6 Amalan Pemakanan yang harus dimakan untuk kekal sihat
Makanan yang sihat merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi secara normal. Makanan yang sihat seharusnya memberikan kita tenaga, makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum dan kandungan fiber yang mencukupi. Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan dan dapat menjauhi kita daripada penyakit.
Antara makanan yang sihat:
1) Buah-buahan
Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.
2) Sayur-sayuran
Bagi sesetengah orang sayur merupakan pilihan terakhir untuk menu pemakanan mereka. Ada juga yang sanggup mengetepikan sayur-sayuran yang terdapat di dalam hidangan mereka setiap kali mereka menjamu selera.
Walaupun begitu, sayur-sayuran merupakan satu hidangan yang popular dikalangan mereka yang ingin berdiet. Ada yang sanggup menjadi “vagetarian”, hanya memakan dan mengambil sayur di dalam hidangan mereka sedangkan mengamalkan diet seperti itu adalah tidak baik untuk kesihatan kita.
Sayur mengandungi kepelbagaian kandungan fitonutrien, kalium dan serat mempunyai manfaat tersendiri.
3) Banyakkan meminum air kosong
Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.
4) Memakan kekacang
Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.
5) Kurangkan gula
Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.
6) Kurangkan garam
Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).
Amalkan 6 tips pemakanan yang harus dimakan agar terus kekal sihat. Secara umumnya, tenaga berasal daripada makanan yang dimakan, dan ianya akan disimpan sebagai lemak dalam sel lemak. Apabila penggunaan tenaga lebih sedikit daripaada penyimpanan tenaga maka akan berlakulah ketidakseimbangan. Jadi jika anda makan terlalu banyak tetapi tenaga yang dikeluarkan terlalu sedikit, maka lemak-lemak tersebut akan terkumpul. Oleh itu, kegemukan akan berlaku apabila proses mengeluarkan lemak terganggu, seperti terjadinya masalah hormon atau hormone imbalance. Jika anda mempunyai masalah kegemukan, anda boleh mendapatkan khidmat konsultasi secara percuma sekarang.
Leave a Reply
Want to join the discussion?Feel free to contribute!