Mengangkat Kembali Kejatuhan Otot Wajah, Menjadikan Wajah Tampil Tegang Dan Tidak Lagi Kendur

Apabila berlaku peningkatan usia, kulit wajah mula kehilangan keanjalan dalam epidermis dan membran SMAS. SMAS (sistem aponeurotik otot dangkal) adalah lapisan tisu jauh di dalam kulit dan tisu subkutaneus. Ini adalah salah satu struktur sokongan yang paling penting untuk wajah. Dengan penuaan, jumlah lemak muka berkurangan, dan terdapat kurang tisu sokongan untuk menyokong keanjalan normal kulit.

Rahsia Teknik Serdev SMAS Lift Membantu Mengangkat Wajah Yang Jatuh
Teknik ini menggunakan benang khas (juga dipanggil benang kolagen) bagi mengangkat wajah. Hasilnya wajah akan menjadi lebih tegang dan tampak jauh lebih muda dari usia asal seseorang. Dengan teknik Serdev ini seseorang tidak perlu tinggal di hospital dan menjalani pembedahan yang meninggalkan parut kerana ia mengangkat wajah dengan teknik khas melalui lubang yang sangat kecil.

Benang akan dimasukkan bawah kulit. Benang yang tertinggal di dalam kulit (galeal), hujungnya yang terkeluar akan ditarik 45 darjah kemudian diikat. Kaedah yang sama akan dilakukan kepada bahagian kening di sebelah lagi. Hasil tarikan 45 darjah itu akan mengangkat kulit wajah dan galeal sehingga menjadikan wajah lebih tegang, menaik dan menirus di bahagian dagu. Jarum benang tidak akan kelihatan apabila bahagian hujung yang diikat akan digunting. Benang akan tertarik ke dalam dan menyerap ke dalam kulit dalam tempoh dua minggu serta kekal di dalamnya.
Semasa prosedur, otot diketatkan, kulit dan lemak yang berlebihan dikeluarkan untuk menangani tanda-tanda penuaan berikut:
- Pipi Cengkung
- Kendur di Bahagian Tengah Muka
- Lemak Pipi Kendur
- Lipatan Nasolabial (garisan memanjang dari hidung ke sudut mulut)
- Kulit Gelebeh dan Lemak pada Dagu dan Rahang
Kesan Dapat Dilihat Dengan Serta Merta
Kesan teknik Serdev SMAS Lift dapat dilihat dengan serta-merta dan hasilnya bertahan sehingga sepuluh tahun. Doktor terlatih Marissa mengambil masa selama lebih kurang sejam untuk melakukan rawatan teknik Serdev SMAS Lift ini. Berbeza dengan rawatan lain, teknik Serdev SMAS Lift ini tidak menyakitkan.
Ia tidak memerlukan masa yang panjang dan tidak memerlukan pembedahan. Hasilnya amat memuaskan. Ia boleh digunakan untuk mengangkat kening, pipi dan juga menegangkan kawasan rahang. Rawatan ini juga dicipta untuk mengurangkan kenduran di wajah dan bahagian-bahagian badan yang menggeleber.

TESTIMONI YANG TELAH BERJAYA!




