Pertama kali bertemu Jenny, dia begitu pendiam dan kelihatan murung. Mama Jenny iaitu Puan Maria memberitahu saya” Doc, saya minta maaf jika Jenny kurang bercakap. Jenny kemurungan disebabkan wajahnya yang penuh jerawat. Sebenarnya bukan saya tak pernah membawa Jenny ke Doktor. Saya dah banyak kali membawa Jenny ke doctor bagi mengubati masalah jerawat yang dihadapinya namun tak berjaya. Jerawat hanya hilang sekejap saya dan tumbuh semula dengan banyaknya apabila rawatan tamat. Jenny sudah kecewa. Dia enggan berjumpa mana mana doctor lagi namun saya tidak sampai hati melihatnya lalu saya pun memujuknya datang ke mari”.
Memang betul kat Puan Maria itu. Jenny tidak mahu bercakap banyak. Sepatah yang saya tanya sepatah juga yang di jawapnya.” Doc, saya tak nak lagi berharap apa apa. Saya dah berkunjung ke banyak tempat rawatan dan langsung tiada hasil” Kata Jenny.
Nampaknya penderitaan anak gadis ini jauh lebih hebat dari yang saya duga. Dia sudah pun berputus asa. “Ok. Saya tidak akan berbincang dengan Jenny dan memberi apa apa harapan. Saya hanya akan memberi hasil rawatan yang memuaskan sahaja” Kata saya. Mendengar kata kata saya dia tersenyum. Namun saya tidak pasti apakah senyuman itu bermakna apa-apa.
Rawatan yang di buat kepada Jenny ialah laser bagi menghapuskan jerawat, antibiotic dan bio identikal hormon bagi seimbangkan hormon dalam badannya itu.
Selepas dua minggu Jenny dating semula bagi rawatan susulan. Jelas dia tampak berbeza. Dia juga sudah mula ingin berbual dengan saya. Mungkin juga selama ini Jenny kekurangan hormon dalam tubuhnya maka terapi peningkatan hormon ini mampu menceriakan Jenny. Begitu cepat sekali kesannya dan hal ini diperakui oleh Puan Maria sendiri.
Selepas dua minggu kami mengulangi lagi sesi laser. Jelas kesan penyembuhan dapat dilihat dengan cepat sekali.
Saya merasa gembira melihat perubahan jenny. Mama jenny melahirkan rasa terima kasih di atas perubahan anak gadisnya itu. Menurut beliau tidak lama lagi jenny akan belajar di university besar harapannya agar jenny menjalani kehidupan yang riang dan indah di kampus sepanjang pengajian tanpa di ganggu oleh isu jerawat yang penuh di muka.
