Soal Jawab Bersama Dr RushminiCategory: Pori-PoriSaya takde jerawat tapi ada pori-pori besar
drrushadmin Staff asked 11 months ago

Salam, saya igin mendapatkan nasihat doktor tentang masalah yang saya alami. Pori-pori pada wajah saya kelihatan sangat jelas dan ia membuatkan kulit wajah saya kelihatan berbintik-bintik. Untuk pengetahuan doktor, saya tidak mengalami sebarang masalah jerawat pada kulit wajah, cuma pori-pori yang kelihatan sangat ketara. Apakah langkah yang harus saya ambil untuk mengecilkan pori-pori diwajah saya? – Siti Zainab 21, Selangor

1 Answers
drrushadmin Staff answered 11 months ago

Puan,
 
Hormon adrenal sangat mustahak bagi kecantikan kulit seseorang. Hormon ini dikeluarkan oleh kelenjar adrenal kita yang terletak pada buah pinggang. Kelenjar adrenal adalah kelenjar kecil yang terdiri daripada dua bahagian iaitu kortex dan medulla. Kedua-dua bahagian menghasilkan hormon yang berbeza. Kortisol iaitu hormon dari adrenal merupakan elemen penting dalam kecantikan. Ia juga mustahak bagi pembentukan badan yang cantik dan seimbang.
 
Seseorang yang kurang hormon kortisol akan mempunyai masalah jerawat, pigmentasi, resdung, gatal-gatal dan juga noda putih yang sukar dirawat meskipun dengan pelbagai kaedah rawatan muka. Rawatan yang hanya memfokuskan pada kulit sahaja tanpa mengambil kira hormon dalam tubuh kita tidak mungkin memberikan hasil yang kekal pada jangkamasa panjang. Ini kerana sekiranya kelenjar hormon yang tidak dirawat sudah menghasilkan hormon pada tahap rendah, masalah yang dihadapi akan berulang. Jadi demi mendapatkan hasil yang terbaik kita perlu meningkatkan paras kortisol juga.
 
Saya dapati rawatan laser dan peningkatan kualiti kulit perlulah disekalikan dengan rawatan peningkatan hormon dalam tubuh. Bintik-bintik putih adalah radang pada kulit. Ia terjadi apabila kelenjar sebum menghasilkan terlalu banyak sebum. Kekurangan hormon kortisol menyebabkan kulit menjadi terlalu sensitif. Proses keradangan membuatkan kulit rasa gatal dan tidak selesa. Bintik-bintik putih pada hidung dan dahi membuatkan pori-pori kulit kita terbuka dan kulit tampak kasar. Bila dipicit bintik-bintik keluar sebagaimana nanah, berbau dan membuatkan sesorang itu tidak selesa. Bagi memperolehi kulit mulus, kita juga harus menitikberatkan faktor mencukupkan hormon dalam badan.
 
Setelah hormon ditingkatkan, bintik-bintik putih tidak lagi terjadi dan keradangan pula mula hilang. Kulit juga tidak berbau busuk lagi. Masalah kekurangan kortisol boleh berlaku kepada seseorang yang gemuk atau kurus. Jelas di sini faktor berat badan atau saiz badan tidak memainkan peranan dalam menentukan kualiti kulit seseorang.
 
Seseorang yang terlalu kurus apabila kortisol ditambah akan berubah menjadi lebih berisi dan mendapat bentuk badan yang lebih menarik. Seseorang yang terlalu gemuk pula apabila kortisol ditambah akan mula mendapat penurunan berat badan yang seimbang dan berubah menjadi lebih cantik. Jelaslah bagi kita bahawa kepentingan hormon kortisol tidak boleh dipertikaikan lagi.