Soal Jawab Bersama Dr RushminiCategory: Kencing ManisKaki rasa pedih macam ditusuk jarum. Ada kencing manis
drrushadmin Staff asked 1 year ago

Saya Azira dari Pahang, berumur 30 tahun, telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Saya telah menghidap penyakit kencing manis lebih kurang lima tahun lalu. Penyakit ini berpunca semasa saya mengandungkan anak yang pertama. Sebelum ini saya menjalani gaya hidup seperti biasa. Tetapi sejak kebelakangan ini saya sering mengalami masalah tapak kaki dan hujung jari kaki, iaitu sangat pedih bagai ditusuk jarum atau benda tajam. Keadaan itu membuatkan saya rasa tidak selesa, malah menyukarkan untuk berjalan, bekerja, dan tidur. Keadaan tersebut membuatkan suami dan anak-anak saya turut resah dan buntu. Saya berharap Doktor dapat memberi pendapat yang boleh membantu.

1 Answers
drrushadmin Staff answered 1 year ago

Mengikut soalan yang Puan Azira tadi, Kemungkinan puan mengalami gejala kerosakan saraf yang lazim dialami oleh penyakit kencing manis. Kebiasaannye puan akan terasa teramat sakit sekiranya penyakit itu berlaku. Keadaan itu jika dibiarkan akan menyebabkan kemudaratan kapada puan. Oleh itu sangat penting untuk mendapat rawatan awal bagi mengelakkan ia berterusan. Kebanyakan penyakit puan alami ini berlaku kerana satu atau lebih saraf yang rosak disebabkan penyakit kencing manis. Saya menyarankan agar puan mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang.
 
Supaya tahap gula dalam darah pada paras normal. Kencing manis disebabkan oleh pancreas, iaitu organ dalam tubuh yang berfungsi untuk mengeluarkan bahan kimia hormon iaitu insulin. Insulin membantu mengawal paras gula dalam darah ke paras normal. Jika insulin tidak mencukupi atau tidak berkesan, paras gula akan meningkat dalam darah. Keadaan ini dinamakan diabetes mellitus. Tanda dan gejala yang selalunya dikesan semasa pemeriksaan, adalah seperti kabur penglihatan, penyakit kulit yang berterusan, luka lambat sembuh, kebas kaki, jangkitan pada pembuangan dan kemaluan. Tanda-tanda yang lain kebiasaannya dahaga, kerap buang air, letih, penurunan berat badan, lemah otot, dan ruam. Kebanyakan faktor dan risiko penyakit kencing manis adalah kegemukan, tidak bersenam, pemakanan, keturunan, dan peringkat umur.
 
Antara rawatan yang sesuai adalah :
 
Rawatan tanpa ubat (Mandi setiap hari/Cuci kaki setiap hari/Potong kuku jari kaki secara lurus melintang/Tukar stoking setiap hari/Selalu memakai selipar yang lembut/Penjagaan gigi/Pemeriksaan mata secara berkala/Elakkan minuman beralkohol/Berhenti merokok/ Mengawal pemakanan/Mengawal berat badan/Kerap bersenam)
 
Rawatan ubatan: (Ubat mengurangkan paras gula dalam darah (mengikut dos yang ditetapkan)/Insulin/)