You are currently viewing Ulser Mulut

Ulser Mulut

Bagaimana nak hilangkan ulser mulut ni? Sakit betul-betul punya sakit, nak makan pun susah apatah lagi nak mengunyah makanan.. Tolonglah saya!! Lela daripada Serdang.
JAWAPAN : ►Ulser merupakan tompokan putih atau kuning dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan disekelilingnya. ►Ulser ini mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan. ►Ulser mulut sebenarnya merupakan tindak balas terhadap jangkitan bacteria, virus, atau fungus. ►Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur. ►Selain jangkitan bacteria atau fungus, ulser juga boleh disebabkan kerana kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah, tercucuk benda yang tajam. ►Ulser juga terjadi akibat kekurangan zat makanan, tekanan, kurang rehat atau keadaan mulut yang kotor. ►Rasa sakit akibat ulser ini akan menyebabkan anda berasa hilang selera untuk mengambil makanan atau minuman panas, ia juga akan menyukarkan pertuturan anda. TANDA-TANDA ULSER : ►Rasa membakar di dalam mulut ►Kesakitan ►Kawasan yang terkena jangkitan atau cedera berwarna merah dan membengkak ►Ketidakselesaan yang berpanjangan ►Hilang selera makan ►Rasa sakit apabila anda sedang mengosok gigi dan sukar untuk membuka mulut ►Pedih dan sakit terutama apabila anda sedang mengunyah makanan pedas, masin atau panas ►Demam RAWATAN DAN PENCEGAHAN : ►Minum air yang secukupnya ►Jangan minum air yang berasid ►Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik ►Kurangkan makanan pedas dan berempah ►Letakkan sedikit ais di tempat luka untuk melegakan sakit ►Amalkan tabiat menjaga mulut dan gigi berada pada tahap kesihatan yang baik ►Makan makanan yang lembut ►Sapukan gel analgesic atau gel penahan sakit ►Mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang, pastikan anda cukup mengambil vitamin B12 dan vitamin C. Jika ulser mulut tidak sembuh dan ianya semakin merebak dalam masa kurang 3 minggu, segeralah berjumpa dokor kerana mungkin ulser mulut yang lambat sembuh adalah tanda-tanda awal anda sedang menghidap barah mulut. Rawatan lanjut harus dilakukan apabila ulser yang dialami agak besar dari saiz biasa iaitu 2mm, ulser berdarah dan tidak sembuh dalam masa 3 minggu.

Leave a Reply