Smile Lift

Sesiapa sahaja boleh mendapat smile line dan keadaan ini tidak menyebabkan sebarang masalah kesihatan yang serius dan bukan tanda penuaan, walaupun penuaan boleh menjadikannya lebih ketara. Lipatan nasolabial atau smile line adalah kedutan pada kedua-dua belah mulut anda apabila anda tersenyum. Kadang kala  smile line ini memberi ‘gangguan’ pada kebanyakan wanita kerana selepas bersolek akan nampak kesan crack di sekitarnya. Kesannya makeup akan kelihatan tidak smooth dan cakey.

Smile line biasanya disebabkan oleh pengulangan pergerakan muka, termasuk mengerutkan dahi, tersenyum, ketawa, dan sebarang ekspresi muka yang lain.

Punca lain termasuk terdedah kepada cahaya matahari, penuaan, genetik, atau merokok.

NAK HILANGKAN SMILE LINE? CUBALAH RAWATAN SMILE LIFT

Anti-Gravity

TAHUKAH ANDA APA ITU ANTI GRAVITY?

Rawatan anti-gravity ini dicipta khas oleh Dr. Rushmini Maris. Ianya bertindak khusus memberikan penegangan pada bahagian bawah dagu dan menghilangkan kesan gelebeh pada pipi serta rahang. Tahukan anda salah satu punca kejatuhan lemak yang menyokong otot-otot muka adalah disebabkan tarikan graviti. Teknik ‘ Anti Graviti’ ini di lakukan dengan menggunakan benang kolagen jenis anti-gravity.

BAGAIMANAKAH RAWATAN ANTI-GRAVITY YANG DI LAKUKAN DI MARISSA?

Rawatan Anti-Gravity di Marissa sememangnya selamat. Ia di lalukan oleh doktor pakar yang berpengelaman serta bertauliah dan mengikut prosedur-prosedur yang betul. Rawatan ini menggunakan benang Anti-Gravity yang halus yang dimasukkan ke bawah lapisan kulit. Sememangnya ia berbeza dengan rawatan di klinik estetik yang lain. Ia merupakan benang yang sangat hebat kerana mampu menarik dan mencengkam kembali kulit dan lemak yang jatuh.

APAKAH KELEBIHAN RAWATAN ANTI-GRAVITY?

  • Tidak menyakitkan dan hasil yang baik
  • Terbukti berkesan dari testimoni para pelanggan
  • Meremajakan kulit dengan meransang pengaktifan kolagen baru
  • Selamat dan Selepas rawatan tiada kesan bengkak yang ketara
  • Membentuk penampilan dan imej badan seseorang
  • Meningkatkan keyakinan diri dan imej badan yang lebih baik
  • Menegangkan kulit yang kendur dan berkedut
  • Mengurangkan lemak-lemak terkumpul yang berlebihan di bawah kulit

Eyebag

KELOPAK MATA merupakan PERMATA yang menyerlahkan kecantikan seseorang. Apabila kelopak mata layu, kendur seseorang akan tampak tua dan lesu. Tambahan pula bila lemak berkumpul di bawah mata membentuk kantung (eye bag). Adakah anda tergolong dalam kategori ini? Adakah anda mencari solusi bagi menghapuskan eyebag?

TERDAPAT 3 JENIS RAWATAN DI MARISSA

KAEDAH LASER 

 Menggunakan kaedah fibreoptik laser yang dipancarkan ke bawah kulit dan mampu memecahkan lemak.

RAWATAN TANPA PEMBEDAHAN

Pengisi dermal biasanya merupakan rawatan pilihan untuk menghapuskan beg mata tanpa pembedahan. Pengisi dermal adalah gel yang terdiri daripada bahan yang dipanggil asid hyaluronik.

KAEDAH BLEPHAROPLASTY

 Blepharoplasty adalah kaedah untuk membuang eyebag secara kekal dan kelopak mata dibentukkan semula.
Terdapat dua jenis blepharoplasty iaitu blepharo eyelids (bertujuan membentuk lipatan kelopak mata) dan blepharo eye baggy (bertujuan menghilangkan kantung mata dan kedutan bawah mata). Lebihan kulit dan jaringan lemak di kelopak mata (eyelid) atau kantung mata (eyebag)  akan dibuang. Eyelid atau eyebag yang dirawat akan beransur ansur pulih selama 2 minggu setelah rawatan dijalankan. Hasil blepharoplasty akan bertahan 5 hingga 7 tahun tergantung dengan gaya hidup seseorang.

KELEBIHAN RAWATAN

  • TIDAK MENYAKITKAN
  • TIDAK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN
  • HASIL BAIK, BERKUALITI TINGGI & CEPAT
  • TIADA KESAN SAMPINGAN
  • BOLEH PERGI BEKERJA SEPERTI BIASA SEJURUS MENJALANI RAWATAN

Serdev

Rawatan Marissa Serdev

Pernahkah mendengar rawatan serdev ?

Teknik serdev dicipta oleh seorang pakar berbangsa Bulgaria bernama Dr Nicholay Serdev. Teknik ini menggunakan benang khas bagi mengangkat wajah. Hasilnya wajah akan menjadi lebih tegang dan tampak jauh lebih muda dari usia asal seseorang. Dengan teknik serdev ini seseorang tidak perlu tinggal di hospital dan menjalani pembedahan yang meninggalkan parut kerana ia mengangkat wajah dengan teknik khas melalui lubang yang sangat kecil.

Kesan teknik serdev dapat dilihat dengan serta merta dan hasilnya bertahan sehingga sepuluh tahun. Doktor terlatih mengambil masa selama sejam untuk melakukan rawatan teknik Serdev ini. Berbeza dengan rawatan lain, teknik Serdev ini tidak menyakitkan.

Ia tidak memerlukan masa yang panjang dan tidak memerlukan pembedahan. Hasilnya amat memuaskan, Ia boleh digunakan untuk mengangkat kening, pipi dan juga menegangkan kawasan rahang. Rawatan ini juga dicipta untuk mengurangkan wajah dan bahagian-bahagian badan yang kendur.

Selain itu, teknik Serdev juga digunakan untuk membantu memperkecil dan membentuk anggota yang dikehendaki. Selepas melakukan rawatan ini, pelanggan akan mendapatkan wajah yang tegang dan mantap tanpa perlu tinggal lama di wad. Mengambil masa selama sepuluh minit hingga setengah jam (bergantung bahagian anggota badan), pelanggan tidak akan berasa sakit. Kaedah kecantikan terkini ini sangat ringkas kerana hanya menggunakan benang kolagen. Mungkin bagi anda ia pelik kerana kebiasaannya prosedur ini digunakan untuk menjahit butang baju. Tidak perlu khuatir kerana teknik ini dijamin selamat, berkualiti, berkesan, tiada kesan sampingan, tidak kelihatan kesan teknik berkenaan. Produk yang digunakan juga halal kerana ia berasaskan tumbuh tumbuhan.

Jika anda tidak mempunyai masa yang panjang untuk melakukan rawatan kecantikan, anda boleh mencuba rawatan ini yang sangat ringkas. Rawatan yang hanya beberapa minit ini membuatkan wajah anda tegang tanpa disedari oleh orang lain.

Benang yang tertinggal di dalam kulit (galeal), hujungnya yang terkeluar akan ditarik 45 darjah kemudian diikat. Kaedah yang sama akan dilakukan kepada bahagian kening di sebelah lagi. Hasil tarikan 45 darjah itu akan mengangkat kulit wajah dan galeal sehingga menjadikan wajah lebih tegang, menaik dan menirus di bahagian dagu. Jarum benang tidak akan kelihatan apabila bahagian hujung yang diikat akan digunting. Benang akan tertarik ke dalam dan menyerap ke dalam kulit dalam tempoh dua minggu serta kekal di dalamnya.

ATASI KEDUTAN, KETAHUI RAHSIA TAMPIL LEBIH MUDA 10 TAHUN DARIPADA USIA SEBENAR

  • Mengurangkan lemak-lemak terkumpul yang berlebihan dibawah kulit
  • Meremajakan kulit dengan merangsang pengaktifan kolagen baru
  • Tiada parut yang merosakkan kulit
  • Menegangkan kulit yang kendur dan berkedut

Pigmentasi

Semakin meningkat usia seseorang, semakin banyak masalah kulit yang akan datang. Kebanyakkan masalah kulit yang sering terjadi adalah masalah jeragat atau dikatakan sebagai pigmentasi. Dianggarkan sebanyak 80 peratus wanita Asia menghadapi masalah jeragat yang biasanya kerap muncul di kawasan wajah seperti pipi, hidung dan dahi.

PIGMENTASI?

Pigmentasi kulit ialah keadaan di mana tona pada kulit tidak sekata sama ada tona cerah (hipopigmentasi) atau tona gelap (hiperpigmentasi). Antara punca munculnya pigmentasi ialah terdedah dengan cahaya matahari iaitu sinar UV, pengambilan ubat-ubatan, kekurangan vitamin A dan C. Kekurangan asid lemak pada kulit juga boleh menjadi punca. Ia juga boleh menyebabkan penyakit kulit seperti masalah ekzema. Kebiasaannya pigmentasi menyerang wanita pertengahan umur seperti 40 tahun ke atas. Tetapi tidak mustahil golongan awal 20-an juga berdepan dengan masalah ini berikutan jeragat juga berpunca daripada faktor genetik

KELEBIHAN RAWATAN PIGMENTASI DI MARISSA

  • Proses rawatan selamat dan dijalankan oleh konsultan yang berpengalaman
  • Kaedah laser yang tidak membakar sel kulit
  • Kaedah laser yang tidak menyakitkan
  • Hasil boleh mula dilihat selepas sekali rawatan sahaja

Bisul

Bisul adalah satu masalah kulit yang sering berlaku kapada kita, bisul ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia sama ada kanak-kanak mahupun dewasa. Ini kerana bisul ini merupakan kumpulan nanah yang terkumpul di dalam rongga yang terbentuk oleh tisu akibat proses jangkitan biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria mahupun parasit atau sebarang bahan asing contohnya luka tikaman dan tembakan. Ia merupakan sisitem ketahanan diri tisu untuk menghalang penyebaran bahan berjangkit kepada bahagian lain. Untuk pengetahuan anda, bisul selalunya bermula dengan ketulan merah yang bengkak berisi nanah, kemudian membesar dan menjadi lebih sakit sehinggalah ia pecah dan nanah akan mengalir keluar. Bisul akan hilang beberapa hari, kebanyakannya mengambil masa selama dua minggu untuk benar-benar sembuh. Read more

Antioksidan

Antioksidan dapat didefinisikan sebagai satu zat yang dapat menghambat atau melambatkan proses oksidasi. Oksidasi adalah sejenis reaksi kimia yang menghantar elektron atau hidrogen daripada sesuatu bahan kepada agen pengoksidaan. Reaksi pengoksidaan boleh menghasilkan radikal bebas. Radikal bebas ini seterusnya akan memulakan reaksi berantai. Apabila reaksi berantai ini berlaku dalam sel, ia akan menyebabkan kerosakkan sel atau menyebabkan sel mati. Read more

Selenium

Selenium adalah mineral yang dijumpai dalam tanah. Selenium secara semulajadinya terdapat dalam air dan sesetengah jenis makanan. Selenium wujud dalam dua bentuk iaitu organik (selenomethionine dan selenocysteine) dan bukan organik (selenate dan selenite). Jumlah selenium dalam makanan bergantung kepada lokasi dan keadaan tanah. Walaupun manusia hanya memerlukan sedikit selenium dalam tubuh, ia sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting dalam proses metabolisma tubuh. Read more

Gout

Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun, namun Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid. Read more

Sembelit

Sembelit ialah keadaan dimana kekerapan membuang air besar menjadi kurang atau kesukaran membuang air besar. Sembelit boleh terjadi jika kurang membuang air besar 3 kali seminggu. Sembelit bukanlah satu penyakit tetapi hanyalah satu tanda (symptom). Orang yang sembelit juga merasa sakit perut dan mengalami angina (sendawa dan kentut). Biasanya perempuan, budak kecik, orang tua (melebihi 60 tahun) lebih kerap mengalami
sembelit. Read more