Punggung Besar, Callipygian atau Steatopygia??
Setiap orang menginginkan tubuh badan yang langsing dan ideal, terutama wanita. Memiliki bentuk atau ukuran punggung yang berlebihan kadang kala menjadi satu beban kepada wanita. Ini kerana, mereka merasa kurang yakin serta malu dengan bentuk badan mereka
yang sentiasa menjadi perhatian orang. Individu yang memiliki punggung besar ini di panggil callipygian dan steatopygia.
Callipygian di definisikan sebagai individu mempunyai punggung yang terbentuk indah dan menawan oleh kerana lemak yang berlebihan, tetapi ia dianggap sihat kerana kurang selulit dan tanda regangan. Ia juga mempunyai kulit yang licin. Manakala Steatopygia adalah individu yang mempunyai punggung yang tidak terbentuk indah kesan daripada lemak yang berlebihan mengakibatkan selulit dan kesan regangan timbul pada kulit punggung mereka.
Wanita berkulit hitam yang mempunyai punggung callipygian selalunya adalah Afro-Carribean, Manakala yang memiliki punggung steatopygia pula adalah wanita berkulit itam dari United States atau African-American. Diet memaminkan peranan penting dalam apa-apa jua kategori mereka. Ia dapat dilihat pada lemak yang terdapat pada punggung wanita Afro-Carribean adalah semulajadi dan bergantung pada genetik mereka. Untuk African-American
pula, selalunya tidak semulajadi dan bergantung kepada diet mereka yang tidak seimbang. Bahagian yang berlemak ini mengandungi lemak yang berlebihan, ia juga menjadi tempat tersimpanya bahan buangan yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Kesan mempunyai punggung besar
Keputusan kajian, terhadap 16000 wanita menunjukkan, wanita yang memiliki punggung yang lebih besar cenderung untuk mempunyai tahap kolesterol yang lebih rendah dan mampu untuk menghasilkan hormone metabolisme gula lebih tinggi berbanding wanita berpunggung kecil. Oleh itu, mereka yang mempunyai punggung besar kurang cenderung untuk mempunya penyakit diabetes atau masalah jantung. Wanita yang mempunyai
punggung besar memerlukan lebih minyak Omega 3 yang terbukti untuk pembangunan otak. Terdapat beberapa penyelidik telah mendapati bahawa kanak-kanak yang di lahirkan oleh ibu-ibu ini lebih luas dari segi intelek. Lemak di bahagian punggung mempunyai tahap yang lebih rendah kolesterol dan glukosa. Wanita yang mempunyai punggung besar juga menikmati tahap leptin, hormone yang bertanggungjawab untuk mengawal berat badan dan
dinopectina. Hormone ini juga memounyai anti-radang, sifat-sifat vaskular perlindungan dan juga anti-diabetes. Tisu yang terdapat pada bahgian punggung akan memerangkap lemak yang berbahaya dan menghalang penyakit kadiovaskular.
1) Senaman Kardio
Cara terbaik untuk mengecilkan punggung adalah dengan bersenam. Bersenam
boleh membantu untuk membuang lemak-lemak berlebihan yang anda dapat melalui
diet yang diamalkan.
2) Berjalan Kaki Atau Lompat Tali
Berjalan kaki atau lompat tali, adalah pilihan senaman yang baik untuk paha dan
punggung. Dengan berjalan kaki, secara tidak langsung anda telah mengerakkan
punggung anda.
3) Jaga Pola Pemakanan
Selain itu, anda juga perlulah mengamalkan pemakanan secara teratur. Bayakkan
memakan buah dan sayuran segar agar tubuh mendapat jumlah vitamin dan mineral
yang secukupnya, juga membantu membakar lemak dalam tubuh.
4) Minum air secukupnya
Air sangat penting untuk tubuh badan. Pengambilan air secukupnya boleh membantu
tubuh untuk mengeluarkan bahan buangan yang tidak diperlukan oleh tubuh. Jadi
pengambilan air secukupnya amatlah penting bagi menyingkirkan toksin yang
terdapat pada tisu punggung.
