Soal Jawab Bersama Dr RushminiCategory: Asma / LelahApa sebenarnya penyakit asma?
drrushadmin Staff asked 1 year ago

Nama saya Ezzat, umur saya 24 tahun. Semenjak saya berusia 8 tahun, doktor mengesahkan saya menghidap penyakit asma. Dalam sebulan, hampir setiap kali saya akan pergi ke klinik untuk berjumpa doktor. Apa sebenarnya penyakit asma itu?

1 Answers
drrushadmin Staff answered 1 year ago

Ezzat,

Asma atau semput merupakan sejenis penyakit paru-paru yang terjadi akibat keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), dan sesak nafas.Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.

Faktor-faktor Pencetus

  • Habuk di rumah dan  hama.
  • Bulu haiwan peliharaan berdarah panas seperti anjing dan kucing.
  • Jangkitan pada salur pernafasan atas.
  • Senaman.
  • Angin yang sejuk.
  • Menghidu produk berminyak wangi.
  • Ketawa.
  • Bahan iritan (yang merangsangkan) seperti asap, cat atau gas-gas kimia.
  • Ubat-ubatan, misalannya ubat untuk tekanan darah tinggi seperti penghalang beta, aspirin dll.
  • Punca-punca industri seperti habuk kapas di industri-industri tekstil, tepung atau biji-bijian di industri pembakaran roti, habuk papan pada pertukangan kayu.
  • Penambah (additives) makanan tertentu.
  • Tekanan emosi atau teruja.

Gejala-gejala asma adalah Batuk, Pernafasan termengah-mengah – Bunyi bising semasa bernafas, Nafas yang pendek. Pada kanak-kanak yang kecil, tulang rusuk bawah akan tertarik ke  dalam semasa bernafas.

Perasaan ketat pada dada, Semasa serangan berulang-ulang atau yang tenat, pesakit mungkin menjadi sianos  (pewarnaan biru dan pucat serta nadi menjadi deras), Kesukaran bernafas, terutamanya apabila menghembus keluar. Serangan asma yang dialami tidak semestinya sama bagi individu. Ada yang hanya mengalami sedikit rasa sesak nafas manakala yang lain mungkin mengalami sesak nafas yang teruk setiap hari.

Selain itu ada pesakit yang akan mengalamai keadaan yang mencemaskan manakala yang lain hanya mengalami sedikit gangguan keselesaan bernafas sekali-sekala.