apabila dia di dapati pengsan secara tiba-tiba. Saya mula memeriksa keadaan Ila. Saya lihat kulitnya agak kemerahan seperti baru lepas berjemur di tengah panas. Saya juga dapati suhu badannya agak panas, tekanan darahnya juga rendah dan jantungnya berdegup sangat laju. Dia berkemungkinan besar mengalami stroke haba (heat stroke).
Strok haba adalah satu keadaan yang disebabkan oleh haba panas yang teruk atau di kenali sebagai hiperthermia dengan suhu badan yang melebihi 40.6 ° C. Ia terjadi disebabkan oleh pendedahan berpanjangan terhadap haba persekitaran yang bersuhu tinggi. Haba biasanya dihasilkan oleh badan apabila terjadinya proses metabolisma. Kebiasaanya haba yang diserap oleh tubuh akan di lepaskan melalui kulit dalam proses penyejatan peluh. Walau bagaimanapun, apabila melakukan aktiviti fizikal dalam cuaca panas yang melampau dengan kadar kelembapan yang rendah, badan tidak mungkin dapat menangani haba persekitaran yang sangat tinggi, menyebabkan haba terkumpul dalam badan dan suhu badan akan meningkat secara mendadak. Selain itu, akibat dari dehidrasi juga menyebabkan sesorang mendapat strok haba. Mereka yang mengalami dehidrasi, tidak akan mengeluarkan peluh dengan cepat, oleh itu suhu badan akan meningkat.Sesorang yang mengalami strok haba perlu mendapatkan rawatan kecemasan dengan kadar segera. Apabila tidak dirawat secepat mungkin, pesakit boleh mengalami kerosakan otak, jantung, buah pinggang dan juga otot. Selain itu, ia juga boleh mengakibatkan risiko yang lebih teruk sehingga mengakibatkan kematian. Menurut pakar, suhu yang tinggi boleh mengundang kepada komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan sesorang itu koma dan boleh mengundang maut. Mereka yang berisiko mendapat strok haba: • Bayi • Warga tua (sering dengan penyakit berkaitan jantung, penyakit paru-paru, penyakit buah pinggang, atau yang mengambil ubat-ubatan yang membuat mereka mudah terdedah ). • Atlet • Individu yang melakukan kerja-kerja fizikal luar yang memerlukan mereka berada di bawah cahaya matahari Tanda-tanda awal seseorang yang mengalami strok haba (heatstroke): 1) Mengalami suhu badan yang tinggi. Suhu badan mencecah 40 0 C atau lebih merupakan punca utama sesorang mengalami strok haba. 2) Perubahan mental dan sikap Mengalami kekeliruan, kebingungan, pertuturan yang tidak jelas, cepat marah, kecelaruan, sawan dan koma. 3) Perubahan perpeluhan Strok haba adalah disebabkan oleh cuaca yang panas. Oleh itu, kulit akan menjadi panas dan kering apabila di sentuh. Tetapi,berbeza pula bagi mereka yang mengalami strok haba akibat melakukan senaman berat, kulit mereka akan berasa sedikit lembab. 4) Mual dan muntah Mereka akan mengalami rasa sakit perut dan juga muntah. 5) Kulit menjadi kemerahan Kulit pesakit juga akan bertukar menjadi kemerahan akibat dari peningkatan suhu badan. 6) Masalah pernafasan Pernafasan menjadi laju dan juga tercungap-cungap. 7) Degupan kadar jantung yang laju Degupan nadi akan meningkat dengan ketara disebabkan oleh tekanan haba yang tinggi dan memberikan masalah kepada jantung untuk membantu menyejukkan badan. 8) Sakit kepala Pesakit akan berasa sakit kepala yang amat dan berdenyut Dapatkan pemeriksaan segera 1) Jika anda merasakan sesorang itu mengalami tanda-tanda awal strok haba, jumpa doktor secepat mungkin. 2) Hubungi 911 atau nombor perkhidmatan kecemasan tempatan berdekatan anda. 3) Sementara menunggu ketibaan anggota kecemasan, ambil langkah awal dengan meletakkan pesakit ditempat yang teduh dan berangin. 4) Pastikan pesakit mendapat pengudaraan yang cukup di persekitarannya. 5) Jika pesakit memakai pakaian yang ketat dan tebal, buka dan longgarkan pakaian tersebut. 6) Sejukkan keadaan pesakit dengan meletakkan pesakit dalam tab berisi air sejuk atau basahkan badan dengan span berair sejuk, atau letakkan pek ais, atau tuala basah di kepala, leher, ketiak dan pangkal paha. Langkah-langkah mengelakkan strok haba 1) Pastikan badan sentiasa terhidrat dengan mengurangkan aktiviti luar terutamanya apabila cuaca agak terik dan panas. 2) Jika anda melakukan aktiviti dalam cuaca yang panas, pastikan minum air masak dengan banyak dan hindari minuman beralkohol dan juga minuman berkafein yang akan membawa kepada dehidrasi. 3) Kehilangan elektrolit seperti natrium akan berlaku jika seseorang berpeluh dengan berlebihan, oleh itu elektrolit dalam badan perlu di ganti semula untuk mengekalkan hidrasi badan. 4) Dapatkan rehat yang secukupnya. 5) Pakai pelindung seperti topi dan juga pakaian yang berwarna cerah, ringan dan longgar

Leave a Reply