Soal Jawab Bersama Dr RushminiCategory: JerawatMasalah kulit berjerawat dan berminyak melampau
drrushadmin Staff asked 11 months ago

Salam doc,

Saya mempunyai masalah kulit berjerawat dan berminyak. Kulit saya juga nampak kusam. Saya pernah mencuba pelbagai jenis produk untuk mengatasi masalah saya, namun kulit saya tetap berminyak. Apatah lagi saya berkerja di bawah penghawa dingin, make-up yang saya gunakan cepat luntur dan juga cepat berminyak. Apakah penyelesaian bagi masalah saya ini?

TQ ye..

Isha – Penang

1 Answers
drrushadmin Staff answered 11 months ago

Hi Isha,
Masalah kulit seperti jerawat, parut lama disebabkan jerawat, kulit kusam, berminyak dan tidak sekata merupakan masalah yang tidak asing lagi. Ada yang mengalami masalah ini sewaktu di usia remaja dan ada juga yang mengalami masalah ini apabila usia meningkat 30an.
Seorang sahabat saya, pernah mengendalikan kes seperti ini. Keadaan menyebabkan individu tersebut menjadi murung dan enggan keluar rumah kerana wajahnya berjerawat. Melalui kes ini kita dapat lihat bahawa masalah ini boleh menjejaskan keyakinan diri sesesorang. Rawatan untuk mencegah masalah ini adalah dengan pengambilan antibiotik, pil hormon atau Isotretinoin. Selain itu, amalan kebersihan dan rawatan muka dan facial secara berkala mestilah di lakukan bagi mengekakalkan keseimbangan PH dan kolagen kulit.
Rawatan facial microdermabrasion sangat berkesan kerana menyebabkan pengeringan kelenjar sebum. Rawatan itu menjadikan kulit tidak berminyak dan mengurangkan jerawat dengan berkesan. Selain menjadikan kulit licin dan berseri, rawatan facial microdermabrasion juga selamat dan tidak menyakitkan.
Selain itu, individu tersebut juga hendaklah mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa ubat-ubatan atau pil hormon kerana pengambilan oral yang lama, pengumpulan ubat ini di dalam badan boleh menimbulkan kesan sampingan sistemik seperti gangguan hati, kemurungan, kekeringan kulit dan bibir dan gangguan penglihatan malam. Bagi wanita ia boleh menyebabkan kecacatan janin jika ubat ini diambil waktu mengandung.