Bahaya Diabetes

 

Diabetes dirujuk sebagai kencing manis, yang menggambarkan sekumpulan penyakit metabolik di mana orang yang mempunyai glukosa darah tinggi (gula darah), sama ada kerana pengeluaran insulin tidak mencukupi, atau kerana sel-sel badan yang tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin, atau kedua-duanya. Pesakit dengan gula darah tinggi biasanya akan mengalami polyuria (kerap membuang air kecil), mereka akan menjadi lebih dahaga (polydipsia) dan lapar (polyphagia). Kebanyakan makanan yang kita makan akan bertukar menjadi glukosa, atau gula. Kemudian, glukosa tersebut akan digunakan oleh badan sebagai tenaga. Pankreas, adalah organ yang terletak berhampiran perut. Ia akan menghasilkan hormon yang dipanggil insulin untuk membantu glukosa masuk ke dalam sel-sel badan kita. Apabila anda mempunyai diabetes, badan anda sama ada tidak membuat insulin yang cukup atau tidak boleh menggunakan insulin sendiri seperti yang sepatutnya. Ini akan menyebabkan gula terkumpul dalam darah. Diabetes boleh menyebabkan komplikasi kesihatan yang serius termasuklah penyakit jantung, buta, kegagalan buah pinggang, amputasi dan strok. Read more

Kebas

 

  • Kebas adalah keadaan di mana seseorang mengalami kekurangan  rasa (sensation).
  • Keadaan ini kebiasaannya berlaku disebabkan oleh irritasi saraf atau saraf periperi terhimpit.
  • Rasa kebas boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan dan cirinya bergantung kepada jenis dan lokasi saraf yang terlibat.
  • Rasa kebas lebih kerap dirasai pada hujung jari, tangan, tapak kaki, lengan atas dan kaki rasa kebas boleh disebabkan oleh keadaan berikut:
  • Kecederaan pada saraf akibat kemalangan.
  • Saraf periferi tertekan disebabkan oleh ‘herniated disc’ atau oleh osteophytes yang terbentuk akibat proses degeneratif.
  • Jangkitan pada saraf periferi seperti kayap
  • Penyakit-penyakit seperti diabetes, migraine, multiple sclerosis, epilepsi , strok dan hypothyroidism
  • Carpel Tunnel Syndrome (saraf Median tertekan di kawasan pergelangan tangan).
  • Berlakunya kekurangan vitamin dalam badan seperti kekurangan vitamin B12.
  • Kesan samping ubat, contohnya ubat penyakit tuberculosis seperti isoniazide.
  • Kerosakan saraf akibat bahan toksik seperti, pengambilan alkohol dan rokok.

Read more

Sakit Mata

Sakit mata ini juga di kenali sebagai konjunctivitis, penyakit ini ialah berlaku radang pada selaput luar biji mata (eyeball) dan juga berlaku di kelopak mata anda. Penyakit konjunctivitus ini adalah di sebabkan jangkitan virus dan kuman pada mata kita tanpa kita sama ada kita sadari atau pun tidak. Untuk pengetahuan anda juga sakit mata ini boleh berjangkit dan ia boleh berlaku pada semua usia tanpa kira muda atau pun yang lebih berumur, walau bagaimanapun penyakit ini lebih mudah berjangkit kepada kanak-kanak kerana kurang imun berbanding orang dewasa. Read more

Masalah Jeragat Dan Rawatan Nya.

 

 

Saya Zakiah berumur 48 tahun berasal daripada Klang, masalah saya ialah sejak kebelakangan ni muka saya mula dinaiki jeragat dan menjadi kusam.saya selalu keluar bekerja dan kena sinaran matahari tapi saya memakai krim tapi keadaan tetap sama dan tak berubah terhadap kulit muka saya.Kulit muka saya menjadi kusam dan tak berseri langsung seperti dulu.apa yang harus saya lakukan sekarang ni?Saya makin keliru dan risau terhadap muka saya. Read more

Senaman Tidur Lena

Senaman adalah satu lagi factor utama yang mampu meningkatkan kadar metabolism.Kita perlu ingat bahawa senaman yang di lakukan adalah bertujuan meningkatan kadar pemanasan tubuh dan bukan nya membentuk otot semata mata .Oleh kerana lemak lebih cenderung terbentuk pada perut ,peha dan belakang maka senaman yang baik ialah senaman yang menggunakan otot ini. Read more

Batuk

 

Batuk adalah runtunan pengecutan rongga toraks yang berlaku secara tiba-tiba dan biasanya berulang. Ia menyebabkan udara dikeluarkan dari paru-paru dengan kuat dan menyebabkan bunti yang tersendiri. Batuk merupakan refleks biasa yang bertujuan untuk melindungi dan membersihkan lubang nafas. Membatuk membersihkan bahan material rengsa (contohnya merokok atau habuk) dan kelebihan rembasan (sputum atau kahak) dari kerongkong kita, lubang nafas (saluran pernafasan) dan paru-paru. Read more

Kenali Jerawat Anda

Jerawat atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Acne Vulgaris. Ia terjadi apabila minyak ataupun sel – sel kulit yang telah mati menyumbat liang – liang kulit anda. Kulit akan mengalami beberapa perubahan seperti bintik putih dan/atau bintik hitam (jerawat ringan), jerawat dengan bintik putih dan/atau bintik hitam (jerawat sederhana) dan bengkak yang dalam dan menyakitkan di bahagian bawah kulit, sama ada bernanah atau tidak (jerawat yang teruk). Read more

Fokus Sihat

Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal di mana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang . Read more

Kembung Perut Bayi

Saya ada seorang anak yang berusia 1bulan.Masalah yang saya hadapi kini adalah anak saya sering
menangis selepas minum susu dan perut anak saya selalu kembung perut sedangkan saya beri susu
mengikut waktu yang telah ditetapkan.Adakah normal bagi bayi yang baru lahir sering kembung perut dan bagaimanakah tanda-tanda bayi yang mengalami masalah tersebut?Bagaimanakah cara yang patut saya lakukan untuk mengatasi masalah ini.?

Kembung Perut (COLIC)
Apa itu kembung perut (Colic)?

Kembung perut biasanya dikaitkan dengan bayi yang menangis disebabkan oleh sakit perut.
Diagnosa ditentukan berdasarkan ciri-ciri berikut:
 Bayi menangis berterusan atau kerap menangis buat masa yang lama tanpa sebab-sebab yang jelas.
 Masalah ini berlarutan selama 2-4 jam sehari untuk sekurang-kurangnya 5 hari seminggu dan selalunya bermula pada umur bayi 2-3 minggu dan beransur kurang/pulih apabila bayi mencapai umur 3-4 bulan.

Mengapakah sesetengah bayi mengalami kembung perut?
Sebab tidak diketahui. Beberapa teori termasuk :
1. Usus :
o Alah kepada protein susu lembu.
o Alah kepada laktosa.
o Usus belum matang. Pencernaan karbohidrat yang tidak sempurna akan menyebabkan kembung dengan angin yang berlebihan.
o Ketidakselesaan disebabkan "angin".
2. Biologi :
o Cara menyusu : kurang atau lebih menyusu dan kurang sendawakan bayi.
o Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandung atau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk kembung perut
3. Psikososial
o Ibu bapa yang tertekan.
4. Lain-lain
o Sistem saraf bayi yang belum matang menyebabkan ia lebih sensitif kepada faktor persekitaran.

Adakah ramai bayi yang mengalami masalah ini?
Dianggarkan 1 hingga 5 dalam 10 bayi mengalami kembung perut.

Apakah tanda-tanda bayi anda mengalami kembung perut?
Bayi akan selalunya :
 Menangis sekuat hati dalam jangka masa yang lama.
 Di ikuti menarik kedua belah kaki ditarik ke perut dan tangan dikepal.
 Tidak selalunya berkait dengan perut buncit, muntah, demam atau tanda- tanda penyakit yang lain
Adakah kembung perut akan menyebabkan masalah serius yang lain?
 Kebiasaannya bayi akan sihat dan boleh membesar dengan baik.
 Bagaimanapun, masalah ini mungkin boleh menyebabkan tekanan perasaan dan kebimbangan di kalangan ahli keluarga.
 Ibu bapa merasa kecewa dan risau melihat keadaan bayinya.
Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah ini?
 Tiada rawatan yang khusus. Keadaan ini akan pulih dengan sendiri apabila bayi berumur 3-4 bulan.

 Jika anak anda kembung perut :

1. Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek.
2. Selimutkan bayi sehingga selesa dan dodoikan dengan lemah lembut
3. Kurangkan bunyi bising
4. Bawa bayi anda bersiar-siar
5. JANGAN SEKALI-KALI MENGGONCANG BAYI ANDA
6. Jika ibu bapa merasa tertekan atau penat, cuba dapatkan bantuan orang lain untuk menjaga bayi dan ambil rehat yang secukupnya.

Dapatkan nasihat doktor jika :
 Tangisan bayi anda seperti di dalam kesakitan.
 Ada masalah lain seperti muntah, perut buncit, cirit-birit atau sembelit.
 Bayi anda demam
 Ibu bapa terlalu bimbang atau penat dan tidak boleh menangani masalah ini sendiri.

Apakah ubat yang boleh membantu?
 Tiada ubat yang berkesan untuk meredakan kembung perut.
 Anda boleh mencuba ubat untuk angin atau colic dan sejenis ubat bernama dimethicone untuk mengurangkan rasa kembung.

Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah ini?
Jika bayi anda menghisap susu botol:

 Amalkan teknik penyusuan yang betul, pastikan saiz puting yang sesuai dan sendawakan bayi anda di antara penyusuan.
 Cuba tukar susu contohnya susu soya selepas merujuk kepada doktor anda.
Jika bayi menyusu badan :
 Teruskan penyusuan susu ibu, tetapi ibu perlu mengelakkan makanan tertentu seperti kobis, broccoli, bunga kobis, kafein dan makanan yang dibuat dari susu lembu.

Peringatan:

 Kembung perut (colic) adalah masalah yang mencabar tetapi ia tidak menimbulkan kesan bahaya kepada bayi pada masa
akan datang. Diagnosa yang tepat adalah penting.
 Dapatkan nasihat doktor jika:
o Diagnosa tidak dapat dipastikan
o Adanya tanda-tanda penyakit serius yang lain.

Masalah Sembelit (Kanak-Kanak)

Assalamualaikum,saya Puan Mariam,berumur 30 tahun dan berasal dari Sungai Buloh, Selangor.Saya sudah mempunyai 2 orang anak.Masalah yang saya ingin kemukakan ialah mengenai anak bongsu saya Adam, anak saya berumur 2tahun sering mengalami kesukaran apabila mahu membuang air besar. Masalah ini menyebabkan anak saya selalu menangis dan tidak mahu bermain dengan kanak-kanak yang lain. Apakah factor dan bagaimanakah cara untuk saya mengetahui anak saya mengalami sembelit? Adakah masalah ini berbahaya kepada anak saya? Bagaimanakah cara mencegah keadaan ini dari terjadi lagi dan bagaimana pula untuk mengendalikan kanak-kanak yang mengalami sembelit? Read more