KETAHUI PERATUSAN LEMAK MELALUI 3D BODY SCAN ANALYSIS
Kelebihan 3D Body Scan Analysis
- Mengetahui Komposisi Badan Anda
- Menentukan Peratusan Lemak Badan
- Mengetahui BMI Yang Sesuai Untuk Dapatkan Berat Badan Yang Ideal
- Mengetahui Jumlah Kalori yang Diperlukan Untuk Aktiviti Seharian
- Mengetahui Suis Metabolik Yang Ada Di Dalam Badan

Apakah 3D Body Scan Analysis?
Body analisis adalah salah satu method yang di gunakan untuk mengukur komposisi badan. Komposisi badan sangat penting untuk menentukan peratusan lemak, peratusan tulang dan otot dalam badan manusia.
Analisis komposisi badan adalah sangat penting untuk mereka yang ingin mendapatkan bentuk tubuh yang ideal. Komposisi bentuk badan yang lebih sihat bermaksud peningkatan peratusan otot berbanding kandungan peratusan lemak yang terkumpul dalam badan.
ADAKAH BERAT ANDA DALAM RANGE YANG NORMAL ?
Analisis komposisi badan akan menentukan jisim badan tanpa lemak dalam badan seseorang individu.
Seorang wanita yang normal akan mempunyai jisim badan tanpa lemak antara 79% hingga 86% daripada berat badan mereka. Wanita normal yang berumur antara 30 hingga 50 tahun mempunyai jisim badan di antara 77% hingga 85% daripada jumlah keseluruhan jisim badan mereka. Manakala wanita yang berumur lebih daripada 50 tahun pula mempunyai jisim badan diantara 75% dan 84% daripada jumlah jisim badan mereka .
Untuk seorang lelaki yang normal, jisim badan tanpa lemak adalah di antara 85% hingga 91% dari berat badan mereka. Lelaki yang berumur antara 30 tahun hingga 50 tahun pula mempunyai jisim badan di antara 83% dan 89% dari berat badan mereka. Dan lelaki yang berusia lebih dari 50 tahun akan mempunyai jisim badan yang tidak seimbang antara 81% hingga 88% daripada jumlah jisim badan mereka.
SIAPAKAH YANG PERLU MENJALANI BODY ANALISIS?
- Sudah berdiet bertahun tahun tapi tetap gemuk
- Makan sedikit tapi berat badan naik
- Memilih makanan kurang kalori tapi tetap gemuk
- Cuba bersenam tapi tidak mampu bertahan
- Merasa stress dan keletihan
- Pergerakan terasa perlahan
- Badan cepat lesu dan letih
