Fokus Sihat
Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal di mana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang .
Tanda tandanya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah :
-Keguguran kulit kering yang tampak seolah – olah seperti sisik pada kulit
-Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
-Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza ianya mengering dan gugur seolah – olah
sisik kulit juga tampak bersisik
Jenis-jenis psoriasis
– Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok
– Di kalangan kanak-kanak di namakan guttate psoriasis yang berupa jangkitan
fungus.
– Jenis teruk yang memerlukan rawatan di hospital dipanggil erythrodermic
psoriasis
– Lampin psoriasis
– Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk di mana ia boleh
menimbulkan kesakitan
– Guttate psoriasis
– Plaque psoriasis (bertompok dan timbul)
Komplikasi
-kulit yang di landa psoriasis boleh menjadi berdarah dan pedih.
-Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik.
-Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah:-
-Sendi hujung pada jari tangan atau kaki
– Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki
Rawatan (Bergantung kepada lokasi dan keterukan kulit terlibat)
Krim dan ubatan yang boleh melegakan.
Pelembab
– Ia adalah penting untuk menjaga kulit supaya lembap sepanjang masa. Anda
seharusnya :
– Menggunakan pengganti sabun contohnya krim akueus atau salap pelembap
– Menggunakan sarung tangan
– Memotong pendek kuku jari tangan dan kaki untuk mengelakkan daripada
menggaru supaya kulit tidak rosak.
Ubatan dan krim
Doktor akan memberi ubatan seperti :
– Krim yang berasaskan coal tar ( arang), kortison dan lain-lain jenis pelembap .
– Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine and Calcipatriol
– Cahaya ultraviolet dan fototerapi PUVA
Di mana untuk mendapat rawatan?
Pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan dan berjumpa kepada doktor anda. Doktor anda akan menilai keadaan anda dan mulakan rawatan yang sesuai. Jika diperlukan anda akan dirujuk kepada pakar kulit bergantung kepada betapa teruk penyakit anda Perkara perlu diingati .Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ianya tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal masalah ini.
1. Ruam sering terjadi kepada kanak-kanak. Apakah cara yang paling sesuai
untuk mengatasi masalah ruam ini?
Ruam merupakan gangguan kulit yang bersifat sementara. Kulit akan menjadi merah disebabkan kesesakan kapilari. Ruam ini terjadi dalam berbagai-bagai bentuk dan ukuran. Sesetengah daripadanya berbentuk lepuh yang gatal, berbintil-bintil/bengkak-bengkak, bertompok-tompok merah dan berkulit kasar. Sebahagian kecil daripadanya memerlukan rawatan perubatan.
2. Ada sesetengah orang mempunyai alahan terhadap sesetengah jenis
makanan. Makanan apakah yangs erring dikaitkan dengan penyakit kulit?
Alahan Makanan
Alahan makanan adalah satu tindak balas fizikal yang terjadi apabila sistem imunisasi badan tersalah tafsir bahan makanan yang masuk ke badan adalah suatu yang luar biasa dan boleh memberi kesan buruk kepada badan.)
Biasanya yang dikenal pasti adalah protein atau nutrient dalam makanan tersebut.Kemungkinan besar terjadi alahan terutamanya apabila makanan tersebut pertama kali diberi (banyak kes pada bayi). Namun, ada juga alahan terjadi biarpun beribu kali mencuba. Semua ini disebabkan oleh kekurangan enzim penghadaman, reaksi
toksik yang berlebihan dan kesan farmakologi makanan.
Dalam bahasa senangnya ialah badan anggap ada makluk asing kecil yang tidak dapat dikenalpasti telah mencerobohi badan. 2 hingga 8% kanak-kanak dikesan mengalami alahan makanan, manakala 1% bagi orang dewasa.
MAKANAN PENYEBAB ALAHAN
1. Susu lembu dan susu soya
2. Makanan Laut
3. Kekacang – kacang soya, kacang tanah, kacang panjang
4. Telur putih
*Lebih baik diperkenalkan kepada anak lebih satu tahun atau lebih
1. Buah-buahan beri
2. Telur kuning
3. Ikan
*Baik diperkenalkan selepas 9 bulan
1. Daging – termasuk daging ayam dan kambing
2. Gandum, barli, oat
3. Jagung
* Lebih 6 bulan
1. Ubat-ubatan
2. Sebahagian pewarna, pengawet dan bahan perasa
Selain itu, sekiranya makanan lain yang mempunyai unsur/bahan yang
menyebabkan alahan, gejala ini boleh berlaku.
TANDA-TANDA INDIVIDU MENGALAMI ALAHAN MAKANAN
1. Perut memulas pada bayi
2. Rasa loya, muntah, cirit-birit dan perut buncit
3. Selsema, batuk, merah mata dan tanda kemerahan di kawasan sekitar mulut
4. Sentiasa resah, tidak nyenyak tidur, sukar menumpukan perhatian dan terlalu
aktif
5. Ruam pada kulit, ekzema termasuklah gatal-gatal kulit (terdapat tompok-
tompok gatal)
6. Termengah-mengah dan sukar untuk bernafas. Kemungkinan besar boleh
membawa kepada asma.
7. Anafilasis – reaksi teruk berhubung dengan kesukaran bernafas, bengkak
dalam mulut dan kerongkong, penurunan tekanan darah, terkejut malah
boleh mendatangkan kematian bagi kes yang teruk.
Gejala- gejala ini biasanya berlanjutan dengan cepat dalam pengambilan makanan
dalam jangka masa beberapa minit hingga jam.
Alahan makanan sebenarnya tidak merbahaya, namun sekiranya tindak balas yang
berlebihan ditunjukkan, sila ambil langkah lebih efektif dan bawa berjumpa doktor.
Penuaan kulit
Penuaan kulit berlaku lebih cepat dari yang kita jangka bagi sesetengah orang.Pada peringkat awal otot- otot kecil di bawah kulit mula mengeras .Pada masa ini kita akan terlihat garisan halus yang timbul.Garisan halus ini lama kelamaan menjadi garisan yang dalam dan sukar di padamkan oleh sapuan mekap tebal. Setelah itu pori- pori mula menjadi besar.Kulit yang dahulunya bertekstur halus akan mula terasa kasar.Pori pori yang besar mengeluarkan banyak peluh minyak dan lain – lain bahan kimia pada kulit menjadikan kulit cepat berbau. Pigmentasi turut muncul menyebabkan warna kulit menjadi tidak sekata dan berbintik – bintik.Ini menjadikan sapuan bedak turut tampak tidak sekata lagi. Pigmentasi yang besar turut memberi kesan penuaan kepada seseorang begitu juga keminculan skin tags yang berupa tahi lalat kecil yang tumbuh merata rata terutamanya sekitar wajah dan juga leher. Salur darah yang mula mengeras pada kulit juga menyebabkan ia timbul dan kleihatan membayangi kulit. Oleh kerana keseimbangan hormone yang tidak stabil rambut mula tumbuh pada wajah wanita berupa janggut dan misai.
Kehilangan kolagen dalam kulit menyebabkan wajah tampak jatuh kebawah kesan garis seperti ini menutup raut muka yang masam dan di landa stress.Senyuman juga sudah tidak menarik kerana kesan wajah yang jatuh kebawah. kesan gravity menarik lemak pada muka menyebabkan pengumpulan lemak yang banyak di bawah dagu .kesan -kejatuhan lemak turut menyebabkan perubahan pada bentuk wajah seseorang.Wajah yang dahulunya bujur tampak bulat dan lari bentuknya.Penuaan turut mewujudkan ruang kosong di bawah kulit yang kelihatan seperti
lekuk -lekuk di bawah mata ,di tepi pipi dan sebagainya.Kulit mata yang berkedut dan longgar menjadikan mata tampak kecil dan berlapis lapis.Kening jatuh kebawah dan di tarik oleh kulit kelopak mata yang begitu longgar.Kulit pada bibir yang kehilangan kolagen juga menjadikan rupa bentuk bibir mengecut. Bibir yang dahulunya munggil dan menawan menjadi hilang serinya. Dalam perubatan estetik dan anti penuaan kita mengambil kira semua factor bagi meningkatkan kecantikan seseorang .Pemeriksaan kadar hormone di buat bagi membolehkan hormone di tambah pada seseorang itu.Selain itu rawatan seperti laser yang mampu menstimulasikan kulit di buat bagi meninggikan kadar kolagen secara semulajadi. Sekiranya terdapat banyak kesan pigmentasi maka laser yang sesuai turut di gunakan bagi menghapuskannya.Kesan garisan halus dan dalam pula di hapuskan dengan suntikan Hyaluronic ataupun dengan menggunakan kolagen semulajadi yang di proses melalui darah pelanggan sendiri.Kaedah stem cell turut di aplikasikan bagi membolehkan sel -sel menjadi lebih muda. Kita juga mengaplikasikan teknik mengangkat muka seperti teknik serdev.Teknik ini selamat ringkas dan kesannya sangat memuaskan hati ia mengembalikan kedudukan muka terutamanya tulang pipi ke tempat asal mata pula di rawat dengan kaedah blepharoplasty iaitu kaedah memotong lebihan kulit dan menjahitnya dengan kemas semula pada atas mata. Selain mencantikkan mata ia menjadikan pengalihatan lebih jelas tanpa ganggguan kerana meningkatkan saiz bukaan mata. Saya juga gemar menggunakan teknologi rf terhadap pelanggan saya.Teknologi rf ini, menggunakan prinsip radiofrequency di mana ia menstimulasikan kulit jauh ke dalam bagi meninggikan kolagen ia perlu di lakukan berterusan bagi memastikan kolagen sentiasa terhasil di usia tua. Di dalam kerjaya saya ,saya bertemu dengan ramai pelanggan baik lelaki dan wanita. Kesimpulannya,semua orang mahu sentiasa tampak muda dan menawan.Tidak ada siap pun yang rela dirinya kelihatan tua,dan hodoh.Pada satu waktu kita menganggap penuaan kulit merupakan satu keadaan yang tidak boleh di rawat menjadi tua berkedut adalah takdir ilahi yang tidak mungkin boleh di tukar.Namun kini, tidak lagi sesiapa saja boleh kelihatan anggun dan muda semua jika dia menjalani rawatan yang betul .Teknologi sudah terhidang di hadapan mata dan ia merupakan hasil dari penyelidikan dan proses pembelajaran yang bukan sehari dua.Teknologi semakin berkembang sejajar dengan keperluan masa kini.Pada masa lalu usia lima puluhan di anggap usia emas dan terlalu tua namun dewasa ini mereka telah menyumbang kepada tenaga kerja dan masih aktif bekerja memberi manafaat kepada ekonomi negara dan kebijaksaan mereka menjadi contoh kepada yang muda.Justeru, itu rawatan anti aging dan estetik adalah wajar bagi kita dalam mengharungi hidup seharian. Cermin kita menjadi bukti bahawa keremajaan dan kemudaan adalah milik kita selama lamanya.Tiada lagi kesan yang merisaukan di pandang dan hal ini amatlah menggembirakan hati kita.
Leave a Reply
Want to join the discussion?Feel free to contribute!