Soal Jawab Bersama Dr RushminiCategory: PelangsinganSaya dah cuba diet tapi tak turun berat
drrushadmin Staff asked 1 year ago

Salam DOKTOR. Saya mengalami masalah berat badan. Berat saya hampir mencecah 90kg. Doktor menasihatkan saya untuk menurunkan berat badan setelah saya disahkan menghidap diabetes. Saya mula menjalankan rutin diet dan senaman sebulan lalu. Pada minggu pertama saya kurangkan kalori dengan berpuasa berat mula menurun. Tapi kenapa selepas minggu kedua, berat tak turun bahkan semakin meningkat. Ini yang membuat saya hilang semangat untuk berdiet. Boleh doktor terangkan keadaan ini?

– Pn. Shila (36), Kulim

1 Answers
drrushadmin Staff answered 1 year ago

Hai Puan 🙂

Obesiti bermaksud keadaan berat badan berlebihan atau overweight. Kecantikan bagi seorang wanita merupakan aset yang sangat penting. Setiap wanita mahu mengekalkan kejelitaannya untuk sepanjang hayat namun ramai tidak dapat berbuat demikian kerana dilanda obesiti.

Overweight berpunca daripada lebihan lemak yang terhasil akibat ketidakseimbangan antara kalori yang diambil dengan kalori yang digunakan. Maknanya seseorang makan makanan yang lebih banyak kalori daripada kalori yang digunakan. Lebihan kalori akan ditukar oleh badan dalam bentuk lemak yang tersimpan sedikit demi sedikit sehingga menjadi berbukit-bukit dan dan empunya badan menjadi gemuk gedempol.

Memahami konsep kalori

Kalori iaitu tenaga yang tersimpan dalam makanan ditukar menjadi lemak dan lemak sebegini sukar digunakan semula menjadi tenaga. Lemak tersimpan hanya akan digunakan apabila tubuh mengalami kurang kalori. Jika kalori yang diambil sudah cukup, tubuh kita akan menggunakan tenaga segera itu tanpa menjejaskan jumlah tenaga tersimpan. Oleh kerana gaya hidup masa kini, amat mudah kita hanya melakukan aktiviti ringan dianggarkan kita mengenyahkan 2,100 kalori setiap hari.

Contohnya jika anda bermain tenis pada Isnin, maka anda boleh memilih makanan dalam jumlah kalori yang agak tinggi pada hari tersebut. Manakala jika anda tiada aktiviti yang menggunakan tenaga, maka anda harus mengurangkan jumlah kalori yang diambil. Anda boleh makan apa sahaja asalkan tidak melebihi jumlah kalori yang diperlukan. Tidak perlu hanya makan salad kerana banyak lagi makanan lain yang rendah kalori. Pastikan diet anda mengandungi semua kelas makanan seperti sayur, roti, nasi, ikan, daging dan ikan.

Elakkan gula dalam minuman kerana ia mengandungi kalori semata-mata tanpa zat makanan yang lain. Anda perlu kreatif dalam menentukan sajian agar waktu makan menjadi indah meskipun makanan yang dinikmati rendah kalorinya.

Panduan

Jika anda menggunakan 4,000 kalori bagi aktiviti harian maka ambillah makanan sebanyak 2,000 kalori. Ketidakseimbangan begini akan menyebabkan berat badan anda menurun. Begitu juga jika anda perlu menaikkan sedikit berat badan. Nilai kalori haruslah dinaikkan jika anda berhasrat meningkatkan lagi berat badan anda.