Soal Jawab Bersama Dr RushminiCategory: PelangsinganKurus tapi ada masalah selulit
drrushadmin Staff asked 1 year ago

Assalamualaikum, saya Zalia dari Seremban, berusia 27 tahun. Saya berasa amat runsing kerana masalah selulit yang saya alami. Untuk pengetahuan doktor, saya seorang yang berbadan kurus, selalunya hal demikian jarang di alami oleh wanita yang berbadan kurus. Oleh sebab itu, perkara ini amat merunsingkan saya, mungkin doktor dapat memberi sedikit nasihat agar saya dapat mengatasi masalah selulit saya ini.

1 Answers
drrushadmin Staff answered 1 year ago

W’salam wbt Puan,
Semua orang mempunyai lemak dalam badan. Tidak kira gemuk atau kurus masalah lemak ialah masalah yang universal. Bahkan ramai orang yang kurus mempunyai lemak dalam darah yang tinggi serta mendapat darah tinggi serta sakit jantung. Selulit merupakan lemak yang berada dalam lapisan kulit kita.
 
Ia berpunca dari aliran lemak yang tersekat, sel lemak di situ berkelompok membentu selulit. Selulit akan kelihatan hodoh kerana sifatnya yang menggeleber dan lembik. Namun perlu di ingatkan selulit bukanlah otot, ia adalah sel lemak yang berkumpul. Oleh itu, ia lembik dan mengembang. Senaman merupakan salah satu cara untuk mengatasi selulit yang baik.
 
Apabila bersenam, tubuh kita akan mengeluarkan hormone dan enzim yang membakar lemak dengan berkesan. Selain itu, bersauna juga baik untuk meningkatkan hormone dan menghalang terbentuknya selulit.