You are currently viewing Kaedah Mencantikkan Wajah

Kaedah Mencantikkan Wajah

Rawatan untuk mencantikkan kulit wajah Kulit dan juga tisu dalam badan melalui proses pembentukan semula sepanjang kitaran hidup kita. Walau bagaimanapun, apabila usia kita semakin meningkat , keupayaan pembaikan semula tisu kulit akan berkurangan disebabkan oleh perubahan dalam komposisi dan struktur tisu penghubung. Komponen paling banyak dan penting dalam kulit adalah kolagen, iaitu sejenis protein yang bertanggungjawab untuk keanjalan kulit. Walau bagaimanapun, dengan penuaan, pengeluaran kolagen menurun yang membawa kepada kendur kulit, garis-garis halus di sekitar hidung, mulut dan dagu, penampilan kesan hitam di bawah mata dan kehilangan ketegangan kulit. Proses ini akan lebih cepat jika kita sering terdedah kepada persekitaran yang boleh menjejaskan kulit kita.
Antara masalah kulit yang terjadi: 1. Kedutan Berlaku perubahan fizikal pada kulit. Kulit akan kelihatan kendur, melayut dan terdapat garisan- garisan halus. 2. Jeragat  Jeragat menyebabkan kulit menjadi lebih gelap dan tidak sekata. 3. Sinaran Ultra Violet  Sinaran UV seperti  seperti UVA dan UVB akan menembusi kulit hingga ke bahagian epidermis. Ia menyebabkan penuaan kulit, penyakit dan kanser kulit. UV juga merosakan DNA, Kolagen dan elastin menyebabkan kulit tidak bermaya, kusam dan jeragat. 4. Jerawat  Jerawat meninggalkan kesan dan melahirkan perasaan rendah diri kepada seseorang. 5. Psiorosis dan Ekzema  Psiorosis dan ekzema menyebabkan kulit gatal, kering dan tidak selesa. 6. Kulit Kering dan Berminyak  Kulit kering dan berminyak menyebabakan jerawat dan bakteria senang melekat di kulit. 7. Radikal Bebas  Radikal bebas adalah disebabkan pemakanan tidak sihat, stress dan pencemaran. Ia memusnahakan sel kulit, dan menyebabkan penuaan kulit pra matang. Oleh itu. pelbagai teknik rawatan kecantikan diperkenalkan di negara ini bagi memenuhi kehendak tersebut. Ini termasuk kaedah dari luar negara yang diperkenalkan di pusat-pusat kecantikan semakin canggih dan terkini. Antara teknik rawatan ialah: Serdeve Rawatan ini dicipta untuk mengurangkan bahagian-bahagian kendur pada badan dan wajah anda. Selain itu, Serdev membantu untuk memperkecil dan membentuk anggota yang dikehendaki. Berbeza dengan rawatan lain, ia tidak memerlukan masa yang panjang dan tidak memerlukan pembedahan. Selepas melakukan rawatan ini, pelanggan akan mendapat wajah yang tegang dan mantap tanpa perlu menunggu lama. Kaedah kecantikan ini sangat ringkas kerana hanya menggunakan benang dan jarum. Mungkin bagi anda ia pelik kerana kebiasaannya prosedur ini digunakan untuk menjahit butang baju. Radio frekuensi Laser RF mengeluarkan haba yang tidak terlalu panas untuk mensimulasikan lapisan kulit dermal.Aktiviti simulasi ini dilakukan untuk megeluarkan kolagen semula jadi yang terkandung dalam kulit bagi mengetatkan lagi permukaan kulit yang kendur. Pada masa yang sama, ia membantu untuk meningkatkan dan menghilangkan kesan calar; parut lama dan sebarang cacat-cela pada permukaan kulit termasuk kedutan; mata bengkak atau eye bag dan kulit yang kendur. Kesan boleh dilihat pada rawatan pertama, perubahan yang ketara dari segi kulit yang tegang dan lembut, dan rawatan susulan akan memberikan hasil yang lebih. Laser medlite Laser merupakan cara terbaik untuk menjadikan kulit licin sihat dan merangsang pertumbuhan kolagen yang berterusan. Ini kerana laser boleh menembusi setiap lapisan kulit dengan mendalam. Melalui rawatan MedLite, anda boleh melihat peningkatan segera dalam tekstur dan rupa kulit anda seperti saiz liang mengecil, kulit menjadi lebih tegang dan anjal, tona kulit menjadi sekata, menghapuskan bintik coklat, penampilan diri dan rupa lebih segar. Laser Microdermabrasion Microdermabrasion adalah prosedur tidak invasif yang menggunakan semburan microcrystals untuk membuang kulit kering, sel-sel kulit mati dan mengaktifkan kulit yang lebih muda, cantik dan sihat. Microdermabrasion juga menggalakkan pengeluaran sel-sel baru kulit dengan meningkatkan tahap pengeluaran kolagen dan elastin seterusnya memperbaiki penampilan kulit anda. Filler Filler ialah suntikan yang mengandungi kolagen ke tempat atau bahagian kosong yang menampakkan kecacatan atau kekosongan. Ia juga membantu untuk mengurangkan garis-garis halus dan memperbaiki ke tegangan dan keremajaan kulit muka. Apabila usia meningkat, wajah secara semulajadi akan kehilangan lemak subkutaneus. Otot muka akan mengecut dan menyebabkan muka berkedut dan berkedut. Rawatan filler boleh dilakukan untuk memontokan bibir nipis, menghilangkan kedut dan garis-garis di muka, meratakan wajah yang mempunyai parut berlekuk. Filler sangat membantu kepada mereka yang mempunyai tanda-tanda awal penuaan dan ia juga sebagai nilai tambah muka untuk peremajaan kembali kulit wajah tanpa pembedahan. Laser pixel Laser pixel mengurangkan tanda-tanda penuaan dan juga menghalang pori dan liang roma, garis-garis halus, jeragat dan juga sinaran matahari. Pancaran laser menghasilkan lubang-lubang kecil pada kulit untuk menghapuskan epidermis dan dermis luar yang rosak. Proses penyembuhan semula jadi kulit akan berlaku akibat pancaran laser tersebut;ia merangsang pertumbuhan baru tisu kulit yang lebih sihat. Bahagian yang di laser kemudian akan menghasilkan kulit dan tisu yang barum serta merangsang pengeluaran kolagen. Keputusannya, anda akan mendapat kulit yang baru, lebih sihat, tisu kulit muka yang licin. Laser Isolaz Laser Isolaz adalah gabungan antara vakum dan laser tetapi tidak menyakitkan. Ia untuk membersihkan liang tersumbat, jerawat dan bintik-bintik hitam. Jerawat adalah salah satu masalah kulit yang paling biasa yang memberi kesan kepada semua peringkat umur. Ia bukanlah sesuatu yang luar biasa. Isolaz berfungsi untuk mematikan jerawat yang terdapat di muka,atau badan sehingga ke akarnya. Laser Isolaz akan menyedut jerawat tersebut melalui vakumnya, dan pancaran laser yang keluar akan mematikan jerawat tersebut sehingga ke akarnya.

Leave a Reply