Melecur
Melecur merupakan kecederaan biasa yang mudah di cegah. Melecur mudah berlaku akibat kecuaian. Kecederaan akibat melecur biasanya berlaku ke atas kanak-kanak kerana sifat ingin tahu dan ianya berlaku secara tak sengaja.Di sebabkan itulah ibu bapa atau pun penjaga haruslah menitik beratkan setiap kedudukan barang-barang yang mendatangkan kecederaan di letak kan jauh di sudut almari atau pun paras tinggi yang anak tidak boleh mencapainya.
Sebab-sebab melecur boleh berlaku :
► Lepuhan akibat air panas atau cecair masakan.
► Objek panas seperti sterika, dapur.
► Haba daripada minyak masak yang terlampau panas.
► Kebakaran bahan kimia yang menghakis.
► Kebakaran elektrik seperti bermain dengan plug elektrik, sambungan wayar dan soket yang
terdedah.
Rawatan :
Jika sebahagian kulit sahaja yg melecur (kurang daripada saiz tapak tangan), ia boleh dirawat di
rumah.
► Lucutkan pakaian yg ketat dan barang hiasan dengan berhati-hati.
► Siram kawasan yg melecur di bawah aliran air selama lebih kurang 15 minit.
► Sapukan krim atau losyen yang sesuai.
► Jangan sesekali guna minyak mentega, gris, minyak rambut atau ubat gigi yg mana ianya
Boleh menyebabakan jangkitan.
► Jangan pecahkan gelembung. Kalau pecah, biarkan saja.
► Anda perlukan imunisasi untuk menghalang tetanus. Dapatkan khidmat Doktor.
► Jangan guna ais. Meletakan ais di tempat yg melecur boleh menyebabkan kerosakan teruk
pada kulit.
► Jangan pecahkan kulit yang menggelembung. Cecair di dalam gelembung berfungsi untuk
melindungi daripada jangkitan.
Jumpa Doktor sekiranya : kawasan melecur bertambah besar, melibatkan bahagian
Leave a Reply
Want to join the discussion?Feel free to contribute!