Entries by ainmarissa

Bisul

Bisul adalah satu masalah kulit yang sering berlaku kapada kita, bisul ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia sama ada kanak-kanak mahupun dewasa. Ini kerana bisul ini merupakan kumpulan nanah yang terkumpul di dalam rongga yang terbentuk oleh tisu akibat proses jangkitan biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria mahupun parasit atau sebarang bahan asing contohnya luka tikaman dan […]

Antioksidan

Antioksidan dapat didefinisikan sebagai satu zat yang dapat menghambat atau melambatkan proses oksidasi. Oksidasi adalah sejenis reaksi kimia yang menghantar elektron atau hidrogen daripada sesuatu bahan kepada agen pengoksidaan. Reaksi pengoksidaan boleh menghasilkan radikal bebas. Radikal bebas ini seterusnya akan memulakan reaksi berantai. Apabila reaksi berantai ini berlaku dalam sel, ia akan menyebabkan kerosakkan sel atau menyebabkan sel mati.

Selenium

Selenium adalah mineral yang dijumpai dalam tanah. Selenium secara semulajadinya terdapat dalam air dan sesetengah jenis makanan. Selenium wujud dalam dua bentuk iaitu organik (selenomethionine dan selenocysteine) dan bukan organik (selenate dan selenite). Jumlah selenium dalam makanan bergantung kepada lokasi dan keadaan tanah. Walaupun manusia hanya memerlukan sedikit selenium dalam tubuh, ia sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting dalam […]

Gout

Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun, namun Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

Sembelit

Sembelit ialah keadaan dimana kekerapan membuang air besar menjadi kurang atau kesukaran membuang air besar. Sembelit boleh terjadi jika kurang membuang air besar 3 kali seminggu. Sembelit bukanlah satu penyakit tetapi hanyalah satu tanda (symptom). Orang yang sembelit juga merasa sakit perut dan mengalami angina (sendawa dan kentut). Biasanya perempuan, budak kecik, orang tua (melebihi 60 tahun) lebih kerap […]

Sakit Dada

Dada meliputi sebahagian besar badan kita dan terdapat banyak kawasan di situ, ia juga mengandungi sebahagian besar organ-organ penting badan kita. Organ-organ ini penting dalam badan kita, dilindungi oleh tulang rusuk kita kerana mereka adalah lembut dan halus dan boleh rosak dengan mudah, jadi adalah perkara biasa untuk berasa cemas pada permulaan sakit dada.Orang ramai perlu pandai membezakan antara serangan […]

Pedih Ulu Hati

Assalamualaikum, saya muhammad hakim hafiz, berumur dalam linkungan 20 tahun, menetap di Johor dan sekarang berkerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Saya sering mengalami masalah pedih ulu hati. Apakah masalah ini merbahaya? Apakah tanda dan gejala masalah ini dan apakah komplikasi yang akan saya dapat jika lambat mendapat rawatan? Saya khuatir […]

12 Sakit Sendi

Sendi-sendi berfungsi untuk melicinkan pergerakan diantara pertemuan dua tulang, Sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan tanpa mengira umur. Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakan. Sakit sendi terjadi di kalangan semua lapisan umur. […]

Kaedah Mencantikkan Wajah

Rawatan untuk mencantikkan kulit wajah Kulit dan juga tisu dalam badan melalui proses pembentukan semula sepanjang kitaran hidup kita. Walau bagaimanapun, apabila usia kita semakin meningkat , keupayaan pembaikan semula tisu kulit akan berkurangan disebabkan oleh perubahan dalam komposisi dan struktur tisu penghubung. Komponen paling banyak dan penting dalam kulit adalah kolagen, iaitu sejenis protein yang bertanggungjawab untuk keanjalan […]

Vertigo

Penyebab vertigo. Vertigo adalah gangguan keseimbangan yang berlaku di telinga dalam supaya penghidap vertigo berasa pening atau ruang di sekelilingnya terasa berputar atau terapung. Vertigo menunjukkan bahawa terdapat ketidakseimbangan dalam nada vestibular. Ketidakseimbangan nada vestibular boleh berlaku kerana kehilangan input periferi disebabkan kerosakan pada labirin dan saraf vestibular atau boleh disebabkan oleh kerosakan sepihak daripada […]