Sembelit

Sembelit ialah keadaan dimana kekerapan membuang air besar menjadi kurang atau kesukaran membuang air besar. Sembelit boleh terjadi jika kurang membuang air besar 3 kali seminggu. Sembelit bukanlah satu penyakit tetapi hanyalah satu tanda (symptom). Orang yang sembelit juga merasa sakit perut dan mengalami angina (sendawa dan kentut). Biasanya perempuan, budak kecik, orang tua (melebihi 60 tahun) lebih kerap mengalami
sembelit.

Adakah ianya sesuatu yang biasa berlaku dikalangan kanak-kanak?

 Masalah ini adalah biasa dikalangan kanak-kanak tetapi hanya sementara.

Faktor sembelit ?

 Faktor yang menyebabkan sembelit ialah:
 Pengambilan serat yang tidak mencukupi tetapi lebih makanan berlemak dan gula.
 Pengambilan cecair yang tidak mencukupi
 Kurang bersenam
 Menahan keinginan untuk buang air besar
 Mempunyai penyakit yang menyebabkan sembelit contoh penyakit Hirschprung atau hypothyrodism
 Ubat-ubatan contoh narcotic ,analgesic
 Terdapat susu formula yang agak kuat dan menyebabkan anak mendapat sembelit.

Bagaimanakah untuk mengetahui…. ?

Tanda-tanda dan gejalanya termasuk :

 Tidak membuang air besar untuk beberapa hari atau keadaan najisnya kering dan keras
 Kejang perut
 Sakit ketika membuang air besar dan muka bertukar menjadi kemerah- merahan .Ada kesan kotoran najis pada seluar dalam kanak-kanak.

Masalah sekiranya menghidapi sembelit ?

 Terdapat kekoyakan kecil dibahagian dalam dubur (anal fissure) yang boleh meyebabkan perdarahan dan kesakitan.
 Enggan membuang air besar.
 Merasa malu disebabkan kesan kotoran najis pada seluar dalam.

Komplikasi berlaku akibat dari penyakit yang di hidapi contoh usus tersumbat dalam penyakit Hirschprung.

Bagaimanakah mengendalikan kanak-kanak sembelit ?

1) Penilaian

 Penting untuk menilai situasi bagi mengelak dan merawat penyakit yang di hidapi.

2) Ubat-ubatan

 Jika keadaan semakin serius, doktor mungkin mengarahkan pemberian enema bagi mengeluarkan najis atau julap (oral laxative) untuk melembutkan najis.

3) Pemakanan

 Lebihkan pengambilan makanan berserat (buah-buahan,sayuran hijau dan bijirin) dan cecair didalam pemakanan harian kanak-kanak.

 Untuk bayi yang masih kecil dan belum memulakan pengambilan makanan adalah penting untuk memastikan susu yang diambil mencukupi.Pertukaran susu formula boleh dilakukan selepas mendapat nasihat dari doktor.

4) Senaman

 Bersenam secara berkala boleh membantu masalah sembelit

Latih tabiat ke tandas.

 Memperkukuhkan tabiat ke tandas secara berkala dan tetap waktunya.

Cara melatih tabiat ke tandas setiap hari ?

 Kanak-kanak perlu dilatih duduk dalam tandas sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari.

 Dalam masa yang sama ia boleh membaca atau bermain alat permainan.

 Untuk berjaya, kesabaran dan ketegasan amat diperlukan.

Cara mencegah sembelit ?

 Tingkatkan pengambilan makanan tinggi serat dan air yang mencukupi.

 Senaman secara tetap dan berkala

 Melatih tabiat membuang air besar setiap hari.

Tanda-tanda amaran untuk diberi perhatian ?

Dapatkan nasihat dari doktor anda jika

 Sembelit berlarutan melebihi 3 minggu
 Aktiviti harian anak terjejas.
 Berlaku kekoyakan kecil di bahagian dalam dubur.
 Terjadinya buasir.
 Gagal mengeluarkan najis melalui dubur.
 Terdapat kesan kekotoran najis pada seluar dalam anak.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *