- Kebas adalah keadaan di mana seseorang mengalami kekurangan rasa (sensation).
- Keadaan ini kebiasaannya berlaku disebabkan oleh irritasi saraf atau saraf periperi terhimpit.
- Rasa kebas boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan dan cirinya bergantung kepada jenis dan lokasi saraf yang terlibat.
- Rasa kebas lebih kerap dirasai pada hujung jari, tangan, tapak kaki, lengan atas dan kaki rasa kebas boleh disebabkan oleh keadaan berikut:
- Kecederaan pada saraf akibat kemalangan.
- Saraf periferi tertekan disebabkan oleh ‘herniated disc’ atau oleh osteophytes yang terbentuk akibat proses degeneratif.
- Jangkitan pada saraf periferi seperti kayap
- Penyakit-penyakit seperti diabetes, migraine, multiple sclerosis, epilepsi , strok dan hypothyroidism
- Carpel Tunnel Syndrome (saraf Median tertekan di kawasan pergelangan tangan).
- Berlakunya kekurangan vitamin dalam badan seperti kekurangan vitamin B12.
- Kesan samping ubat, contohnya ubat penyakit tuberculosis seperti isoniazide.
- Kerosakan saraf akibat bahan toksik seperti, pengambilan alkohol dan rokok.
- Sila berjumpa doktor sekiranya anda mengalami rasa kebas untuk pemeriksaan lanjut dan rawatan.
- Sila berjumpa doktor dengan serta-merta, sekiranya anda berasa kebas dalam keadaan berikut:
- Anda baru mengalami kemalangan yang melibatkan bahagian kepala.
- Anda juga mengalami gejala seperti lemah anggota , susah bertutur, pening dan sakit kepala yang datang secara tiba-tiba dengan teruknya.