Soal Jawab Bersama Dr RushminiCategory: Kulit KendurMasalah kulit kendur di bawah pipi
drrushadmin Staff asked 1 year ago

Doc,
 
Nama saya Salmah, berusia 50 tahun. Saya mempunyai masalah kulit kendur di bawah pipi. Selain itu, kedutan pada dahi dan smile line saya juga makin ketara. Saya juga mempunyai masalah lebam bawah mata. Pernah sekali anak saya mengatakan lebam bawah mata saya kelihatan seperti panda. Saya sangat sedih, doktor. Bila keluar bersama kawan-kawan, saya hilang keyakinan diri. Mereka yang seusia masih lagi nampak ayu bagai anak dara. Kadang-kadang saya kemurungan bila memikirkan masalah saya ini. Saya susah nak melelapkan mata pada waktu malam. Kadang-kadang suami pun tegur muka saya nampak sangat tua. Saya sedih doc, bila suami cakap macam tu. Boleh ke masalah saya ni di rawat? – Puan Salmah, 50 tahun. (Selangor)

1 Answers
drrushadmin Staff answered 1 year ago

Hai Puan,

Saya sering ditanya bagaimana cara bagi mendapatkan bentuk wajah yang sempurna apabila usia meningkat. Sememangnya diakui peningkatan usia menyebabkan permasalahan kulit yang melendut menjadikan kita kehilangan simetri wajah yang asal. Apa yang terjadi adalah disebabkan kejatuhan lemak pada muka dan kehilangan kolagen semulajadi.Ini menimbulkan masalah yang dikenali sebagai fat jowls iaitu keadaan di mana lemak jatuh di bawah pipi.

Fat jowls yang terjadi meski pun tidak ketara seperti kedutan dan pigmentasi tetap menjadi satu fenomena yang menghodohkan. Wajah serta merta tampak tua dan riak wajah seolah-olah muram dan tertekan. Kehadiran fat jowls menimbulkan kesan penuaan wajah yang ketara dan sukar disembunyikan dengan kosmetik. Kehadiran lemak pada kawasan rahang sebegini membuatkan wajah tampak kendur. Lemak yang berkumpul semakin lama semakin banyak menjadikan wajah dipenuhi garis-garis penuaan. Muka kita disokong oleh struktur tulang yang nipis.

Tengkorak kita mempunyai struktur keras hanya pada bahagian kepala. Pada bahagian muka ia merupakan struktur tulang nipis yang berupa tulang cribriform. Tulang ini mempunyai lubang-lubang halus yang sangat banyak. Bahkan keseluruhan permukaannya mempunyai lubang lubang. Apabila salur lymphatic tersumbat maka sel-sel lemak akan terperangkap dan tidak dapat bergerak. Lemak cair bergerak di dalam saluran lymphatic iaitu sistem pergerakan lemak yang penting dalam tubuh badan kita. Apabila salurannya tersumbat maka lemak akan berkumpul pada muka menyebabkan muka tampak berat dan melendut ke bawah.

Selain itu, tindakan graviti menjadikan masalah ini semakin ketara. Kehilangan kolagen membuatkan kulit tidak membaluti muka dengan baik. Ini membuatkan kulit kita mengendur. Ia juga menyumbang kepada pembentukan fat jowls yang menghodohkan. Keadaan ini juga menyebabkan gangguan pada hormon menjadikan seseorang itu keletihan dan mudah murung. Masalah puan dapat di rawat dengan beberapa rawatan moden seperti rawatan benang kolagen, rawatan serdev, atau botox.

Seeloknya puan segera berjumpa pakar bagi mendapatkan khidmat nasihat secara lebih lanjut bagi merawat masalah puan ini kerana jika dibiarkan semakin lama, keadaan akan menjadi semakin serius.