PENYAKIT KUDIS BUTA.
Salam Doktor…saya mengalami gatal-gatal di tangan dan kaki selama 6 hari dan tak baik-baik juga,
saya dah beli ubat gatal di farmasi tapi masih gatal dan naik kemerahan dan berair. Ada yang
mengatakan saya ni kena kudis buta, saya jadi risau kalau-kalau penyakit saya ni memang kudis
buta. Saya jadi risau dijangkti kuman sebab saya tak pergi klinik untuk membuat rawatan..saya
perlukan nasihat Doktor dalam hal ini. Zizi Klang.
JAWAPAN :
► Jangan mengambil jalan yang mudah hanya pergi farmasi sahaja untuk menghilang kesakitan
yang di alami.
► Kegatalan yang berpanjangan serta gelembung kecil berair dan ianya akan berada di celah-celah
anggota badan serta tangan dan kaki adalah kudis buta.
► Kudis buta boleh merebak dengan pantas
► Kesannya juga boleh di lihat hanya dalam beberapa hari bermula bengkak, tanda merekah,
mengelupas dan luka akibat di garu.
► Kudis buta adalah sejenis jangkitan kulit yang boleh berjangkit disebabkan oleh sejenis hama.
► Hama adalah sejenis makhluk seperti serangga yang membentuk laluan/terowong di bawah
lapisan luar kulit.
► Hama bertelur di bawah kulit dan menghisap darah dari mangsanya, kudis buta dijangkiti melalui
sentuhan langsung kulit ke kulit.
► Tabiat paling disukai hama adalah kulit, ia akan tertanam dan membiak di situ.
► Kebiasaan hubungan rapat yang terjalin memudahkan risiko kudis buta berjangkit terutama di
kalangan ahli keluarga, rakan sebilik di asrama dan pusat asuhan bagi si kecil, berkongsi tilam,
bantal,tuala atau pakaian turut membawa risiko besar dijangkiti.
► Walaupun kudis buta bukan tergolong mengikut senarai sakit kronik, jika tidak dirawat dengan
segera ia boleh mengjangkiti seluruh ahli keluarga dan orang terdekat dengan pesakit, malah
kehadiran kudis buta boleh mengakibatkan tekanan emosi dan rasa rendah diri kepada individu
terbabit terutama kanak-kanak.
BAHAGIAN-BAHAGIAN BADAN YANG DIJANGKITI:
► Di celah ketiak, dikeliling pusat.
► Di bahagian punggung dan kemaluan
► Di kaki dan celah-celah jari
► Di tangan, keliling sendi lengan dan celah-celah jari
► Pada bayi, di tapak tangan dan tapak kaki
KUDIS BUTA AKAN MEREBAK SEKIRANYA?
► Berkongsi tuala,pakaian, kain cadar, sarung bantal dan peralatan lain
► Ada perhubungan/pergaulan yang berpanjangan dengan pengidap kudis buta
► Tidor beramai-ramai di atas sebuah katil dengan mereka yang mengidap kudis buta
► Kebersihan diri yang tidak di jaga dengan sempurna
PENCEGAHAN
► Pastikan kebersihan diri
► Segala kelengkapan harian hendaklah di jaga dengan bersih dan jangan berkongsi dengan orang
lain
► Rendam pakaian dalam air panas
► Jemur tilam , bantal, permaidani di bawah terik matahari
► Buka tingkap supaya cahaya matahari dapat masuk ke dalam bilik
► Jaga kebersihan kawasan sekitar rumah
Segera ke klinik untuk mendapat rawatan sekiranya terdapat bintik-bintik merah di celah-celah jari
dan anggota badan yang lain.
Kudis buta boleh berjangkit, jadi adalah sangat penting untuk mengikut segala arahan rawatan dan
membersihkan bahan yang tercemar dengan penyakit tersebut.
Rawat seluruh ahli keluarga serentak dengan pengidap untuk mencegah penyakit ini dari merebak.
Kudis Buta
- Post author:Shira Marissa
- Post published:30/10/2023
- Post category:Artikel
- Post comments:0 Comments